Saint Bernard ialah anjing besar, bijak yang
menjadi terkenal kerana menyelamatkan
pengembara yang sesat. Anjing ini dilatih pada
tahun 1600-an oleh sekumpulan rahib dari biara St.
Bernard, di Pergunungan Alps Switzerland. Pada
masa itu, ramai pengembara pergi ke Pergunungan
Alps dengan berjalan kaki. Ada yang sesat semasa
perjalanan atau tertimbus oleh salji hanyut atau
ribut salji yang datang secara tiba-tiba. St. Bernard
dilatih untuk menyelamatkan mereka yang
menghadapi masalah begini. Dengan deria bau
yang tajam, St. Bernard boleh menjumpai orang
yang tertimbus di bawah timbunan salji. Setelah
menemui mangsa, ia meminta pertolongan dengan
menyalak kuat-kuat. Anjing ini juga dilatih untuk
memandu pengembara melalui laluan yang
berbahaya, dan memberi amaran tentang tempat
berpijak yang berbahaya. Pelukis Inggeris, Sir
Edwin Landseer, melukis gambar anjing ini pada
sebuah tong kayu kecil yang tergantung di
lehernya. Tetapi pihak berkuasa menyatakan St.
Bernard tidak pernah membawa tong kecil ini
semasa misi menyelamat.