Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuih] | کوءيه

Definisi : penganan, juadah; ~ basah kuih yg lembap atau yg mengandungi air (spt kuih bingka, kuih talam, dll); ~ kering kuih yg dibakar (spt biskut-biskut, kuih bangkit, kuih sepit dll); ~-muih bermacam­-macam jenis kuih; kuih-kuih kuih-muih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuih] | کوءيه

Definisi : makanan yg biasanya manis rasanya utk kudap-kudapan. kuih-muih bermacam-macam jenis kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti tepung di tangan pengadun.

Bermaksud :

Orang yang lemah dalam tangan orang yang berkuasa. pengadun = pembuat kuih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gedong cak[g«.doN tSA/] kuih daripada adunan tepung pulut, gula merah dan kelapa. Kuih ini dibungkus dengan daun nipah dan dibakar.   
kue bakaq[kue bA.kA)Ö] sejenis kuih kering daripada tepung ubi, tepung gandum, santan, telur, dan gula dan dibakar, kuih bangkit.   
onde-onde[on.dE.on.dE]kata nama1. kuih daripada tepung pulut atau ubi keledek, intinya daripada kelapa atau kacang hijau dan bergula, bersalut bijan dan digoreng (kuih bom)   
tempek[tEm.pE/]kata namakuih dadar, biasanya daripada tepung gandum, air dan garam. Adakalanya ditambah dengan pisang atau kelapa.   
beka[bE.kA]kata namakuih daripada tepung beras dan santan, manakala intinya daripada adunan tepung beras dan gula. Adunan ini dibungkus dengan daun pisang seperti lepat dan dibakar.   
sepera[s«.pE.rA]kata namakuih seperti karipap tetapi berintikan kelapa pedas.   
tepung torak[t«.poN to.ÒA] sejenis kuih yang dibungkus dengan daun pisang dan diikat kedua hujung, dibuat daripada tepung beras, santan dan gula dan dikukus   
pulut dakap[pu.lut dA.kAp] sejenis kuih daripada pulut yang dimasak dengan santan, berinti pisang, dibungkus dengan daun pisang, diikat dan direbus   
kandasturi[kAn.dAs.tu.Òi]kata namakuih daripada kacang hijau yang dimasak, dikepal, dicelup tepung dan digoreng.   
lempiang bakaq[lEm.pi.jAN bA.kA)Ö] sejenis kuih daripada pisang yang diramas dengan tepung gandum dan gula. Bancuhan ini dileperkan di atas daun pisang dan ditutup dengan daun pisang lalu dibakar.   
12

Kembali ke atas