KHALIFAH | Khalifah ialah sistem pemerintahan dalam Islam. Al-Mawardi mendefinisikan khalifah sebagai pengganti nabi dalam mengutuskan hal-hal keagamaan dan keduniaan. | UMUM | |
KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB | Khalifah Umar bin al-Khattab (584 M–644 M), khalifah kedua dalam kalangan Khulafa’ al-Rasyidin selepas Sayidina Abu Bakar. | AGAMA | Tokoh |
KHALIFAH UMAR BIN ABD AL- AZIZ | Khalifah Umar bin Abd al-Aziz (63 H-101 H/682 M-720 M), salah seorang khalifah Bani Umayyah yang dianggap satu-satunya pemimpin Islam yang setanding dengan pemerintah Khulafa’ al-Rasyidin. | AGAMA | Tokoh |
HAJI KHALIFAH | | UMUM | |
KHALIFAH HARUN AL-RASYID | Khalifah kelima kerajaan Bani Abbasiyah. | AGAMA | Tokoh |
KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN | Khalifah Uthman bin Affan (47 SH-35 H/577 M-656 M), khalifah yang ketiga dalam pemerintahan Islam selepas Abu Bakar al-Siddiq dan Umar bin al-Khattab. | AGAMA | Tokoh |
TAHIRIYYAH, KERAJAAN | Tahiriyyah, Kerajaan (205–209 H./820–872 M.) bermula di Khurasan. Kerajaan ini diasaskan oleh Tahir ibn Husayn, salah seorang panglima Khalifah Ma’mun yang dipercayai. Khalifah Ma’mun menyerahkan Khurasan kepada Tahir pada tahun 205 H./820 M. Kemudian Khalifah Ma’mun menyerahkan kuasa pentadbiran kepadanya di daerah sebelah timur keseluruhannya bermula dari Baghdad. Tahir menjadikan Naisabur sebagai pusat pemerintahannya di Khurasan. | UMUM | |
MARWAN IBN AL-HAKAM | Marwan ibn al-Hakam (2 H.–65 H./623 M.– 685 M.), khalifah Bani Umayyah. Nama penuhnya ialah Marwan ibn al-Hakam ibn Abu al-Ash ibn Umayyah. Dia menjadi khalifah pertama yang dilantik dalam kalangan Bani al-Hakam ibn Abi al-Ash. | UMUM | |
PERANG SIFFIN | Perang Siffin. Perang Siffin berlaku antara dua puak orang Islam akibat pembunuhan Khalifah ‘Uthman ibn ‘Affan. Perang ini berlaku selepas perang Jamal pada tahun 37 H./657 M. Antara sebab berlakunya perang ini ialah Sayidina ‘Ali ibn Abu Talib melucutkan jawatan beberapa gabenor Mesir yang dilantik oleh Khalifah ‘Uthman ibn ‘Affan berdasarkan aduan penduduk Mesir. Antara mereka yang dipecat ialah Mu‘awiyah ibn ‘Abi Sufyan yang merupakan orang yang bersungguh-sungguh menuntut bela atas pembunuhan Khalifah ‘Uthman. Setelah Mu‘awiyah tetap dengan penentangannya terhadap ‘Ali, dia berazam untuk memeranginya. Tentera kedua-dua belah pihak bertemu di Siffin, lalu berlakulah peperangan selama beberapa hari. | UMUM | |
MU‘AWIYAH IBN YAZID | Mu‘awiyah ibn Yazid (41 H.–64 H./661 M.–684 M.), khalifah Bani Umayyah di Syam, cucu kepada pengasas Kerajaan Bani Umayyah, iaitu Mu‘awiyah ibn Abu Sufyan. Nama penuhnya Mu‘awiyah ibn Yazid ibn Mu‘awiyah ibn Abu Sufyan juga dikenali sebagai Mu‘awiyah al-Thani (Mu‘awiyah Kedua). Dia dilantik sebagai khalifah selepas kematian bapanya akan tetapi dia melepaskan jawatan tersebut selepas 40 hari atau-kira-kira tiga bulan memegang tampuk pemerintahan. Mu‘awiyah telah menyerahkan urusan melantik khalifah yang baru kepada kaum muslimin sendiri dan menyarankan agar mereka melantik penggantinya yang tersebut dalam bentuk syura atau kemuafakatan suara. Dia telah mengasingkan diri di rumahnya dengan beribadat kepada Allah S.W.T. sehinggalah dia meninggal dunia ketika berusia 23 tahun. Oleh sebab usianya yang masih muda, Mu‘awiyah tidak sempat meninggalkan zuriat | UMUM | |