Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cahaya yg memancar di langit (biasa­nya sebelum guruh berbunyi): ~ sabung-menyabung, guruh berbunyi bertalu-talu menandakan hujan akan turun; secepat (spt) ~ sangat pantas; 2. cahaya sesuatu yg berkilau (gilap): ~ pisau; ~ sepatu; 3. sangat cepat atau pantas: keputusan ~ keputusan yg dibuat dgn seketika (tanpa berfikir atau berbincang panjang); kereta api ~ kereta api yg berjalan sangat deras; kursus ~ kursus yg tamat dlm masa yg singkat; ~ beliung sudah di kaki, ~ pisau sudah ke tangan, ~ cermin sudah ke muka prb orang yg bijaksana segera memahami kias (sindiran) orang; ~ di dlm kilau, kabus di dlm hujan prb dlm percakapan atau tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya; bagai ~ senja, bagai petir tunggal prb perihal kepan­tasan dan kegagahan seseorang pahlawan; hilang ~ dlm kilau prb tidak kelihatan lagi kebijaksanaan (kemuliaan dll) seseorang apabila sudah dikelilingi oleh orang-orang yg pandai (mulia dll); sekilat sekilas, sesaat, sekejap, seketika: matanya ke tingkap ~, kemudian ke muka Abdul Fakar semula; berkilat 1. memancarkan kilat, mengeluar­kan (menyinarkan) cahaya yg menyerupai kilat; 2. = berkilat-kilat, mengilat ber­sinar-sinar, bercahaya berkilap (gemerlap), berkilauan, gilap: beliau berpakaian Melayu warna hitam ~; ia menerkam dgn pisau yg berkilat-kilat di tangannya; belum ~ sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh prb perkara (hal) yg sudah cukup jelas (terang); berkilat-kilatan berkilat-kilat, berkilauan: mata lembing berceracakan ke udara memantulkan sinar yg ~;berkilatan berkilat-kilat: ~lah lampu pemotret beberapa kali; mengilat 1. memancar (bercahaya) spt kilat, berkilat: kilat ~ sekali di langit, guruh menyusulnya; kelihatan beberapa orang serdadu Jepun yg berbayonet tajam ~; 2. pantas sekali, kelihatan sesaat sahaja: larinya ~; mengilatkan 1. memancarkan (mengeluar­kan) cahaya spt kilat; 2. menjadikan berkilat (berkilap), mengilapkan: kayu itu dikerat elok-elok, dilicinkan dan dikilatkan; 3. = mengilat-ngilatkan membayangkan (tujuan dll), menyatakan sesuatu secara tidak langsung, menyindirkan: maka oleh bendahara sbg dikilat-kilatkan pd raja, akan laksamana juga disebutnya; terkilat kelihatan seketika sahaja, terbayang sejurus (dlm ingatan dll): ia mengingat-ingatkan rupa perempuan muda yg ~ tadi; dlm kenangannya, ~ gambaran yg mengharukan; ~ dlm hati terlintas dlm hati; ~ pd mukanya kelihatan terbayang pd mukanya; ikan ~ jala tiba prb sangat cepat bertindak (mengerti maksud kata-kata orang); ~ ikan di air, sudah tahu jantan betinanya prb sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang; kilatan kilat: ~ batu berlian boleh menentukan nilainya; pengilat bahan utk mengilatkan (menjadi­kan sesuatu kelihatan berkilat): ~ bibir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ bahu kelat bahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuhan (pokok), jangkar paya, Icicaster planchoni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 cahaya yg kelihatan memancar di langit sebelum guruh berbunyi: ~ sabung-menyabung di langit. 2 cahaya yg keluar dr sesuatu yg berkilau: ~ kasut. berkilat mengeluarkan kilat; bercahaya; berkilau: Kasutnya hitam ~. mengilatkan menggosok sesuatu supaya berkilat; menggilapkan: Kita hendaklah membersihkan atau ~ kasut kita sendiri. kilatan cahaya yg berkilat: ~ api cetusan api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kilat

Puisi
 

Orang menjaring kilat menyolak,
     Dapat seekor ikan puput;
Orang biring saya jalak,
     Tuan saya jangan diikut.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Kilat beliung sudah di kaki,
     kilat pisau sudah ke tangan,
kilat cermin sudah ke muka.

Bermaksud :

Orang yang bijaksana dengan mudah menangkap hujung kata atau kias seseorang.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
lightningadj kilat: with ~ speed, dgn secepat kilat; a ~ attack, serangan kilat; a ~ visit, lawatan kilat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lightningadj kilat: with ~ speed, dgn secepat kilat; a ~ attack, serangan kilat; a ~ visit, lawatan kilat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crashadj kilat: a ~ programme, program kilat; a ~ diet, diet kilat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lightningn kilat: a flash of ~ lit up the night sky, cahaya kilat menerangi langit malam; killed by ~, mati /dipanah, disambar/ petir: the man was killed by ~ on the oil palm estate, lelaki itu mati disambar petir di ladang kelapa sawit; struck by ~, disambar petir: the coconut tree had been struck by the ~, pokok kelapa itu telah dipanah petir; like ~, /cepat seperti, secepat, sepantas/ kilat: on hearing the shot, he dived like ~ into the bushes, sebaik sahaja dia mendengar bunyi tembakan, secepat kilat dia menyelinap ke dlm belukar itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lightningn kilat: a flash of ~ lit up the night sky, cahaya kilat menerangi langit malam; killed by ~, mati /dipanah, disambar/ petir: the man was killed by ~ on the oil palm estate, lelaki itu mati disambar petir di ladang kelapa sawit; struck by ~, disambar petir: the coconut tree had been struck by the ~, pokok kelapa itu telah dipanah petir; like ~, /cepat seperti, secepat, sepantas/ kilat: on hearing the shot, he dived like ~ into the bushes, sebaik sahaja dia mendengar bunyi tembakan, secepat kilat dia menyelinap ke dlm belukar itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
putschn pemberontakan kilat: a military ~, pemberontakan kilat pihak tentera.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fly-by-nightadj kilat: ~ companies, syarikat kilat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flasha ~ in the pan, kejayaan kilat: his brilliant performance in “Swan Lake” was just a ~ in the pan: he never performed as brilliantly again, persembahannya yg gemilang dlm “Swan Lake” hanyalah kejayaan kilat: dia tdk lagi memberikan persembahan yg segemilang itu; in a ~, dlm /sekelip, sekedip, sekejap/ mata: it all happened in a ~, segala-galanya berlaku dlm sekelip mata; quick as a ~, secepat kilat: quick as a ~ Henry drew his revolver, secepat kilat, Henry mengeluarkan pistolnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sheenn glossiness, lustre, kilat, kilau(an): the ~ of her jet-black hair, kilat rambutnya yg hitam pekat; she admired the ~ of the pearls, dia mengagumi kilauan mutiara itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shinyadj berkilat(-kilat), bersinar-sinar: her hair was clean and ~, rambutnya bersih dan berkilat-kilat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas