apa itu kemahiran komunikasi takrif komunikasi interpersonal dan intrapersonal | Kemahiran komunikasi ialah kemahiran berhubung antara penghantar (sumber) dan penerima (sasaran) melalui medium komunikasi. Komunikasi interpersonal adalah seperti komunikasi antara perorangan, komunikasi perseorangan, komunikasi bersemuka. Komunikasi intrapersonal ialah komunikasi yang berlaku dalam diri seseorang seperti monolog yang ditujukan kepada diri sendiri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, saudara boleh merujuk mana-mana Jabatan Komunikasi di IPTA dan IPTS. | Lain-lain | 08.01.2008 |
bahasa melayu komunikasi-komunikasi bertulis | Bahasa Melayu telah menjadi bahasa persuratan sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 Masihi. Banyak kitab agama dan hikayat tersohor telah ditulis oleh pembesar Melayu. Selain, dalam persuratan, bahasa Melayu pada zaman itu juga telah dijadikan bahasa pentadbiran, perniagaan dan bahasa komunikasi sosial. Hingga sekarang, bahasa Melayu tetap menjadi media komunikasi dalam semua aspek kehidupan masyarakat di negara ini. Dalam konteks bahasa Melayu komunikasi sama ada secara lisan ataupun tulisan, penggunaan bahasa Melayu adalah berkaitan dengan aspek tatabahasa yang betul, laras yang sesuai, santun, dan mudah difahami. Dalam bidang penulisan, penulis mestilah seseorang yang mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang tinggi dan menguasai bidangnya apabila menggunakan bahasa Melayu terutama dari segi istilah dan laras. | Lain-lain | 09.02.2008 |
maksud komunikasi non verbal dan komunikasi verbal? | Komunikasi verbal : komunikasi secara lisan (bercakap, berdialog, berbual, dsb.) Komunikasi non-verbal: komunikasi bukan secara lisan, bukan ujaran (bahasa isyarat, bahasa tubuh, kontak mata, penggunaan objek, dsb.) | Makna | 20.08.2009 |
Mis communication | Salah komunikasi / komunikasi tak sampai | Lain-lain | 11.06.2007 |
salam..apakah pengertian bahawa bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi dan ingin pengertian penanda penghubung, penanda penggantian dan penanda pengguguran yang terdapat dalam penanda wacana. | Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi ialah bahasa yang digunakan dalam semua bentuk komunikasi, iaitu komunikasi lisan dan komunikasi tulisan. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa komunikasi juga berperanan sebagai bahasa perpaduan yang digunakan oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini. Penanda penghubung ialah perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana. Penanda penghubung dapat dikategorikan kepada empat jenis,iaitu penghubung tambahan, penghubung tentangan, penghubung musabab dan penghubung tempoh. Penanda penggantian ialah perkataan atau frasa yang menggantikan perkataan atau frasa lain dalam wacana yang sama.penanda wacana jenis ini terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, atau klausa. Penanda pengguguran atau elipsis ialah pengguguran perkataan atau frasa yang telah dinyayakan dalam ayat sebelumnya. Sebagai bacaan dan rujukan tambahan sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525. | Tatabahasa | 28.04.2008 |
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Saya ingin mendapatkan kepastian berkaitan terjemahan bagi perkataan Interpersonal Communication. Adakah ianya Komunikasi Antarapersonal atau Komunikasi Antarpersonal atau komunikasi Antara personal. Sekiranya ia adalah nama khas seperti nama jabatan, cth Interpersonal Communication Department maka apakah terjemahan di dalam bahasa melayunya? Terima kasih | "Interpersonal Communication Department" boleh diterjamahkan dalam bahasa Melayu sebagai "Jabatan Komunikasi Interpersonal". Terima kasih. | Makna | 09.01.2018 |
SAYA INGIN BERTANYA MENGENAI BAHASA MELAYU. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KOMUNIKASI DAN PERANANNYA. SATU LAGI,APAKAH MAKSUD KOMUNIKASI INTERPERSONAL DAN INTRAPESONAL? | Komunikasi ialah "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu/sekumpulan individu yang lain". Komunikasi interpersonal merujuk proses komunikasi antara individu (lebih dari seorang individu), atau antara maknusia, manakala komunikasi intrapersonal ialah kontemplasi, intuitif, pemikiran (taakulan), meditasi (bercakap dengan diri sendiri). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/makalah yang berkaitan. | Lain-lain | 08.01.2009 |
Adakah Pelaku Komunikasi boleh digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan Bahasa Inggeris "Communicant" dalam konteks bidang komunikasi? Terima kasih. | Communicant tidak boleh diterjemahkan sebagai Pelaku Komunikasi dalam konteks komunikasi kerana mengikut makna umum perkataan tersebut merujuk kepada ahli Gereja | Penyemakan dan penterjemahan | 13.03.2018 |
miss communication | -kegagalan komunikasi - salah komunikasi | Makna | 08.06.2007 |
Adakah perbezaan antara 'perorangan' dan 'perseorangan' ?sebagai contoh, komunikasi perseorangan @ komunikasi perorangan. Terima kasih. | "Perorangan" merujuk kepada perihal orang seorang dan selalunya digunakan dalam karya kreatif. Contoh, sajak ini menyiarkan teknik perorangan bagi menghidupkan perasaan manusia. "Perseorangan" pula merujuk kepada cara berseorang-seorang, tidak secara berkumpulan atau melibatkan orang lain. Oleh itu, perkataan yang betul ialah " komunikasi perseorangan".
| Makna | 25.07.2020 |