Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj serangga yg berkepak dan berkulit keras; jenis-jenis: ~ (ber)tanduk, ~ daun, ~ gajah, ~ kelapa dll; 2. sj serangga (lebah); jenis-jenis: ~ kayu, ~ madu dll; 3. ki hitam (berkilat); anjing (harimau) ~ anjing (harimau) yg hitam bulunya; ~ ambrosia sj kumbang perosak kayu dlm famili Platypolidae dan beberapa genus dlm famili Scolitidae dan Lymaxylidae; ~ bubuk sj kumbang perosak kayu dlm famili Bostrychidae dan Lyctidae; ~ kulit sj kumbang perosak kayu dlm famili Scolitidae (termasuk kumbang Ambrosia); ~ kura-kura kumbang kecil ber­warna coklat kemerah-merahan atau kuning dan berbintik-bintik hitam; ~ perabot sj kumbang perosak kayu dlm famili Anobiidae, larvanya mengorek kayu, Anobium punctatum; ~ sesungut panjang sj kumbang perosak kayu dlm famili Cerambycidae yg larvanya mengorek kayu; ~ melilit gedung prb orang yg bersiul-siul berkeliling rumah gadis yg dikasihinya; ~ tidak seekor, bunga tidak sekaki (sekuntum) prb bukan hanya seorang sahaja lelaki atau perem­puan utk dijadikan kekasih atau pasangan hidup; bagai ~ putus tali(nya) prb sangat pantas larinya (jalannya); mengumbang mendengung-dengung (ber­bunyi berdengung-dengung) spt kumbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : beberapa jenis serangga yg berkulit keras, berkepak dan suka menyeri bunga (kadang-kadang merosakkan tanaman): ~ tanduk; ~ gajah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kumbang

Puisi
 

Kumbang berdengung memakan kelicap,
     Mari diikat benang setuli;
Orang Dungun sungguhlah bijak,
     Pandai sungguh mengambil hati.


Lihat selanjutnya...(49)
Peribahasa

Laksana kumbang menyeri bunga,
     kumbang pun terbang bunga pun layu.

Bermaksud :

Lelaki yang mempermain-mainkan perempuan, ia pergi perempuan itu pun merana.

 

Lihat selanjutnya...(13)

186

There are other fish in the sea

Orang atau sesuatu yang sudah terlepas dari tangan boleh dicari ganti. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk memujuk orang yang kecewa sebab putus cinta)

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

"Don't be sad. There are other fish in the sea, you know. Sooner or later, you'll find a new love," Din says, conforting his friend.

''Jangan bersedih. Kata orang, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Lambat laun kau akan mendapat penggantinya,'' kata Din yang cuba menenangkan hati kawannya itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bark beetlekumbang kulitPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKumbang daripada famili Scolitidae dan termasuk juga kumbang Ambrosia. Kumbang ini berukuran kecil, iaitu 1.5 mm hingga 6 mm panjang dan mula menyerang kayu pada peringkat larva lagi. Kumbang ini bertelur dalam saluran yang dibuat pada lapisan kambium atau kulit. Saluran larva berkembang keluar daripada saluran telur dan menjadi semakin lebar di bahagian luar hingga ke ruang pupa. Pola saluran yang terbentuk digunakan dalam pengecaman spesies kumbang.
ambrosia beetlekumbang ambrosiaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKumbang perosak kayu daripada famili Platypolidae, daripada beberapa genus dalam famili Scolitidae dan Lymaxylidae. Kumbang dewasa mengorek saluran dalam kayu hidup, atau kayu balak yang baru ditebang, dan kumbang serta larva kumbang ini hidup dengan memakan kulat yang terdapat pada dinding saluran dalam kayu yang diserang. Lubang saluran biasanya berwarna lebih gelap daripada kayu di sekitarnya.
phoresyforesiBiologiEkologiPenyerakan satu kumpulan organisma oleh organisma perumah, misalnya tungau dan organisma lain bergerak dengan kumbang bangkai dan kumbang najis lain, dengan kumbang sebagai agen pengangkutan untuk seluruh komuniti.
blister beetlekumbang lepuhBiologiEntomologiKumbang bersayap pendek yang mengeluarkan bahan minyak berbau busuk untuk perlindungan diri. Darah kumbang ini mengandungi dadah kantradin yang dahulunya digunakan sebagai ubat untuk merawati lepuh. Kumbang dewasa merupakan herbivor, tetapi larvanya menjadi parasit pada lebah.
cellar beetlekumbang selarBiologiEntomologiKumbang Eropah yang berwarna hitam dan hidup di dalam gua, selar, dan sebagainya. Kumbang ini bergerak perlahan-lahan dan tidak boleh terbang. Lavanya memakan bahan tumbuhan yang mereput. Kumbang dewasa akan memancutkan bendalir berbau busuk apabila diganggu untuk tujuan pertahanan diri.
elephant beetlekumbang gajahBiologiEntomologiNama am bagi kumbang bersaiz besar dalam famili Dynastidae, yang terdapat di kawasan tropika. Kumbang ini mempunyai satu tanduk besar yang menyerupai belalai gajah di bahagian toraksnya. Kumbang terbesar ialah Megasoma yang saiznya hampir 10 cm.
ant-nest beetlekumbang sarang semutBiologiEntomologiNama bagi beberapa kumbang kecil yang hidup di dalam sarang semut, misalnya kumbang berwarna perang kemerahan, Lomechusa strumosa yang hidup di dalam sarang semut api, Formica sanguinea. Larva serangga ini menyerupai semut sehingga diterima sebagai ahli koloni semut. Sesetengah larva ini berkongsi makanan dengan semut atau mungkin bertindak sebagai pembangkai, tetapi dalam kebanyakan kejadian, larva dan kumbang dewasa ini memakan larva semut.
powder post beetlekumbang bubukPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKumbang perosak kayu daripada famili Bostrychidae dan Lyctidae. Larva kumbang ini mengorek bahagian kayu gubal yang kering atau setengah kering, terutama kayu keras. Serangan nya dikenali dari[pada habuk halus di tepi lubangyang telah dikorek dan ukuran lubang kira-kira 1.5 mm hingga 3 mm mengikut spesiesnya, misalnya kumbang Lytus spp.
bloody-nosedkumbang sumbu merahBiologiEntomologiKumbang daun dalam famili Chrysomelidae. Kumbang besar yang berwarna hitam dan tidak boleh terbang ini akan memancutkan bendalir berwarna merah dari mulutnya apabila diganggu.
carpet beetlekumbang permadaniBiologiEntomologiKumpulan kumbang kecil yang berwarna gelap dalam famili Dermestidae. Larva kumbang ini menjadi serangga perosak yang serius di dalam rumah dengan memakan permadani, pakaian, dan sebagainya.
12345678910...

Kembali ke atas