Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kog.ni.si] | کوݢنيسي

Definisi : proses mental utk mentafsir, mempelajari, dan memahami sesuatu: proses pembelajaran termasuklah ~, pengamatan yg berlaku dlm otak manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kognisi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kesan, faktor isi ruah dan status pemakanan ke atas kognisi kanak-kanak orang aslikognisi - cognition kognitif - cognitive kognisi - proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu kognitif - berkaitan dengan kognisiLain-lain06.06.2007
Bagi tujuan penyelidikan master, saya telah menggunakan istilah regulasi metakognitif, tetapi perkataan ini belum termasuk dalam kamus DBP, maksud regulasi juga tidak diketemui. Perkataan metakognitif adalah berasal daripada metakognisi iaitu bermaksud kognisi tentang kognisi. Walau bagaimana pun, perkataan metakognitif, kesedaran metakognitif, regulasi metakognitif telah digunapakai dalam penyelidikan ilmiah. Istilah regulasi sinonim dengan istilah pengaturanSila kemukakan soalannya berkaitan dengan penyataan itu.Istilah19.06.2019
apakah maksud kognitif?Kognitif bermaksud berkaitan dengan kognisi, iaitu proses mental untuk mentafsir,mempelajari dan memahami sesuatu. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 803.  Makna05.04.2008
sya ingin mengetahui maksud bagi perkataan kognitif dan psikomotor.Psikomotor ialah istilah psikologi, iaitu pergerakan tubuh yg berkaitan dgn aktiviti mental. Kognitif berkaitan dgn kognisi, iaitu proses mental utk mentafsir, mempelajari, dan memahami sesuatu.Makna30.07.2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera. saya ingin mendapatkan khidmat bantuan pihak DBP untuk menentukan istilah Bahasa Melayu yang sesuai bagi setiap perkataan Bahasa Inggeris seperti yang berikut: 1. Employee Work Passion 2. Employee Work Intention 3. Organizational Citizenship Behavior 4. Social Cognitive Theory of Appraisal 5. Work Cognition 6. autonomy 7. connectedness with leader 8. connectedness with colleagues 9. collaboration 10. distributive justice 11. feeback 12. growth 13. meaningful work 14. intent to use discretionary effort 15. intent to endorse 16. intent to perform 17. intent to be an organizational citizen Segala maklum balas dan perhatian pihak tuan didahului dengan terima kasih. sekian.Waalaikumsalam, berikut ialah cadangan perkataan/istilah dalam bahasa Melayu bagi perkataan bahasa Inggeris yang dikemukakan.
1. Employee Work Passion – keghairahan bekerja
2. Employee Work Intention – niat bekerja
3. Organizational Citizenship Behavior –Sikap staf organisasi
4. Social Cognitive Theory of Appraisal – Teori penilaian kognitif sosial
5. Work Cognition – kognisi kerja
6. autonomy - autonomi
7. connectedness with leader – Hubungan dengan ketua/pemimpin
8. connectedness with colleagues –hubungan dengan rakan sekerja
9. collaboration – kerjasama
10. distributive justice – keadilan teragih
11. feeback – maklum balas
12. growth - berkembang
13. meaningful work – kerja yang bermakna/bermanfaat
14. intent to use discretionary effort – berniat menggunakan budi bicara
15. intent to endorse – bersungguh-sungguh menyokong
16. intent to perform – bersungguh-sungguh/berazam untuk maju
17. intent to be an organizational citizen – berniat untuk menjadi sebahagian daripada warga organisasi
Istilah04.06.2018

Kembali ke atas