Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.vén.syen] | کونۏينشن

Definisi : (konvénsyen) 1. persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb); berkonvensyen menyertai atau menghadiri konvensyen: berita gembira itu diterima ketika saya sedang ~ di Kuala Lumpur; mengkonvensyenkan membincangkan atau membahaskan sesuatu perkara, isu dsb dlm konvensyen: soal kelemahan prestasi akademik pelajar Melayu itu perlu dipandang serius dan dikonvensyenkan segera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.vén.syen] | کونۏينشن

Definisi : /konvénsyen/ persidangan atau perjumpaan anggota atau wakil pertubuhan politik dll utk membincangkan sesuatu. berkonvensyen menyertai atau menghadiri konvensyen: Berita itu diterimanya ketika sedang ~ di Pulau Langkawi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konvensyen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
international humanitarian lawundang-undang kemanusiaan antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaCabang undang-undang antarabangsa yang menentukan cara dan kaedah berperang, senjata yang boleh digunakan, siapakah yang boleh disasarkan, dan siapakah yang dilindungi. Undang-undang ini memberi perlindungan kepada orang awam, objek awam dan tawanan perang. Tujuan undang-undang ini adalah untuk melindungi maruah manusia, dan mencegah serta mengurangkan kesengsaraan dan kemusnahan dalam konflik bersenjata. Undang-undang ini terkandung dalam Konvensyen-konvensyen The Hague dan Konvensyen-konvensyen Geneva. Undang-undang dalam konvensyen ini juga telah membentuk undang-undang adat antarabangsa. Ia terpakai dalam konflik bersenjata antarabangsa dan konflik bersenjata bukan antarabangsa. Ia mesti dipatuhi oleh negara, angkatan bersenjatanya dan juga kumpulan bersenjata, sama ada yang memulakan konflik bersenjata atau yang mempertahankan diri. Undang-undang kemanusiaan antarabangsa dikenali juga sebagai undangundang konflik bersenjata. Dahulu, undang-undang ini dikenali sebagai undang-undang perang
nominating conventionkonvensyen pencalonanSains PolitikPolitik PerbandinganPerhimpunan khas yang diadakan oleh sesebuah pertubuhan untuk memilih calon bagi jawatan penting. Perhimpunan ini boleh diadakan secara tahunan atau berkala. Bagi pertubuhan yang bersifat parti politik, konvensyen ini diadakan untuk memilih calon menjelang pilihan raya. Konvensyen seperti ini terpaksa diadakan kerana terlalu ramai calon atau ahli berhasrat bertanding bagi mewakili parti tersebut. Contohnya, Konvensyen Pemilihan Calon Parti Republikan Amerika Syarikat diadakan empat tahun sekali untuk memilih calon bagi bertanding kerusi presiden.
Law of The Sea ConventionKonvensyen Undang-Undang LautSains PolitikHubungan AntarabangsaKonvensyen yang pertama kali ditandatangani pada tahun 1958 dalam usaha komuniti antarabangsa menyelaraskan undang-undang laut antarabangsa bagi menyelesaikan perbezaan tuntutan bidang kuasa terhadap kawasan lautan antara negara dunia. Undang-undang laut ini ditandatangani kali kedua pada tahun 1960 untuk menyelesaikan tuntutan lain yang timbul seperti hak penangkapan ikan. Pada bulan Disember 1982, undang-undang tersebut ditandatangani buat kali ketiga. Undang-undang ini merangkumi semua aspek dalam hak dan penggunaan lautan sebagaimana yang termaktub dalam sejumlah 320 artikelnya. Artikel tersebut termasuklah hak penggunaan perkapalan antarabangsa untuk melalui perairan selat. Undang-undang ini juga memperuntukkan zon eksklusif ekonomi seluas 200 batu nautika bagi negara tepi pantai dalam menentukan aktiviti penggunaan sumber alam, penyelidikan saintifik dan perikanan. Peruntukan juga dibuat dalam konvensyen ini untuk mewajibkan sebarang perselisihan yang tidak dapat diselesaikan melalui perundingan, disera
conventionkonvensyen; persetujuanSejarahTiada1. Konvensyen: Perhimpunan yang terdiri dari ahli atau wakil pertubuhan politik atau persatuan untuk membincangkan sesuatu hal. 2. Persetujuan: Persetujuan antara dua pihak yang menentukan peraturan sama ada dalam hal-hal hak cipta, kontrak atau perlakuan perang.
accounting conventionkonvensyen perakaunanPentadbiranTiadaAmalan perakaunan yang digunakan untuk mentafsirkan konsep, perakaunan, iaitu konvensyen konservatisme, ketekalan, kebendaan dan sebagainya.
national conventionkonvensyen kebangsaanSains PolitikPolitik PerbandinganPersidangan atau perhimpunan yang diadakan aleh sesebuah pertubuhan untuk membincangkan perkembangan tahunan, pemilihan jawatan penting dan merumus dasar-dasar utama bagi pertubuhan tersebut. Parti politik lazimnya mengadakan konvensyen kebangsaan tahunan bagi memenuhi tujuan ini.
aerial navigationpengawasan ruang udaraSains PolitikHubungan AntarabangsaKawalan terhadap hak ruang udara sesebuah negara. Hak tersebut telah disepakati dalam Konvensyen Paris pada tahun 1919. Konvensyen tersebut telah menetapkan bahawa setiap negara mempunyai kedaulatan terhadap ruang tanpa batas ketinggian. Sekiranya pesawat negara asing mendarat di sesebuah negara, negara tersebut mempunyai hak membuat pemeriksaan terhadap pesawat tersebut. Selain itu, lalu lintas udara juga dibuat melalui kerjasama dua atau pelbagai negara.
reciprocity principlesprinsip persalinganUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKaedah yang mewajibkan negara penerima hak atau faedah daripada sesuatu perjanjian untuk memberikan hak atau faedah yang sama kepada negara pemberi. Contohnya, apabila negara A menyertai Konvensyen Geneva III berkaitan layanan terhadap tawanan perang, dan kemudiannya terbabit dalam konflik bersenjata dengan negara B yang turut menyertai konvensyen yang sama. Negara A akan melayan tawanan perang dari negara B dengan baik mengikut peruntukan konvensyen tersebut kerana negara B juga dikehendaki oleh konvensyen untuk melayan tawanan perang dari negara A dengan baik. Walau bagaimanapun, hal ini berbeza dengan undang-undang perang Islam seperti yang ditunjukkan oleh Salahuddin al-Ayubi. Walaupun tentera salib membunuh tawanan perang Muslim, beliau telah melayan tawanan perang Kristian dengan baik, tidak memaksa mereka memeluk agama Islam, dan membenarkan mereka ditebus untuk bebas. Al-Quran dan Sunnah memerintahkan Muslim melayan tawanan perang dengan baik, walaupun musuh tidak melakukan perkara ya
International Law Commission (ILC))Suruhanjaya Undang-Undang AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaSuruhanjaya yang ditubuhkan oleh Perhimpunan Agung PBB untuk melakukan kajian dan cadangan dalam pembangunan dan pengekodan undang-undang antarabangsa. Suruhanjaya ini mula melakukan kerja berkenaan pembangunan undangundang antarabangsa pada tahun 1949. Suruhanjaya tersebut mempunyai 34 anggota yang terdiri daripada pakar undangundang, mewakili pelbagai sistem perundangan utama dunia. Keanggotaan asal suruhanjaya ini terdiri daripada pakar undang-undang yang terkenal seperti Sir Benegal Rau dari India, James L. Brierly dari United Kingdom, Manley O. Hudson dari Amerika Syarikat, V.M Koretsky dari USSR, dan George Schelle dari Perancis. Walaupun suruhanjaya ini mengambil masa yang lama kerana melalui proses yang panjang dan rumit dalam pembentukan undang-undang, namun suruhanjaya tersebut telah berjaya mengadakan kajian yang menghasilkan beberapa konvensyen. Antara konvensyen yang telah diadakan ialah Konvensyen Undang-Undang Laut, Konvensyen
conventionkonvensyen; persetujuanFizikTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas