Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuih] | کوءيه

Definisi : penganan, juadah; ~ basah kuih yg lembap atau yg mengandungi air (spt kuih bingka, kuih talam, dll); ~ kering kuih yg dibakar (spt biskut-biskut, kuih bangkit, kuih sepit dll); ~-muih bermacam­-macam jenis kuih; kuih-kuih kuih-muih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuih] | کوءيه

Definisi : makanan yg biasanya manis rasanya utk kudap-kudapan. kuih-muih bermacam-macam jenis kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti tepung di tangan pengadun.

Bermaksud :

Orang yang lemah dalam tangan orang yang berkuasa. pengadun = pembuat kuih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tepong[t«.poN]kata namakuih (pelbagai jenis).Gi beli tepong keda Mek Ye duwo amah.[gi b«.li t«.poN k:«.dA mE/ jE du.w A.mAh]Pergi beli kuih di kedai Mek Yam seringgit.
sema[sE.mA]kata namasejenis kuih yang dibuat daripada gula dan tepung gandum.   
poli[p.li]kata namasejenis kuih yang diperbuat daripada ubi kayu yang diparut dan dikukus, kemudian disalut dengan kelapa parut dan dimakan bersama air gula melaka.   
nekbak[nE/.bA/]kata namasejenis kuih berbentuk bulat leper berwarna kuning dibuat daripada tepung gandum dan kuning telur itik. Cara memakannya ialah dengan memasukkan nekbat ke dalam air gula yang mendidih sehingga menjadi kembang.   
ladu[lA.du]kata namasejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras, lada hitam dan gula.   
jalo mah[dZA.l mAh] sejenis kuih yang dibuat daripada telur kuning dan gula.   
gine[gi.nE]kata namasejenis kuih yang dibuat daripada pulut dan digoreng, inang-inang.   
getah[g:«.tAh]kata namasejenis kuih yang diperbuat daripada ubi, santan dan gula.   
akok[A.k/]kata namasejenis kuih bakar yang dibuat daripada telur, tepung gandum, gula dan dibakar di dalam acuan.   
lopak tike[l.pA/ ti.kE] sejenis kuih daripada tepung beras, pulut yang dimasak dan dimakan bersama-sama kuah santan dan gula melaka.   
123

Kembali ke atas