Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj mangga yg harum baunya dan halus dagingnya (isinya), embacang, Mangifera odorata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya spt buah mangga, berbau harum serta halus dagingnya), Mangifera odorata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Adakah anda bermaksud : kuini

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuini.

Puisi
 

Pohon kuini pohon palas,
     Jatuh kaki haram tak luka;
Surat adik abang tak balas,
     Pantun abang jangan dilupa.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBuah kuini di dalam timba, Hendak dibawa ke rumah Cik Kasa; Jalan mati lagi dicuba, Inikan pula jalan biasa.
Kurik Kundi Merah SagaPohon kuini pohon palas, Jatuh kaki haram tak luka; Surat adik abang tak balas, Pantun abang jangan dilupa.
Kurik Kundi Merah SagaBuah durian buah kuini, Mari jatuh atas para; Duduk diam laki bini, Selalu kena sakit kepala.
Kurik Kundi Merah SagaBuah durian buah kuini, Mari letak dalam pasu; Duduk diam laki bini, Macam orang tidak bernafsu.
Kurik Kundi Merah SagaPokok ciku pokok kuini, Buahnya gugur ke dalam paya; Kalau kutahu nasib begini, Tidak guna hidup di dunia.
Kurik Kundi Merah SagaCincang-cincang buah kuini, Hendak makan dengan gula; Leher jenjang si putih kuning, Duduk seorang atau berdua?
Kurik Kundi Merah SagaBuah macang buah kuini, Masak sebiji dalam daun; Mengapa begini hatiku ini, Habis bulan berganti tahun.
Kurik Kundi Merah SagaBuah bacang buah kuini, Dibawa orang dari tanjung; Bukannya mudah memegang janji, Makan hati berulam jantung.
Kurik Kundi Merah SagaDi tepi pagar pokok kuini, Buahnya gugur ke dalam paya; Kalau kutahu nasib begini, Apa guna hidup di dunia.
Kurik Kundi Merah SagaPadang lampung berbambu perindu, Kuini cempedak tumbuh melata; Sedangkan sekampung hatiku rindu, Inikan pula jauh di mata.
12

Kembali ke atas