Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj mangga yg harum baunya dan halus dagingnya (isinya), embacang, Mangifera odorata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya spt buah mangga, berbau harum serta halus dagingnya), Mangifera odorata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuini

Puisi
 

Pohon kuini pohon palas,
     Jatuh kaki haram tak luka;
Surat adik abang tak balas,
     Pantun abang jangan dilupa.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

PantunSumberTema
Kuini ditanam tumbuh renek, Tabur padi dalam reban; Ingatlah pesan datuk nenek, Takbur itu perangai syaitan.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Kuini tumbuh renek, Buah jatuh bertabur, Ini nasihat nenek, Mesti bijak melabur.Pantun Melayu SarawakJati Diri
Asam kuini jual di pekan, Pekan bernama Pasar Minggu; Begini nasib untungnya badan, Adik seorang rindu menunggu.Pantun Melayu SarawakKasih
Buah kuini masak di batang, Pagi hari banyak yang jatuh; Biar kumati dalam membujang, Kerana menanti adik yang jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah kuini masak sedahan, Belum juga jatuh ke tanah; Patah hati rosaklah badan, Kerana adinda tak mahu singgah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah kuini di dalam timba, Hendak dibawa ke rumah Cik Kasa; Jalan mati lagi dicuba, Inikan pula jalan biasa.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Pohon kuini pohon palas, Jatuh kaki haram tak luka; Surat adik abang tak balas, Pantun abang jangan dilupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil buah kuini, Panggang ikan seluang; Ambil cabaran ini, Jangan lepas peluang.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Sejak berkuah kuini pandak, Banyaklah udang berhati risau; Sejak orang tua berbini budak, Banyaklah bujang pergi merantau.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Selama dapat kuini muda, Tidak berbau buah mempelam; Selama mendapat bini muda, Tidak mahu lagi keluar malam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
123

Kembali ke atas