Frasa yang manakah betul? ASEAN Komuniti atau Komuniti ASEAN? | Frasa yang betul ialah Komuniti ASEAN. | Tatabahasa | 10.09.2014 |
apakah itu komuniti bahasa? | Komuniti ialah kumpulan orang yg tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat (di sesuatu tempat atau negara), orang ramai umumnya; 2. kumpulan individu yg mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan, dll). Bahasa pula ialah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb). Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 09.08.2008 |
Salam, Antara dua cadangan nama bagi kemudahan (fasiliti) berikut yang manakah lebih sesuai dan tepat untuk dijadikan sebagaibkata nama khas? a) Pusat 3R Komuniti, atau b) Pusat Komuniti 3R 3R ialah reduce, reuse & recycle Sekiranya tuan mendapati salah satu atau kedua-duanya jawapan boleh diterima pakai, adakah penggunaan perkataan seperti berikut juga tidak menjadi satu kesilapan untuk digunakan. c) Pusat 3RKomuniti; atau d) Pusat Komuniti3R Apa yang membezakan sesebuah kemudahan apabila diberi nama antara stesen dan pusat? contoh 1, mengapa stesen bas bukannya pusat bas? contoh 2, mengapa pusat pentadbiran kerajaan, bukannya stesen pentadbiran kerajaan? Adakah perkataan berikut memerlukan perkataan di disambungkan atas sebab ianya menunjukkan sebagai satu perbuatan iaitu dikitar semula atau di kitar semula? Kerjasama tuan sangat dihargai. Sekian, terima kasih. | Assalammualaikum WM WBT. SOALAN 1. Yang lebih sesuai ialah Pusat Komuniti 3R. Tidak boleh digunakan sama ada Pusat Komuniti3R atau Pusat 3RKomuniti. SOALAN 2. Kamus Dewan mentakrifkan stesen (stésén) sebagai bangunan perhentian kereta api atau bas, tempat (bangunan dan sebagainya) yang mempunyai peralatan khas untuk memberikan sesuatu perkhidmatan atau menjalankan aktiviti tertentu: ~ radio; ~ hidroelektrik; ~ jana kuasa;, saluran gelombang radio. Dalam hal soalan saudara, pusat bermaksud punca atau tumpuan berbagai-bagai kegiatan dan lain-lain, tempat yang menjadi punca segala aktiviti, tempat terdapatnya atau berlakunya pelbagai kegiatan dan sebagainya yang utama atau tertentu. Maka dari segi maksud jelas menunjukkan perbezaan penggunaan stesen dan pusat. SOALAN 3. Yang betul ialah "dikitar semula". Kata sendi "di" dieja jarak apabila menunjukkan tempat dan masa. Contohnya, saya tinggal di Johor Bahru. Selain tempat dan masa, "di" dieja rapat. | Tatabahasa | 23.04.2014 |
Tuan, Untuk setiap dua set tiga ayat yang berikut yang manakah betul dari segi tata bahasanya? 1a) Guru sebagai pemimpin komuniti. 1b) Seorang guru sebagai pemimpin komuniti. 1c) Seorang guru sebagai seorang pemimpin komuniti. 2a) Seorang guru perlu menjadi seorang pengurus kelas yang baik. 2b) Seorang guru perlu menjadi pengurus kelas yang baik. 2c) Seorang guru perlu menjadi seorang pengurus kelas yang baik. Didahului dengan ribuan terima kasih. Yg benar, Mark. | Bagi ayat nombor 1, ayat yang betul ialah 1a, iaitu Guru sebagai pemimpin komuniti. Manakala ayat nombor 2, dicadangkan ayat berikut : Seseorang guru perlu menjadi pengurus yang baik. | Tatabahasa | 15.11.2010 |
Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya soalan bagi ayat-ayat berikut, terdapat kekeliruan dan ketidakpastian dalam penggunaannya. Mohon khidmat nasihat daripada Tuan/Puan. 1) Penggunaan "pada" dan "kepada" Ayat asal: This group was added to the community “{1}”. Tap to view. Diterjemah 1: Grup ini telah ditambahkan kepada komuniti “{1}”. Ketik untuk lihat. Diterjemah 2: Grup ini telah ditambahkan pada komuniti “{1}”. Ketik untuk lihat. 2) Penggunaan "pada" dan "kepada" Ayat asal: Everyone in the group will be added to the community and community members will be able to find it. Diterjemah 1: Semua orang dalam grup akan ditambahkan kepada komuniti dan ahli komuniti akan dapat mencari komuniti tersebut. Diterjemah 2: Semua orang dalam grup akan ditambahkan kepada komuniti dan ahli komuniti akan dapat mencari grup tersebut. 