Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kum.pu.lan] | کومڤولن

Definisi : 1. kelompok (orang, binatang, dll) yg agak besar, himpunan: pandangannya beralih kpd ~ budak yg sedang bermain-main di halaman rumah; ~ sajaknya yg telah dibukukan mendapat pujian drpd pengkritik sastera; 2. beberapa orang (pertubuhan dll) yg dianggap sbg satu kelompok atau gabungan kerana mempunyai sifat (tugas, kecende­rungan, dll) yg serupa: ~ Pengkaji Bijih Timah Antarabangsa; 3. (Kim) set unsur yg mem­punyai sifat kimia yg serupa dan membentuk turus tegak dlm jadual berkala: ~ gas adi; ~ halogen; 4. segala sesuatu yg telah dikum­pulkan menjadi suatu jumlah, himpunan: ~ wang; 5. gerombolan (penjahat, pengganas, dsb), kawanan: beberapa ~ penjahat selalu mengganggu ketenteraman negeri; 5. = perkumpulan tempat berkumpul (berhim­pun), sidang, majlis, pertemuan; ~ gelap = ~ haram = ~ sulit kumpulan yg melakukan gerakan (atau mempunyai tujuan) yg salah di sisi undang-undang; ~ serpihan sekumpulan kecil orang yg berpisah drpd kumpulan atau badan induk akibat perbezaan pendapat, persengketaan dsb, biasanya ber­kaitan dgn soal politik; K~ Wang Antarabangsa kumpulan wang yg disumbangkan oleh beberapa negara utk menstabilkan pertukaran wang antarabangsa serta melan­carkan perdagangan antarabangsa; ~ wang cadangan kumpulan wang yg dicadangkan utk kegunaan atau keperluan tertentu yg tidak dijangka; K~ Wang Simpanan Pekerja kumpulan (himpunan) wang drpd sumbangan pekerja dan majikan utk dibayar kpd pekerja tersebut menurut syarat-syarat tertentu (mis setelah bersara dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kum.pu.lan] | کومڤولن

Definisi : 1 kelompok (orang, binatang dll): Di tengah jalan, mereka berjumpa dgn ~ penjahat yg sedang mendirikan khemah. 2 sesuatu yg telah dikumpulkan (hingga menjadi banyak): ~ wang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kumpul
Kata Terbitan : berkumpul, mengumpulkan, terkumpul, kumpulan, perkumpulan, pengumpulan, pengumpul,

Puisi
 

Anak Cina main gelombang,
     Nampak dari Tanjung Jati;
Tuan umpama bunga yang kembang,
     Sentiasa hidup di dalam hati.

Anak beruk di kayu rendang,
     Turun mandi di dalam paya;
Hodoh buruk di mata orang,
     Cantik manis di mata saya.

Anak ikan dimakan ikan,
     Ikan berenang dalam perigi;
Hilang intan berganti intan,
     Intan bernama payung negeri.


Lihat selanjutnya...(1000)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'Kumpulan rujukan' adalah kumpulan yang mempunyai pengaruh secara langsung atau tidak langsung terhadap gelagat atau sikap pengguna seperti rakan,jiran,kumpulan professional.Apakah maksud "kumpulan rujukan" dalam ayat ini?Mohon berikan maklumat tambahan mengenai konsep dan konteks berkaitan dengan “kumpulan rujukan” yang dimaksudkan kerana frasa ini mempunyai makna yang luasMakna15.12.2021
Adakah frasa "belong to and identify with" dalam ayat "our "self-identity" that is related to the groups we belong to and identify with,..." sesuai diterjemahkan sebagai "(kumpulan-kumpulan yang kita) tergabung dan kenali"? Apakah padanan yang lebih sesuai bagi "belong to" dan "identify with" dalam konteks ini?Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa belong to and identify with ialah rasa diterima dan mempunyai perkaitan dengan.Penyemakan dan penterjemahan18.02.2024
contoh artikel bagi kata nama am dan kata ganti nama..

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain.

Kata ganti nama (KGN)- yang menjadi pengganti kata nama khas dan am. KGN boleh dibahagikan lagi kepada dua golongan kecil, KGN tunjuk dan KGN diri. (Sila rujuk Tatabahasa Dewan hal. 86 untuk keterangan lanjut)

Tatabahasa04.01.2010
Apakah yang dimaksukan dengan kumpulan pelampau dan bahayanya dalam sesebuah negara berbilang kaum

Kumpulan pelampau bermaksud kumpulan yang melakukan sesuatu dengan berlebih-lebihan, atau kumpulan yang mempunyai faham (kepercayaan) yang berlebih-lebihan. Kumpulan ini dikhuatiri akan menimbulkan masalah kepada negara.

Lain-lain01.02.2008
Salam, apakah fungsi huruf kecil dalam tanda baca?Kata nama am ditulis dengan huruf kecil. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang. Tetapi apabila di pangkal ayat, kata nama am ini ditulis dengan huruf besar.Tatabahasa12.04.2013
Jenis bahasa yang diguna pakai masyarakat melayuJenis bahasa yang diguna pakai ialah rumpun bahasa Austronesia yang terdiri daripada empat cabang, iaitu kumpulan bahasa Nusantara, kumpulan bahasa Polinesia, kumpulan bahasa Melanesia dan kumpulan bahasa Mikronesia. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 3-5.   Lain-lain30.04.2008
Kedua-dua kumpulan atau kedua kumpulan?Apakah perbezaan kedua-dua konsep?Perkataan kedua-dua kumpulan tepat kerana mengikut hukum D (diterangkan) - M (menerangkan) dan kedua-dua di sini membawa maksud bilangan seramai atau sejumlah dua.

Kedua kumpulan tidak tepat kerana tidak mengikut hukum D - M. Kedua membawa maksud dalam bilangan, urutan atau kedudukan selepas yang pertama dan sebelum yang ketiga, oleh itu contoh pembentukan yang betul ialah, kumpulan kedua, tempat kedua, dan tahap kedua.
Tatabahasa15.08.2021
Dagaimanakah handak memgunakan katanama am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain. Kata nama am digunakan dalam membina ayat mengikut apa yang hendak diterangkan dalam ayat tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa28.07.2010
Apakah perbezaan antara kumpulan dengan pasukan?Kumpulan dan pasukan mempunyai maksud yang hampir sama dan adakalanya boleh digunakan kedua-duanya seperti kumpulan kerja pasukan kerja. Walau bagaimanapun dalam konteks tertentu penggunaannya berbeza, seperti pasukan bola sepak, bukan kumpulan bola sepak. Untuk maklumat lanjut tentang makna kata dan konteks penggunaannya, sila rujuk PRPM.Tatabahasa01.09.2021
Salam Sejahtera, 1. Apa perbezaan 'pengelasan' dan 'pengkelasan'. 2. Di mana / ayat yang bagaimana sesuai untuk digunakan bagi kedua-dua perkataan tersebut. Sekian, terima kasih.1.  Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengelasan ialah perihal atau perbuatan mengelaskan, pembahagian (pengasingan) kepada kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dll.) Tidak ada bentuk perkataan pengkelasan kerana kata dasar kelas apabila menerima imbuhan pe... dan an... menjadi pengelasan.
2. Perkataan yang betul dan gramatis ialah pengelasan.
Tatabahasa03.01.2012
12345678910...

Kembali ke atas