Apennines adalah nama banjaran gunung yang
menganjur dari Teluk Genoa ke bahagian jari kaki
negara Itali yang kelihatan seperti bentuk kasut.
Banjaran ini mempunyai tiga bahagian, iaitu
Apennines utara, Apennines tengah, dan Apennines
selatan. Kawasan ini meliputi dua per tiga daripada
semenanjung Itali. Gunung tua ini adalah antara
bahagian paling rendah di Eropah. Gunung ini telah
haus dek angin dan hujan selama berjuta-juta tahun.
Kemuncak paling tinggi ialah Monte Corno (2914
meter) dan Gunung Amaro (2795 meter). Kemuncak
paling terkenal ialah gunung berapi Vesuvius di
Teluk Nepal. Gunung ini semata-mata terdiri
daripada batu kapur dan marmar. Kuari yang
terdapat berhampiran dengan Carrara terkenal
kerana marmarnya yang berwarna putih bersih.
Lihat juga Vesuvius.