Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kum.bang] | کومبڠ

Definisi : 1. sj serangga yg berkepak dan berkulit keras; jenis-jenis: ~ (ber)tanduk, ~ daun, ~ gajah, ~ kelapa dll; 2. sj serangga (lebah); jenis-jenis: ~ kayu, ~ madu dll; 3. ki hitam (berkilat); anjing (harimau) ~ anjing (harimau) yg hitam bulunya; ~ ambrosia sj kumbang perosak kayu dlm famili Platypolidae dan beberapa genus dlm famili Scolitidae dan Lymaxylidae; ~ bubuk sj kumbang perosak kayu dlm famili Bostrychidae dan Lyctidae; ~ kulit sj kumbang perosak kayu dlm famili Scolitidae (termasuk kumbang Ambrosia); ~ kura-kura kumbang kecil ber­warna coklat kemerah-merahan atau kuning dan berbintik-bintik hitam; ~ perabot sj kumbang perosak kayu dlm famili Anobiidae, larvanya mengorek kayu, Anobium punctatum; ~ sesungut panjang sj kumbang perosak kayu dlm famili Cerambycidae yg larvanya mengorek kayu; ~ melilit gedung prb orang yg bersiul-siul berkeliling rumah gadis yg dikasihinya; ~ tidak seekor, bunga tidak sekaki (sekuntum) prb bukan hanya seorang sahaja lelaki atau perem­puan utk dijadikan kekasih atau pasangan hidup; bagai ~ putus tali(nya) prb sangat pantas larinya (jalannya); mengumbang mendengung-dengung (ber­bunyi berdengung-dengung) spt kumbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kum.bang] | کومبڠ

Definisi : beberapa jenis serangga yg berkulit keras, berkepak dan suka menyeri bunga (kadang-kadang merosakkan tanaman): ~ tanduk; ~ gajah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kumbang

Puisi
 

Kumbang berdengung memakan kelicap,
     Mari diikat benang setuli;
Orang Dungun sungguhlah bijak,
     Pandai sungguh mengambil hati.


Lihat selanjutnya...(49)
Peribahasa

Laksana kumbang menyeri bunga,
     kumbang pun terbang bunga pun layu.

Bermaksud :

Lelaki yang mempermain-mainkan perempuan, ia pergi perempuan itu pun merana.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
[Kaboi] ialah istilah bagi [kumbang] di utara Malaysia(uM) . Dialek Kelantan pula disebut [Kabo]. Dalam ejaan baku. [-o][uM] biasanya ditulis sebagai [-u] eg. sagon--> sagun. Jadi [Kaboi] cara baku adalah [Kabui]. Kamus Dewan 4 memasukkan kedua-dua [kaboi] dan [kabui] mengelirukan saya .Dalam sektor pertanian, jumpanya perkataan [Kumbang Kaboi Perang](Adoretus compresus) dan [Kumbang Kaboi Hitam](Apogonia sp.). Nampaknya Kaboi lebih cenderung penamaan kepada [chafer Bettle] atau [cockchafer]. a) Apakah jenis kumbang dalam KD4 ([Kaboi] sj kumbang.) ? b) Adakah Penggunaan [Kumbang + Kaboi] itu sah? b) Apakah istilah untuk [chafer] & [cockchafer] dalam MelayuBerdasarkan maklumat daripada Kamus Dewan, kaboi ialah kumbang dan kabui ialah kumbang tanduk. Dalam bidang bilogi dan perhutanan chafer ialah kumbang Mei dan cockchafer ialah kumbang kabai.Istilah04.07.2015
salam, apakah terjemahan bagi haiwan akuatik 'water strider'? Adakah kumbang air? Terima kasih.

Nama lain water strider ialah pond skater.  Dalam buku istilah DBP maksud pond skater ialah "ayak-ayak".  Walau bagaimanapun dalam Ensiklopedia DBP maksud kumbang air: 

KUMBANG AIR

Kumbang air ialah nama yang diberi kepada

banyak famili kumbang yang hidup dalam air.

Kumbang air biasa ialah whirligig, kumbang selam

pemangsa, dan kumbang air raksasa pebangkai.

Sesetengah serangga ini hidup sepanjang

hayatnya dalam air. Yang lain hidup dalam air atau

berhampiran dengan air hanya pada peringkat

larva.

