Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj kuih yg dibuat drpd keledek yg dilumatkan dan dicampur tepung gandum (kemudiannya digoreng dan disira dgn gula). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kuih yg dibuat drpd keledek rebus yg dilecek dan dicampur tepung, dibentuk, kemudian digoreng dan disira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIRA

SIRA, proses menyalut kuih yang tawar dengan gula yang telah dicairkan.  Apabila gula yang disiram itu sejuk, ia menjadi keras seperti yang terdapat pada kuih keria.  Antara kuih-muih yang disira ialah gegetas dan kuih kering.  Kuih-muih ini dimasak terlebih dahulu dan disira dengan gula untuk memberi dan menambahkan rasa manis.  Semua kuih yang disira adalah keras dan rangup.  Di Kelantan, `sira’ bermaksud gula yang dimasak pekat atau kering bersama buah-buahan seperti sukun, kundur dan lain-lain seperti yang terdapat dalam sira buah sukun dan sira kundur kulit limau.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas