Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ré/] | کوريق

Definisi : (korék); ~ api gores api, mancis api; ~ gigi kayu dll yg halus utk mencungkil gigi; ~ kuping (telinga) pencungkil tahi telinga; mengorek 1. membuat lubang (pd sesuatu benda atau di dlm tanah), mencungkil, mene­buk, mengeruk, menggali: ~ lubang utk menanam sampah dll; 2. ki menggores; ~ hati menggores hati; 3. ki menyiasat atau mencari-cari (utk mengetahui sesuatu yg rahsia atau tersembunyi), mengata-ngata (keburukan orang dll), mengkritik: polis telah dapat ~ rahsia mengenai kegiatan golongan penderhaka itu; 4. ki memperoleh (wang, keuntungan, dll), mendapat (untung); ~ dompet kawan prb memperdaya supaya kawan membayar perbelanjaan; korekan hasil mengorek: ~ yg terdalam atau terlebar; pengorekan perihal atau perbuatan mengo­rek, penggalian; pengorek 1. alat utk mengorek (mencung­kil), penggerek; 2. orang yg mengorek (membongkar sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ré/] | کوريق

Definisi : (korék); ~ telinga bayar sj ikan laut, Hippocampus kuda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ré/] | کوريق

Definisi : (korék) ®kurik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ré/] | کوريق

Definisi : /korék/; ~ api mancis (gores) api. ~ gigi kayu yg halus utk mencungkil apa-apa yg melekat pd gigi. mengorek 1 membuat lubang dgn menggunakan sesuatu alat; menebuk; menggali: ~ lubang dgn bor. 2 mengeluarkan sesuatu dr bahagian dalam atau dr tempatnya (dgn mencungkil): ~ tahi telinga; ~ bijih. 3 ki memeriksa dgn teliti; menyiasat (utk mencari rahsia): Polis telah dpt ~ rahsia mengenai kegiatan golongan penderhaka itu. pengorek 1 alat yg digunakan utk mengorek. 2 orang yg menyiasat atau yg membongkar rahsia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
korek (kata kerja)
Bersinonim dengan gali, cungkil, tebuk, keruk;,
Kata Terbitan : mengorek, korekan, pengorekan, pengorek,

Puisi
 

Berani sungguh anak tupai,
     Korek kelapa tengah hari;
Sungguh wangi bunga rampai,
     Taruh kepala tidak berseri.


Lihat selanjutnya...(2)