etching technique | teknik punaran | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Teknik menggunakan asid kuat dengan menggores permukaan logam bagi melihat struktur permukaan bahan. Contoh asid kuat yang digunakan ialah asid hidroklorik, asid nitrik, dan asid sulfurik. |
aside | aisik kuat | Kesusasteraan | Tiada | Teknik lakonan yang membolehkan pelakon mendedahkan pemikiran dan emosinya tentang watak lain atau sesuatu peristiwa kepada penonton. Pada waktu itu, pelakon lain berada di atas pentas, dan mereka seolah-olah tidak mendengar bisikan kuat itu. Teknik ini digunakan dalam drama Shakespeare, opera Cina, drama Sanskrit, dan bangsawan. Lihat juga senandika. |
knock | ketukan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | 1. Bunyi kuat yang berlaku akibat prapencucuhan dan letupan dalam kebuk pembakaran sehingga menghasilkan pem- bakaran dengan lebih cepat dan tidak terkawal sebelum pembakaran sebenar berlaku. 2. Bunyi kuat yang terhasil akibat lagaan beberapa komponen logam disebabkan oleh galas yang longgar, haus serta berubah-ubah mengikut laju enjin. |
monologue | monolog | Kesusasteraan | Tiada | Pertuturan panjang seorang watak pada dirinya sendiri bagi menyuarakan fikiran dan rasa hatinya. Pertuturan watak biasanya terdapat dalam drama, naratif dan puisi. Monologi boleh berbentuk bisikan kuat, senandika (soliloqui), monolog dramatik dan monolog dalaman. Bisikan kuat ialah pertuturan watak yang hanya dapat didengar oleh penonton manakala senandika ialah percakapan seorang watak untuk meluahkan perasaan dan fikiran kepada dirinya sendiri. Monologi dramatik merupakan percakapan seorang watak bagi menyampaikan pemikiran dan perasaannya terus kepada penonton. Monolog dalaman yang biasanya dikaitkan dengan naratif pula ialah bahagian teks yang mendedahkan pemikiran dalaman seorang watak kepada pembaca secara langsung. Dalam persembahan drama, monolog hanya dituturkan oleh seorang pelakon sahaja. Ujaran �To be or not to be� oleh Hamlet dalam drama Shakespeare yang berjudul Hamlet (Babak III, adegan i) merupakan contoh monolog dalam bentuk senandika. Dalam sastera Parsi, monolog ditemui dalam Sang-i-Sabur oleh Sabiq Chubak. Contoh monolog dramatik yang biasanya terdapat pada teater tradisional Makyung ialah ungkapan semasa Pakyung memperkenalkan dirinya seperti yang berikut: Yalah tuboh hambo bergelar Raja Bongsu Sakti dari negeri Pelenggang Cahaya. Bonda bernamo Raja Besar�. Istilah monolog berasal daripada drama Yunani berjudul Oedipus Rex oleh Sophocles. Monolog menjadi bentuk popular dalam penulisan Barat pada kurun ke-16 dan pada era Elizabeth seperti dalam karya Shakespeare. Lihat juga monolog dalaman, monolog dramatik, senandika. |
mercury vapour lamp | lampu wap raksa | Kimia | Kimia Analisis | Lampu yang diisikan dengan wap raksa pada tekanan tinggi dan apabila dinyahcas menghasilkan spektrum garis yang cukup kuat pada 365,405, 436, 546, 577, 691 dan 773 nm. Apabila ia bertekanan rendah spektrum garis yang kuat pada 254 dan 313 nm dipancarkan. Ia digunakan sebagai sumber sinaran oleh kebanyakan fluorometer mudah. |
thermal | terma | Sains | Tiada | Isi padu udara yang mempunyai keapungan disebabkan ketumpatannya rendah berbanding dengan sekitarnya dan oleh itu ia membumbung. Terma terhasil dalam keadaan pemanasan suria yang kuat di atas tanah dan mengakibatkan kadar tukaran adiabatik di aras bawah. Terma yang kuat bercenderungan berlaku di wilayah yang permukaan buminya lebih panas daripada kawasan sekitarnya; cerun yang menghadap matahari dan bandar merupakan sumber terma yang diakui oleh penerbang gelungsur. Terma terdapat di awan kumulus walaupun selalu wujud tanpa bukti. Cerapan menunjukkan pola tipikal gerakan udara dalam suatu terma ialah halaju menegak maksimum berlaku dalam teras pusat bersama dengan gerakan peredaran (gelang vorteks) menuju ke salah satu tepi terma. Terma membesar apabila bahagian depannya bercampur dengan udara sekitarnya dan kemudian bercampur dengan udara di belakangnya. Jadi, kelebihan suhu dan keapungan terma nisbi terhadap sekitarnya berkurangan secara janjangan. |
amplified speech spectrum | spektrum pertuturan kuat | Sains Kesihatan | Tiada | Bunyi pertuturan berdasarkan frekuensi dan keamatan yang diperkuat dengan menggunakan alat bantu pendengaran. |
fortis | fortis | Sains Kesihatan | Tiada | Bunyi kuat yang disertai aspirasi. |
pica | pika | Perubatan | Psikiatri | Keinginan yang kuat untuk memakan sesuatu yang tidak boleh dimakan, seperti tanah liat, pasir dan kapur. |
polyphagia | polifagia | Perubatan | Psikiatri | Selera makan yang kuat terhadap pelbagai jenis makanan. |