Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.ku] | کوکو

Definisi : 1. selaput atau bahagian keras yg tumbuh pd hujung jari manusia, benda keras yg menganjur yg tumbuh pd hujung kaki binatang (ada yg besar dan ada yg panjang dan tajam): menggaru dgn ~; ~ kuda; ~ kucing; bunga ~ bahagian pangkal kuku yg keputih­-putihan; daging (isi) ~ bahagian tengah kuku yg melekat pd isi jari; sehujung ~ ki sangat sedikit; 2. bermacam-macam alat atau baha­gian alat yg rupanya atau gunanya sama spt kuku manusia atau kuku binatang; ~ bajang hujung bajang; ~ besi ki (yg) berdasarkan atau cenderung menggunakan kekerasan (kekejaman, paksaan); ~ betul bahagian kuku yg melekat pd hujung kulit; ~ kambing a) kuku pd hujung kaki kambing; b) sj alat utk menanam anak padi (di tanah lembut); ~ sauh pengait (cangkuk) pd sauh; bagai ~ dgn isi (daging) prb sangat erat (karib) perhubungan atau persahabatan (tidak berenggang atau bercerai); (harimau) memperlihatkan ~nya prb (seseorang) menunjuk­kan kuasanya; kalau dibalun sebalun ~, kalau digumpal segumpal tanah prb alam rohani yg tidak terbatas tetapi dapat dikecilkan sekecil-kecilnya; sekuku = ~ hitam sangat sedikit, sehujung kuku: dirasanya perjuangannya sia-sia dan tidak berfaedah ~ pun; berkuku 1. mempunyai kuku; harimau ~ tajam; ~ belah berbelah dua kukunya (spt lembu, kerbau, dll); ~ satu (tunggal) mempunyai satu kuku (bkn kuda dll); 2. ki berkuasa, berkukuh: tentera Jepun telah ~ hampir empat tahun di Semenanjung Tanah Melayu; tidak ~ ki tidak berkuasa (berpengaruh); ~ besi ki bersikap (bersifat, berlaku) kejam atau terlalu keras (terhadap rakyat dll); belum ~ hendak menggaruk (mencubit) = belum bergigi sudah hendak menggigit prb belum berkuasa sudah hendak menegur-negur (memerintah dll) orang; diberi ~ hendak mencengkam prb diberi kuasa sedikit sudah hendak menindas (menganiaya) orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ku] | کوکو

Definisi : ; ~ gerda sj tumbuhan (pokok renek), pokok teh, siku keluang, Nothopanax fruiticosum; ~ lang a) sj tumbuhan (pokok meman­jat), akar selembah, belalai gajah, kait-kait hitam besar, kait-kait jantan, Uncaria sclerophylla; b) = akar ~ balam = akar ~ lipan sj tumbuhan (pokok menjalar), daun kait-kait, duri sakah, Zizyphus venoplia; c) sj tumbuhan (pokok memanjat), kayu sekatuk, Zanthoxylum hirtellum; ~ lang laut sj tumbuhan (pokok), Aegliceras corniculatum; ~ lang paya sj tumbuhan (pokok memanjat), pekan betina (hutan, jan­tan), Jasminum bifarium; ~ lang rimba sj tumbuhan (pokok menjalar), akar kait-kait, akar onak, damai-damai, jambu kelawar, Zizyphus calopyhlla; akar ~ lang sj tumbuhan (pokok memanjat), darah belut, gorek, kelici rimba, kulang, maticang, mentiung, tampu rengat, Mezoneuron sumatranum; rumput ~ sj tumbuhan (pokok renek), nilau bukit, Pogostemon heyneanus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ku] | کوکو

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut, Acanthopagrus berda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ku] | کوکو

Definisi : 1 benda keras yg tumbuh pd hujung jari manusia atau pd hujung jari setengah-setengah binatang: ~ kucing; ~ harimau. 2 berbagai-bagai jenis alat atau bahagian alat yg bentuknya atau gunanya spt kuku manusia atau spt kuku binatang. ~ bajang hujung bajang (pd penyambung kayu). ~ besi a. alat yg menyerupai kuku yg dibuat drpd besi utk mengopek kelapa dll. b. ki bersifat kejam atau zalim; berdasarkan kekejaman atau kekerasan (bkn pemerintahan, pentadbiran dsb). ~ kambing a. kuku pd hujung kaki kambing. b. alat utk menanam anak padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ku.ku] | کوکو

Definisi : bunyi burung (spt balam, tekukur). berkuku berbunyi (bkn burung balam, tekukur dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuku

Puisi
 

Oranglah Acheh keratlah kuku,
     Kerat-kerat luka jarinya;
Oranglah berkasih tidak begitu,
     Taruh terikat di dalam hatinya.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Harimau menyorokkan kuku.

Bermaksud :

Orang yang menyembunyikan kelebihannya.

 

Lihat selanjutnya...(14)