Apakah maksud 'kubur tanpa nisan' dalam konteks ayat ini: 'idaman akan hancur lebur ibarat kubur tanpa nisan? | Contoh ayat yang diberikan tidak lengkap, walau bagaimanapun, “kubur tanpa nisan” merupakan sejenis kiasan, iaitu ibarat. Jika dilihat pada konteks ayat, “idaman akan hancur lebur ibarat kubur tanpa nisan” boleh membawa pengertian "sesuatu yang diimpikan atau impian yang akan musnah tanpa ada sebarang tanda atau petunjuk". | Makna | 06.05.2020 |
Adakah 'kubur tidak bernisan' padanan sesuai untuk 'unmarked grave'? | Padanan yang sesuai ialah "kubur tidak bertanda" | Istilah | 05.09.2018 |
apakah perbezaan antara pusara, makam dan kubur? adakah istilah ini mengikut stratifikasi sosial seseorang? | Pusara ialah kubur, manakala makam pula digunakan untuk orang yang dihormati seperti raja dan pahlawan. | Tatabahasa | 10.04.2015 |
Assalamualaikum, Mohon jasa baik tuan/puan untuk mengenal pasti penggunaan kata sendi yang betul bagi ayah di bawah: 1. Ya Allah, aku berlindung denganMu dari azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. 2. Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Mohon penjelasan tuan mana satukah ayat yang betul. Sekian, terima kasih. | Yang betul ialah 2. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, tiada Tuhan y ang berhak disembah melainkan Engkau. Kata sendi nama "daripada" di sini menyatakan punca bagi unsur mujarad, iaitu azab kubur. Selain itu, ejaan yang betul bagi merujuk Tuhan ialah "dengan-Mu". | Tatabahasa | 12.12.2011 |
apakah perbezaan akhirat dengan kiamat? | Kiamat ialah hari ditiupkan sangkakala dan manusia dibangkitkan dari kubur. Akhirat ialah satu alam terakhir tanpa penghujung yang perlu dilalui oleh setiap manusia. Bermula apabila manusia dibangkitkan dari kubur . | Lain-lain | 19.02.2010 |
Assalamualaikum. Apakah makna perkataan BANGGOL, Nama kampung tempat kelahiran saya ialh BANGGOL KUBUR, Kampung Repoh, Batu Kurau. Terdapat juga nama Kampung Banggol Sebelah di Batu Kurau. Dalam novel SN Shahnon Ahmad juga ada nama tempat banggol. Terima kasih | Dalam data kami, perkataan banggol hanya terakam sebagai nama tempat, tidak ada maksud atau maklumat lain berkenaan perkataan itu. | Tatabahasa | 13.04.2015 |
Makna perkataan Menguis dan menggali | Makna perkataan Menguis dan Menggali menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, terbitan DBP. Menguis: 1. Menolak (menepis, menyepak) ke tepi: dikuisnya sampah itu dengan kakinya; 2. mengais (spt. ayam); Menggali: 1. membuat sesuatu dr dlm tanah. dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dengan menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya untuk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dala,. nan digantung tinggi prb yang sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan. | Tatabahasa | 04.04.2014 |
Adakah bahasa Melayu mempunyai kata padanan untuk istilah kijing (asal Jawa) atau jahul (asal Sunda)? Takrif kedua - dua perkataan itu sama iaitu penutup makam/kubur yang menyatu dengan batu nisan. Bolehkah saya menggunakan kata kijing/jahul dalam penulisan dan perlukah diitalikkan? Gambar rujukan bagi kijing/jahul boleh dilihat melalui pautan ini: (https://twitter.com/ivanlanin/status/1069212655057952768?s=19) | Salam sejahtera, Berdasarkan Kamus Dewan, kijing merujuk kepada sejenis binatang laut seperti kepah yang boleh dimakan. Jahul pula tidak dijumpai dalam data kami. . Sekian, terima kasih. | Istilah | 02.12.2018 |
Kata dasar “pengebumian” ialah “ke bumi”. Dengan berdasarkan makna yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ke bumi bukanlah bermakna “masuk ke dalam bumi” melainkan berada di bumi (angkasawan kembali ke bumi) dan kena pada tanah (jatuh ke bumi, tumpah ke bumi). Dapatkah kita katakan “ke bumi” dalam konteks “pengebumian” ialah kiasan yang maksud sebenarnya ialah “dimasukkan ke dalam lubang kubur”? | Sdr. miarmgu, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Pertanyaan sdr. (soalan yang ditanyakan), dimasukkan ke dalam lubang kubur, jika melihat makna yang diberikan dalam kamus pelajar ke bumi; mengebumikan menanam mayat ke dlm kubur; menguburkan. pengebumian perbuatan atau hal mengebumikan. Kata-kata tersebut boleh memberi makna yang sdr. maksudkan. | Makna | 23.02.2009 |
Apakah istilahnya dalam bahasa melayu bagi 1) fenomena 'microburst' 2) dan 'grave robber' | Untuk makluman, istilah "fenomena microburst" dan "grave robber" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah fenomena mikroletusan dan perompak kubur. | Istilah | 06.03.2017 |