Penyemakan dan penterjemahan23.09.2014
Adakah ayat berikut gramatis: 1. Rosli menghalang daripada tanamannya dirosakkan kumbang perosak. 2. Dia berjaya melepaskan daripada dirinya ditahan pihak polis.Contoh ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut:
1. Rosli menghalang daripada tanamannya dirosakkan kumbang perosak
    ---> Rosli menghalang kumbang perosak daripada merosakkan tanamannya.
2. Dia berjaya melepaskan daripada dirinya ditahan pihak polis
   ---> Dia berjaya melepaskan dirinya daripada ditahan pihak polis.
Tatabahasa24.08.2018
selamat pagi dan salam sejahtera.. mohon pencerahan.. berkaitan perumpaan bagai kumbang menghisap madu, adakah perumpamaan ini betul? hasil daripada semakan sya, perumpamaan ni tiada. Mohon pihak DBP memberi pencerahan yang jelas.

Kami sudah menyemak pangkalan data berkenaan peribahasa yang membawa maksud tersebut. Sungguhpun demikian, maklumat berkenaan tidak ada dalam simpanan pangkalan data kami. Untuk makluman pihak puan juga, berdasarkan carian kami terdapat peribahasa lain yang berkaitan dengan "kumbang". Puan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Puan hendaklah memasukkan perkataan "kumbang" dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.

Lain-lain08.08.2018
Jawapan yang manakah tepat? 1) Ali ____________ kumbang dengan ranting pokok kering. (a) menguis-nguis (b) menjentik-jentikJawapan yang sesuai ialah menguis-nguis.Tatabahasa07.12.2015
boleh tak tolong perbetulkan puisi yang saya buat ini? aduhai remaja apalah erti dunia remajamu tika tabir menebarkan sayapnya dibawah sinaran cahaya bulan dibawah debar kota dalam alunan gelombang pura-pura kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan dihidu embun jantan aduhai remaja kembalilah kau pada seruan wahyu bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan memohon keampunan dan restu-Nya aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu yang kian hilang muliakamlah kasih yang diberi tujuilah lorong bercahayasesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini... bantuan dari pihak tuan amat saya hargai... terima kasih

 

aduhai remaja

apalah erti dunia remajamu

tika tabir menebarkan sayapnya

di bawah sinaran cahaya bulan

di bawah debar kota

dalam alunan gelombang pura-pura

kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan

dihidu embun jantan

aduhai remaja

kembalilah kau pada seruan wahyu

bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan

memohon keampunan dan restu-Nya

aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu

yang kian hilang muliakanlah kasih yang diberi

tujuilah lorong bercahaya

sesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini

 Ulasan: Secara umum puisi yang dihasilkan oleh adik baik dan adik harus terus menulis lagi untuk memantapkan gaya penulisan. Selain itu, adik boleh merujuk atau membaca buku-buku puisi untuk menghayati dan mempelajari gaya penulis seseorang penyair. DBP berharap adik terus menulis. Sekian terima kasih.

Lain-lain20.12.2008
saya ingin meminta tolong dr pihak tuan,utk memberi maksud ttg ayat dibwh,sya berharap sgt pihak tuan dpt membantu sya dlm mnyiapkan tesis saya... 1.tubuh langsir batang menjelai. 2.jari halus tombak serai. 3.tumit seperti telur burung. 4.besarnya bagai telur itik. 5.muka bujur daun sirih 6.dahi sehari bulan 7.hidung kuntum seroja 8.telinga telepuk layu 9.pipi pauh dilayang 10.bibir pati 11.gigi delima merkah 12.dada bidang awak 13.lengan baur panah 14.paha seperti paha belalang 15.betis bunting padi 16.Selama enggan mengeram 17.Selangkas betik berbuah 18.bagai pucuk dilancarkan 19.bagai kumbang putus tali 20.umpama belut diketil ekor 21.Selenjang kuda berlariUntuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan. Saudara juga boleg menggunakan prpm.dbp.gov.my untuk rujukan kesesuaian penggunaan bahasa dalam tugasan/tesis tuan.Tatabahasa25.02.2013
1) Terangkan dengan lebih jelas penggunaan perkataan kepak dan sayap dalam ayat yang tepat. 2) Berdasarkan lampiran gambar, adakah penggunaan perkataan 'kepak' pada gambar tepat?

Kepak ialah sayap, manakala sayap pula ialah bahagian tubuh binatang seperti burung, serangga, dan lain-lain untuk terbang atau juga dikenali sebagai kepak. Merujuk kepada kedua-dua makna tersebut dan ayat contoh berikut, tidak ada perbezaannya dan boleh digunakan pada serangga seperti rama-rama tersebut. Contoh ayat  sayap i. Sepasang sayap serangga yang terbit daripada mesotoraks. ii.Pada kumbang dan lipas, pasangan sayap ini dikenali sebagai elitron yang tebal dan kasar, manakala contoh ayat kepak i. Ayam jantan itu mengibar-ngibarkan kepaknya. ii. Burung ialah binatang yang mempunyai paruh, dua kaki, dua kepak dan umumnya dapat terbang.

Lain-lain06.05.2020

Kembali ke atas