[ko.mi.si] | کوميسي
Definisi : ; mengkomisikan memberikan sesuatu tugas (kerja dsb) secara rasmi kpd pihak atau orang lain utk mengerjakan atau mengusahakannya dsb hingga selesai: pihak pengurusan bersetuju utk ~ projek tersebut kpd universiti yg berkenaan; pengkomisian perihal (proses, tindakan atau perbuatan) mengkomisikan: ~ projek itu terpaksa ditangguhkan sementara kerana sebab tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ko.mi.si] | کوميسي
Definisi : IB 1. badan utk tugas (kajian, siasatan, dsb) tertentu, suruhanjaya; 2. = pergi ~ pergi ke sesuatu tempat utk menyiasat (menyelidiki) sesuatu perkara; 3. = barang ~ barang orang lain yg atau utk dijualkan dgn mendapat upah (komisen); menjual ~ menjual barang orang dgn menerima upah (komisen); 4. = wang ~ (bayaran) yg diterima sbg upah menjualkan barang orang: lebih banyak barang yg laku, lebih besar ~ yg diperoleh; mengomisi menyelidiki, memeriksa, menyiasat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ko.mi.si] | کوميسي
Definisi : 1 kaedah melaksanakan sesuatu tugas dgn memberikan tugas tsb kpd seseorang atau sesuatu pihak utk dilaksanakan dan diberi upah pd kadar yg telah disetujui: Kerja itu dijalankan secara ~. 2 wang yg dibayarkan kpd seseorang atau sesuatu pihak sbg upah kerana telah melaksanakan sesuatu tugas: Mereka telah menerima ~ yg dijanjikan itu. mengkomisikan memberikan sesuatu tugas kpd seseorang atau sesuatu pihak utk dilaksanakan dan diberi upah pd kadar yg telah disetujui: Pihak atasan bersetuju utk ~ subprojek itu. pengkomisian perihal atau perbuatan mengkomisikan: ~ projek itu terpaksa ditangguhkan kerana sebab-sebab yg tidak dpt dielakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)