3) Kurang pasti ayat yang lebih tepat menurut ayat asal Inggeris Ayat asal: This may be because of a technical error that we're working to get fixed. Try reloading this page. Diterjemah 1: Ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang kami sedang berusaha untuk menyelesaikannya. Cuba muatkan semula halaman ini. Diterjemah 2: Ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang sedang kami usaha untuk selesaikan. Cuba muatkan halaman ini semula. Terima kasih | Berikut merupakan padanan terjemahan bahasa Melayu untuk ayat yang dinyatakan: 1. This group was added to the community: Kumpulan ini telah dimasukkan dalam komuniti. 2. Everyone in the group will be added to the community and community members will be able to find it: Semua orang dalam kumpulan akan dimasukkan dalam komuniti dan ahli komuniti akan mengetahuinya. 3. This may be because of a technical error that we're working to get fixed. Try reloading this page: Perkara ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang kami sedang cuba selesaikan. Sila muat semula halaman ini. | Makna | 21.09.2022 |
Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya soalan bagi ayat-ayat berikut, terdapat kekeliruan dan ketidakpastian dalam penggunaannya. Mohon khidmat nasihat daripada Tuan/Puan. Ketepatan makna mengikut ayat asal Inggeris Ayat asal: You cannot exit the announcement group because you created the community it's in. You can deactivate the community through community info instead. Ayat diterjemah 1: Anda tidak boleh keluar daripada grup pengumuman kerana anda yang mencipta komuniti di dalam grup tersebut. Anda boleh mengenyahaktifkan komuniti melalui info komuniti. Ayat diterjemah 2: Anda tidak boleh keluar daripada grup pengumuman kerana anda yang mencipta komuniti grup tersebut. Anda boleh mengenyahaktifkan komuniti melalui info komuniti. Terima kasih | Cadangan terjemahan daripada ayat yang diberikan ialah "Anda tidak boleh keluar daripada kumpulan pengumuman kerana anda telah mencipta komuniti di dalamnya. Sebaliknya, anda boleh menyahaktifkan komuniti melalui maklumat komuniti." | Makna | 21.09.2022 |
Pohon pandangan mengenai program komuniti yang ingin dilaksanakan oleh PERDA kepada penerima bantuan persekolahan/ rakyat termiskin. Nama program yang disyorkan ialah PROGRAM KOMUNITI SEJAHTERA RAKYAT. Ceramah keibubapaan akan juga diadakan pada program tersebut. | Saudara, Nama program yang betul dari segi penggunaan bahasanya adalah seperti yang berikut: PROGRAM KOMUNITI RAKYAT SEJAHTERA | Tatabahasa | 01.12.2009 |
Assalamualaikum Tuan, Saya Sakinah dari Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak. Saya hendak bertanya tentang penggunaan istilah yang betul. Kami kolej komuniti ada lebih 86 di seluruh Malaysia. Kemudian, untuk sebarang program, kita akan bahagikan ikut negeri. Contohnya di Perak ada 13 buah kolej. Maka, kita satukan program atas nama Wilayah Perak. Contohnya, "Konvensyen Penyelidikan Kolej Komuniti Wilayah Perak". Betulkah istilah ini? Jazakallah Khairan. | Penggunaan perkataan yang sesuai dalam konteks tersebut ialah "negeri" kerana pembahagian yang dibuat amat jelas, iaitu mengikut negeri. Penggunaan perkataan wilayah boleh digunakan dalam konteks yang lebih luas seperti Konvensyen Pengguna Wilayah Utara yang menggabungkan negeri-negeri di bahagian utara. | Tatabahasa | 24.06.2014 |
Sakinah Salleh Jun 24th, 5:10pm Assalamualaikum Tuan, Saya Sakinah dari Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak. Saya hendak bertanya tentang penggunaan istilah yang betul. Kami kolej komuniti ada lebih 86 di seluruh Malaysia. Kemudian, untuk sebarang program, kita akan bahagikan ikut negeri. Contohnya di Perak ada 13 buah kolej. Maka, kita satukan program atas nama Wilayah Perak. Contohnya, "Konvensyen Penyelidikan Kolej Komuniti Wilayah Perak". Betulkah istilah ini? Jazakallah Khairan. | Penggunaan perkataan yang sesuai dalam konteks tersebut ialah "negeri" kerana pembahagian yang dibuat amat jelas, iaitu mengikut negeri. Penggunaan perkataan wilayah boleh digunakan dalam konteks yang lebih luas seperti Konvensyen Pengguna Wilayah Utara yang menggabungkan negeri-negeri di bahagian utara. | Tatabahasa | 24.06.2014 |
Adakah istilah "Professional Learning Community" boeh diterjemah sebagai "Komuniti Pembelajaran Profesional"? | Ya, betul. Komuniti Pembelajaran Profesional | Makna | 14.02.2020 |