Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.pléks] | کومڤليک‌‌س

Definisi : (kompléks) 1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai­-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara: masalah yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewu­judkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap; 3. kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum men­jadi suatu keseluruhan: ~ membeli-belah; rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keroh, Melaka; K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya; 4. (Psi) perasaan (spt perasaan megah, rendah diri, dll) yg mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dll seseorang: setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ ‘aku pengarang’ dan ‘aku wartawan’; 5. (Kim) sebatian yg satu molekulnya terangkai pd molekul lain melalui ikatan koordinat; ~ rasa bersalah (Psi) keadaan fikiran seseorang yg dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan; ~ rendah diri (Psi) keadaan fikiran yg me­nyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; ~ tinggi diri (Psi) ke­adaan fikiran yg memperlihatkan sikap se­seorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh; kekompleksan sifat atau keadaan kompleks: ayat-ayat yg diterbitkan mempunyai ~ yg tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kompleks
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan rumit
( sulit, sukar, kusut, celaru, ruwat, ruwet, sukar, payah, )
(adjektif:)
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan bangunan
( gedung, hotel, istana, puri, kondominium, flat, mahligai, pangsapuri, vila, wisma, )
(kata nama:)

3. Dalam konteks psikologi
bersinonim dengan rasa bangga diri, rasa rendah diri, perasaan tidak yakin, obsesi, mania, fobia.,
(kata nama:)



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
instability constantpemalar ketakstabilanKimiaKimia AnalisisUkuran ketakstabilan suatu ion kompleks. Ia merupakan nisbah hasil darab aktiviti ion-ion yang terhasil daripada penguraian ion kompleks terhadap aktiviti ion kompleks yang tidak terurai. Bagi suatu ion kompleks MLp(n-pb)+ pemalar ketakstabilan ditulis seperti berikut:
complex saltgaram kompleksKimiaTiadaGaram yang terbentuk daripada tindak balas kation kompleks seperti [Cu(NH3)4]2+ dengan anion ringkas seperti CI-, untuk menghasilkan Cu(NH3)4CI2; atau daripada tindak balas kation ringkas seperti Na+ dengan anion kompleks seperti [AIF6]3-, untuk menghasilkan Na3AIF6; atau daripada tindak balas kation kompleks seperti [Co(III)(NH3)6]3+ dengan anion kompleks seperti [Co(III)(NO2)6]3-, untuk menghasilkan [Co(III)(NH3)6] [Co(III)-(NO2)6].
inferiority complexkompleks rendah diriPsikologiPsikologi UmumPerasaan negatif yang dirasai oleh individu secara melampaui batas. Menurut Adler, kompleks rendah diri berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak atau tidak mempedulikan mereka sama sekali sehingga hilangnya minat untuk menguasai cabaran. Individu yang mengalami kompleks ini akan menggunakan teknik perangkap seperti memakai pakaian yang boleh menarik perhatian orang lain, menggunakan kereta mewah atau apa-apa sahaja yang boleh memperlihatkan mereka sebagai individu penting. Individu ini juga biasanya akan menunjuk atau menceritakan kejayaan mereka sebagai usaha untuk menutup kompleks rendah diri yang dialami. Masalah besar bagi mereka yang menghidapi kompleks rendah diri ini ialah penipuan terhadap diri sendiri tanpa disedari dan kebimbangan yang berlebihan terhadap penampilan berbanding realiti. Contohnya, artis Hollywood terkenal seperti Marilyn Monroe dikatakan menghidapi kompleks rendah diri.
labile complexkompleks labilKimiaTiadaSebatian kompleks yang liganya cepat diganti dengan ligan lain (dalam masa kurang daripada satu minit). Misalnya, kompleks kuprum, Cu(NH3)42+ dalam asid cair menghasilkan Cu(H2O)62+ dan NH4+ dengan cepat.
metabolismmetabolismeKimiaTiadaProses kimia yang melibatkan pembinaan sebatian yang kompleks, dan pemecahan sebatian kompleks kepada sebatian ringkas untuk menghasilkan tenaga. Proses ini berlaku dalam semua sel hidup.
modulusmodulusMatematikTiadaNilai tak negatif yang bersamaan dengan bagi nombor kompleks a + bi. Simbol modulus bagi nombor a + bi ialah la + bil. Sekiranya nombor kompleks z = a + bi diwakilkan sebagai suatu titik pada satah kompleks, modulus z merupakan jarak titik tersebut dari asalan. Sinonim nilai mutlak 2.
transition state theoryteori peralihan keadaanKejuruteraanKejuruteraan KimiaTeori yang memodelkan kadar penguraian kompleks perantara yang terbentuk. Kadar pembentukan kompleks perantara menurut model ini dianggap tersangat pantas dan sentiasa berada dalam keadaan keseimbangan. Kadar tindak balas kimia dihadkan oleh penguraian kompleks perantara.
propagation steplangkah perambatanKejuruteraanKejuruteraan KimiaLangkah kedua mekanisme tindak balas berantai yang menghasilkan produk dan juga kompleks perantara baru hasil tindak balas kompleks perantara (yang terbentuk dalam langkah permulaan) dengan bahan tindak balas lain. Kompleks perantara hanya bertindak sebagai mangkin sahaja dalam langkah ini.
transition complexkompleks peralihanKejuruteraanKejuruteraan KimiaKompleks kimia yang terbentuk hasil daripada perlanggaran antara molekul. Ia mungkin berpecah semula menjadi bahan tindak balas atau produk bergantung pada keadaan tenaganya.
complex speedlaju kompleksFizikAkustikLaju yang diungkapkan dalam nombor kompleks.
12345678910...

Kembali ke atas