Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.da] | کودا

Definisi : 1. sj binatang besar berkaki empat yg dipelihara utk kenaikan (pengangkutan dll), Equus caballus; 2. = daya (kuasa, kekuatan) ~ ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuat­an utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat); 3. sj buah catur; ~ air tapir, tenuk; ~ beban kuda utk membawa (mengangkut) barang-barang; ~ belang (loreng) sj kuda yg berbelang-belang (berjalur­-jalur) seluruh tubuhnya, Equus burcelli; ~ beraksa kuda semberani; ~ bibit kuda jantan utk penternakan (pembiakan); ~ karengga kuda yg bulunya kemerah-merahan atau kekuning-kuningan; ~ kayu ki orang yg bodoh (boleh dipermain-mainkan); ~ kenderaan (tunggang) kuda kenaikan, kuda utk ditung­gang; ~ kepang persembahan kuda-kudaan (dibuat drpd bilah buluh tipis) yg berpe­nunggang dan mempunyai unsur magis; ~ (-kuda) laut sj ikan laut yg kepalanya menye­rupai kuda, unduk-unduk, Hippocampus spp.; ~ liar kuda yg belum jinak; ~ lumba (pacu) kuda utk berlumba; ~ lumping kuda tiruan atau buatan utk permainan (dibuat drpd kulit atau buluh); ~ padi kuda kecil; ~ semberani kuda yg boleh terbang (dlm cerita-cerita dongeng); ~ teji = ~ tezi kuda yg cepat larinya; naik ~ hijau mabuk; anak ~ bulu kasap prb perihal anak muda yg riang gembira; asalnya ~ itu ~ juga dan keldai itu keldai juga prb tiap-tiap sesuatu itu menurut asalnya; bak rasa ~ pula kukuran prb perihal orang miskin yg berlagak spt orang kaya; spt ~ lepas dr pingitan prb terlalu gembira (sebab lepas dr kurungan atau pem­belengguan); kuda-kudaan sj alat permainan kanak­-kanak yg menyerupai kuda dan ditunggang; berkuda 1. mempunyai kuda; 2. = menguda ark menaiki (mengenderai) kuda; pasukan ~; memperkuda, memperkuda-kuda 1. mem­buat (menjadikan) sesuatu sbg kuda; 2. memperbodoh-bodohkan, memperlakukan sbg budak suruhan: asal disanjung-sanjung bolehlah diperkuda hatta disuruh membuat apa kerja pun; Ali ~ wakil rakyat dan imam-imam kampung; perkudaan 1. tempat menternak (meme­lihara) kuda; 2. kandang kuda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.da] | کودا

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), kedondong, Lannea grandis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.da] | کودا

Definisi : 1 beberapa jenis binatang besar berkaki empat yg tangkas berlari (dan biasanya digunakan sbg tunggangan), Equus caballus. 2 = daya (kuasa) ~ ukuran kekuatan enjin atau motor (tenaga yg diperlukan utk mengangkat sesuatu seberat 550 paun setinggi satu kaki dlm masa satu saat). ~ belang kuda yg badannya berbelang-belang, Equus burchell. ~(-~) laut binatang laut yg kepalanya menyerupai kepala kuda, Hippocampus hudsonius. ~ lumba kuda yg dipelihara khas utk diadu berlari. ~ padi kuda yg kecil. ~ tezi kuda yg pantas berlari. kuda-kuda, kekuda 1 alat berkaki tiga utk menopang papan hitam. 2 kayu utk menahan bumbung rumah. 3 bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru. 4 penyangga tali pd alat bunyi-bunyian. kuda-kudaan kuda tiruan (dibuat drpd kayu dll). berkuda menggunakan kuda; menunggang kuda: pasukan ~. memperkuda 1 melakukan spt kuda. 2 memperlakukan sekehendak hati; membodoh-bodohkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuda

Puisi
 

Laksamana naik kuda,
     Kuda datang dari Acheh;
Bukan senang bermain muda,
     Nak ada ilmu yang terpilih.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Kuda itu kuda juga,
     keldai itu keldai juga.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu itu akan kembali kepada asalnya.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTANDINGAN LOMPAT KUDA

Pertandingan lompat kuda ialah

pertandingan sukan menunggang kuda. Dalam

acara pertandingan lompat kuda, penunggang

bertanding dengan menunggang kuda atau kuda

padi dan melompat melepasi pelbagai halangan

yang disediakan khas. Halangan yang lazim

termasuk pintu pagar, pagar, palang selari, dan

tembok tiruan. Sesetengah padang pertandingan

lompat kuda memasukkan halangan yang tetap

seperti tebing, pagar pokok yang kekal, dan

lompatan air. Dua atau lebih halangan yang

diletakkan kurang daripada 12 meter jaraknya

dikenali sebagai kombinasi. Halangan mempunyai

ketinggian (sehingga lebih kurang 1.7 meter) atau

kelebaran (sehingga lebih kurang 2.2 meter,

melainkan lompat air, yang mungkin sepanjang

4.25 meter). Halangan seperti oxer (kombinasi

pagar pokok dan selusur) atau palang tiga

serangkai mempunyai ketinggian dan kelebaran.

