Qadi ‘Iyad, al- (476–544 H./1083–1149 M.), ahli
hadith dan ahli sejarah. Nama sebenarnya ialah
Qadi ‘Iyad ibn Musa manakala Abu al-Fadl pula
ialah nama julukannya.
Qadi ‘Iyad, al- (476–544 H./1083–1149 M.), ahli
hadith dan ahli sejarah. Nama sebenarnya ialah
Qadi ‘Iyad ibn Musa manakala Abu al-Fadl pula
ialah nama julukannya. Dia dikenali ramai kerana
keilmuannya yang sukar ditandingi pada masa itu.
Tempat lahirnya di Sabtah’ iaitu sebuah bandar
di Maghribi dan keluarganya berasal dari
Sepanyol. Dia bekerja sebagai pegawai penganalisa
selama 28 tahun. Kemudian dia menjawat jawatan
kadi di Sabtah’ seterusnya di Gharnatah selama
35 tahun. Namanya harum dan dikenali ramai
sehingga orang ramai memuji sifat dedikasinya
dan komitmen yang diberikan sepanjang
memegang jawatan tersebut.