Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
belemoeh[b«.l«.moEh]kata kerjaberselekeh, kotor, comot, berlumuran, kekotoran.Anak hang ni belemoeh sunggoh, bagila dia mandi.[A.nA/ hAN ni b«.l«.moEh suN.goh bA.gi.lA di.jA mAn.di]Anak engkau ini sungguh kotor, mandikanlah dia.
lejam[l«.dZAm]kata adjektifcomot dan kotor (basah); belejam, berlejam.Baju dia habeh lejam pasai dia dok pi maen kat bendang.[bA.dZu di.jA hA.beh l«.dZAm pA.sAj di.jA do/ pi mAen kAt b«n.dAN]Seluruh bajunya kotor kerana dia pergi bermain di sawah itu.
belejam[b«.l«.dZAm]kata adjektifcomot dan kotor (basah); berlejam, lejam.Baju dia habeh belejam pasai dia dok pi maen kat bendang.[bA.dZu di.jA hA.beh b«.l«.dZAm pA.sAj di.jA do/ pi mAen kAt b«n.dAN]Seluruh bajunya kotor kerana dia pergi bermain di sawah itu.
berlejam[b«Ò.l«.dZAm]kata adjektifcomot dan kotor (basah); belejam, lejam.Baju dia habeh berlejam pasai dia dok pi maen kat bendang.[bA.dZu di.jA hA.beh b«Ò.l«.dZAm pA.sAj di.jA do/ pi mAen kAt b«n.dAN]Seluruh bajunya kotor kerana dia pergi bermain di sawah itu.
acaq[A.tSAâÖ]kata namatakungan air kotor, biasanya di luar rumah sebelah dapur, limbahan.Bau acaq tepi rumah tu busuk.[bAw A.tSAâÖ t«.pi Òu.mAh tu bu.su/]Bau limbahan di tepi rumah itu busuk.
belengaeh[b«.l«.NAEh]kata adjektifberkenaan badan atau pakaian dalam keadaan kotor, selekeh, comot biasanya basah dan melekit.Muka dia belengaeh, penoh hinguih.[mu.kA di.jA b«.l«.NAEh p«.noh hi.Nuih]Mukanya berselekeh kerana dipenuhi dengan hingus.
lan[lAn]kata adjektifberkenaan rasa jijik dan meloyakan apabila melihat sesuatu yang kotor, (umpamanya nanah, muntah dan lain-lain), muak, jijik; damuih.Aku rasa lan nak makan kat kedai tepi paret tu.[A.ku ÒA.sA lAn nA/ mA.kAn kAt k«.dAj t«.pi pA.Òet tu]Aku berasa jijik hendak makan di kedai tepi parit itu.
damuih[dA.muih]kata adjektifberkenaan rasa jijik dan meloyakan apabila melihat sesuatu yang kotor, (umpamanya nanah, muntah dan lain-lain), muak, jijik; lan.Aku damuih bila tengok bisoi dia pecah.[A.ku dA.muih bi.lA tE.N/ bi.soj di.jA p«.tSAh]Aku berasa jijik apabila melihat bisulnya pecah.

Kembali ke atas