Padang yang tipikal mempunyai 10 atau 12

halangan, tetapi padang bagi acara antarabangsa

mungkin mempunyai lebih halangan.

UMUM 
KUDA BELANG

Kuda belang ialah haiwan berbelang daripada

famili kuda. Terdapat tiga spesies kuda belang iaitu

kuda belang biasa, kuda belang Grevy, dan kuda

belang gunung. Haiwan ini hidup berkumpulan

di gurun dan padang rumput di timur dan selatan

Afrika.

UMUM 
TARPAN

Tarpan ialah kuda liar yang hidup di hutan di

Eropah dan di steppe di Rusia. Tarpan telah pupus

sejak tahun 1800-an. Ahli sains percaya bahawa

mereka telah membiakkan baka kuda yang sama

seperti kuda dari hutan Eropah yang asal. Ahli sains

ini menjalankan kerja mereka di Zoo Hellabrunn di

Munich, Jerman. Mereka telah mencipta proses

pembiakan baka semula yang menghasilkan seekor

kuda kecil pada tahun 1950-an yang kelihatan

seperti tarpan purba.

Lihat juga Kuda (Kuda liar); Kuda Przewalski.

UMUM 
MUSTANG

Mustang ialah nama kuda tertentu yang merayau-rayau

di beberapa bahagian di barat Amerika.

Mustang adalah keturunan kuda Sepanyol yang

dibawa ke Amerika oleh penjelajah Sepanyol.

Mustang mungkin berasal daripada perkataan

Sepanyol meste~nos, yang bermakna kuda liar, atau

kuda tidak bertuan .

Lihat juga Koboi (Kudanya); Kuda (Kuda liar).

UMUM 
KUDA PRZEWALSKI

Kuda Przewalski yang juga dikenali sebagai

kuda Przhevalski, ialah spesies kuda yang pernah

berkeliaran berkumpulan di Asia Tengah.

UMUM 
KUDA LAUT

Kuda laut ialah ikan kecil yang dinamakan

demikian kerana kepalanya menyerupai kuda

kecil. Lebih kurang 25 spesies kuda laut hidup di

laut tropika yang cetek.

UMUM 
KUDA

Kuda merupakan satu daripada haiwan yang paling

berguna sejak beribu-ribu tahun. Satu masa

dahulu, kuda ialah cara pengangkutan yang

paling pantas dan yang paling pasti untuk

mengembara di darat. Pemburu yang menunggang

kuda mengejar haiwan dan membunuhnya

untuk makanan dan untuk kegiatan sukan. Puak-puak

nomad Asia menakluk Eropah, dan sateria-sateria

Zaman Pertengahan menyerang dengan

menunggang kuda perang yang gagah. Peneroka

Eropah menggunakan kuda semasa mereka

menjajah Afrika, Amerika dan India.

UMUM 
TELAPUK

Telapuk ialah ketumbuhan keras pada kaki

mamalia yang dinamakan ungulat. Ungulat termasuk

babi, kuda belang, kuda dan haiwan bertanduk.

Telapuk dibuat daripada tanduk iaitu bahan yang

terbentuk daripada epidermis (lapisan luar kulit).

UMUM 
KUDA PADI SHETLAND

Kuda padi Shetland adalah satu daripada kuda

baka terkecil. Tingginya dari 80 sentimeter hingga

115 sentimeter pada paras bahu. Baka ini berasal

dari Kepulauan Shetland di luar pantai Scotland.

UMUM 
EKOR KUDA

Ekor kuda ialah tumbuhan yang mempunyai batang

berongga, bersendi dan biasanya berlekuk.

Batangnya mengandungi silika iaitu bahan

pelelas (lihat Silika). Ekor kuda kadangkala

dikenali sebagai rush penyental kerana ia

pernah digunakan untuk menggilapkan logam.

UMUM 
123456789

Kembali ke atas