Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kum.bang] | کومبڠ

Definisi : 1. sj serangga yg berkepak dan berkulit keras; jenis-jenis: ~ (ber)tanduk, ~ daun, ~ gajah, ~ kelapa dll; 2. sj serangga (lebah); jenis-jenis: ~ kayu, ~ madu dll; 3. ki hitam (berkilat); anjing (harimau) ~ anjing (harimau) yg hitam bulunya; ~ ambrosia sj kumbang perosak kayu dlm famili Platypolidae dan beberapa genus dlm famili Scolitidae dan Lymaxylidae; ~ bubuk sj kumbang perosak kayu dlm famili Bostrychidae dan Lyctidae; ~ kulit sj kumbang perosak kayu dlm famili Scolitidae (termasuk kumbang Ambrosia); ~ kura-kura kumbang kecil ber­warna coklat kemerah-merahan atau kuning dan berbintik-bintik hitam; ~ perabot sj kumbang perosak kayu dlm famili Anobiidae, larvanya mengorek kayu, Anobium punctatum; ~ sesungut panjang sj kumbang perosak kayu dlm famili Cerambycidae yg larvanya mengorek kayu; ~ melilit gedung prb orang yg bersiul-siul berkeliling rumah gadis yg dikasihinya; ~ tidak seekor, bunga tidak sekaki (sekuntum) prb bukan hanya seorang sahaja lelaki atau perem­puan utk dijadikan kekasih atau pasangan hidup; bagai ~ putus tali(nya) prb sangat pantas larinya (jalannya); mengumbang mendengung-dengung (ber­bunyi berdengung-dengung) spt kumbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kum.bang] | کومبڠ

Definisi : beberapa jenis serangga yg berkulit keras, berkepak dan suka menyeri bunga (kadang-kadang merosakkan tanaman): ~ tanduk; ~ gajah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kumbang

Puisi
 

Kumbang berdengung memakan kelicap,
     Mari diikat benang setuli;
Orang Dungun sungguhlah bijak,
     Pandai sungguh mengambil hati.


Lihat selanjutnya...(49)
Peribahasa

Laksana kumbang menyeri bunga,
     kumbang pun terbang bunga pun layu.

Bermaksud :

Lelaki yang mempermain-mainkan perempuan, ia pergi perempuan itu pun merana.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSaya saja menjolok kumbang, Kumbang bersarang lubang tiang; Saya saja menjolok abang, Bulan mengambang dikatakan siang.
Kurik Kundi Merah SagaKumbang berdengung memakan kelicap, Mari diikat benang setuli; Orang Dungun sungguhlah bijak, Pandai sungguh mengambil hati.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kumbang terayap-rayap, Ditangkap oleh anak Turki; Hendak terbang tiada bersayap, Hendak hinggap tiada berkaki.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kumbang terayap-rayap, Mari ditangkap anak Turki; Hendak terbang tiada bersayap, Hendak hinggap tiada berkaki.
Kurik Kundi Merah SagaTerayap-rayap si anak kumbang, Hinggap di atap tersangkut duri; Berapa sedap di rantau orang, Manakan sama desa sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaRenung-renung di tengah paya, Kumbang melarik batang pinang; Senyum-senyum tengok saya, Kalau hendak tinggal tunang.
Kurik Kundi Merah SagaPisang emas anak banyak, Anak kumbang dalam gua; Minta maaf banyak-banyak, Tiada teman kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaOrang seberang mengutip paku, Anak kumbang terayap-rayap; Orang seberang memanggil aku, Hendak terbang tiada sayap.
Kurik Kundi Merah SagaOrang seberang mematah paku, Anak kumbang terayap-rayap; Orang seberang nakkan aku, Hendak terbang tidak bersayap.
Kurik Kundi Merah SagaJika dituju selepas berlari, Akhir kumbang beranak telur; Jikalau diturut hatiku ini, Akhirnya padang menjadi kubur.
12345

Kembali ke atas