Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kué.tiau] | کوءيتياو

Definisi : (kuétiau) C sj makanan dibuat drpd tepung beras (dimasak atau digoreng spt mi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kué.tiau] | کوءيتياو

Definisi : /kuétiau/ sj makanan berwarna putih yg lembut dan berkeping-keping (dibuat drpd tepung beras). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuetiau


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah sebab ramai orang eja salah pada perkataan kuetiau?

Salah satu cara pembentukan kata bahasa Melayu adalah melalui penyerapan kata pinjaman. Perkataan kuetiau berasal dari China. Proses penyerapan kata pinjaman dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman ejaan dan sebutan bahasa Melayu. Penyerapan kata asing ke dalam bahasa Melayu sama ada mengambil keseluruhan bentuk kata atau dengan penyesuaian ejaan dan sebutan. Huruf dilafazkan menurut bunyinya dalam bahasa Melayu.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kesalahan ejaan untuk sesuatu perkataan. Kesalahan ejaan pada perkataan kuetiau lazimnya kerana pengeja cenderung mengeja perkataan tersebut mengikut sebutan yang lazim didengar dan digunakan dalam kehidupan seharian.  Kamus boleh dijadikan panduan atau rujukan bagi memastikan sesuatu perkataan yang digunakan adalah betul.

Lain-lain26.05.2023
Mana satukah ejaan yang betul bagi (1) sejenis makanan:- koey teow koew teow koetiau kuetiau (2) Nama tempat:- Gerik GrikEjaan yang betul ialah kuetiau dan Grik.Ejaan15.01.2008
Apakah ejaan Yang betul bagi char kuew teow?Ejaan yang betul dalam bahasa Melayu ialah kuetiau
Char pula bermaksud goreng (tidak kiralah goreng basah atau goreng kering).

Jadi padanan yang boleh disarankan ialah kuetiau goreng.
Ejaan11.05.2023
Ejaan Kue tiauEjaan yang tepat ialah kuetiauEjaan13.10.2017
Kata nama am yang memerihalkan wadah memasak mi goreng, kuetiau goreng dan nasi goreng secara pukal yang selalu dijajakan di pasar malam, pasar pagi/tani, bazar ramadan dan seangkatan dengannya. Wadah memasak itu selalunya mempunyai buntut leper dan permukaan luas serta diperbuat sejenis logam berwarna hitam.Dalam data kami terdapat istilah kuali leper yang merujuk maksud kuali bertangkai untuk menggoreng; kuali datar lekat yang bermaksud  kuali yang datar berbentuk segi empat atau bulat untuk memasak burger, telur dan penkek; dan kawah yang bermaksud  kuali besar tempat memasak nasi dan lain-lain. Yang manakalah tuan maksudkan?Penyemakan dan penterjemahan08.10.2018
apakah ejaan yang betul bagi kueh teow?Ejaan yang betul ialah kuetiau. Untuk menyemak ejaan perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Ejaan10.08.2009
Salam sejahtera, Apa ejaan betul untuk char kway teow? Terima kasih!Ejaan yang betul ialah char kuetiau.Ejaan16.10.2021
Ejaan kuey teowEjaan yang betul ialah KuetiauEjaan11.03.2021
Salam sejahtera, saya ingin tahu adakah istilah berikut betul dalam Bahasa Malaysia: "Hor Fun" = Hor Fun "Fried Wantan" = Wantan Goreng Terima kasihPadanan bahasa Melayu bagi hor fun ialah kuetiau dan perkataan wantan goreng adalah betul.Tatabahasa12.01.2017
selamat sejahtera, saya ingin membuat papan tanda dan ingin membuat semakan bahasa. 1) kilang membuat koay teow dan cili boh 2) kilang memproses koay teow dan cili boh manakah perkataan yang lebih sesuai digunakan? sekian terima kasihPerkataan yang sesuai ialah Kilang Kuetiau dan Cili BohLain-lain23.11.2018
12

Kembali ke atas