Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuap] | کواڤ

Definisi : hal ternganga mulut dan terkeluar nafas (biasanya kerana mengantuk): ~nya menjadi-jadi dan ia berasa mengantuk betul; ~ berapi-api makin banyak (bertambah, menjadi) kuapnya; menguap membuka mulut lebar-lebar dan mengeluarkan nafas (sebab mengantuk dll); menguap-nguap menguap berulang kali; terkuap-kuap menguap-nguap (kerana ter­lalu mengantuk): hari sudah jauh malam dan kelihatan beberapa orang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuap] | کواڤ

Definisi : ; berkuap panas, hangat: bilik itu ~ kerana semua tingkapnya ditutup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuap] | کواڤ

Definisi : ; cengkih ~ Kd terjengket-jengket, capik (spt jalan orang yg luka kakinya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuap] | کواڤ

Definisi : hal mengangakan mulut dan mengeluarkan nafas kerana mengantuk: Hari sudah larut malam, ~ para hadirin makin menjadi-jadi. menguap mengangakan mulut luas-luas dan mengeluarkan nafas kerana mengantuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kuap] | کواڤ

Definisi : ; berkuap panas; hangat: ~ benar bilik ini, bukalah semua tingkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuap