Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.rang] | کورڠ

Definisi : 1. tidak atau belum sampai kpd angka (ukuran, takat, dll) yg tertentu, tidak atau belum cukup (genap, lengkap, sampai, tepat, dll): tidak dapat dibayarnya harga tersebut kerana wangnya ~; sudah pun disusun rancangan mengirim pekerja-pekerja ke tempat-tempat yg ~ tenaga buruhnya; 2. utk me­nyatakan bilangan atau banyaknya yg belum cukup utk mencapai jumlah genap yg tertentu, tersedikit sebanyak (satu, dua, dll) utk menjadi atau mencapai (sesuatu jumlah dsb): ~ dua seratus dua lagi cukup atau genap seratus; ~ dua tahil empat kati dua tahil lagi menjadi empat kati; 3. lebih rendah atau sedikit drpd sesuatu apabila diperbandingkan: banyaknya hasil padi tahun ini ~ drpd hasil tahun lepas; nilai barang-barang yg diimport ~ drpd yg dieksport; bertambah ~ menjadi makin kurang (drpd keadaan sebelumnya); 4. tidak berapa (baik, maju, sihat, dll), tidak begitu; ~ maju tidak berapa maju; ~ manis a) tidak berapa manis (kerana tidak cukup gulanya, agak tawar; b) tidak berapa manis atau tertib (bkn tingkah laku dsb), kurang sopan; ~ mengerti; ~ pasti; ~ percaya; 5. tidak sempurna (terdapat kelemahan dsb), cacat, cela: cerpen itu tidak dapat disiarkan kerana banyak ~nya; 6. Id ditolak, diambil: lima ~ satu tinggal empat; ~ adat tidak sopan; ~ ajar tidak sopan, buruk (kasar) budi pekertinya; ~ akal a) bodoh; b) agak gila; ~ asam bp kurang ajar; ~ bahasa tidak bersopan santun, tidak halus budi bahasanya; ~ beres a) tidak berapa beres; b) agak gila sedikit; ~ darah penyakit atau keadaan tubuh yg lemah disebabkan tidak cukup darah dlm tubuh; ~ fikir tidak difikirkan (dikaji) betul-betul; ~ hati tidak berminat; ~ ingat a) tidak berapa ingat; b) kurang hati­-hati, kurang berjaga-jaga; ~ jadi tidak berapa banyak atau memuaskan buahnya atau hasilnya (bkn pokok buah-buahan, padi, dll); ~ jantan pengecut, penakut; ~ lebih = lebih ~ kira-kira, di sekitar (sesuatu angka dll); ~ makan (minum, tidur, dsb) tidak cukup makan (minum, tidur, dsb); ~ periksa tidak tahu (sesuatu perkara, keadaan, dsb); ~ sara Kl agak gila sedikit; ~ tenaga a) tidak mempunyai tenaga atau kekuatan; b) tidak cukup pekerja; ~ terima (penerimaan) tidak berapa menyambut baik (tidak berterima kasih), tidak senang; ~ umur belum cukup umur, belum mencapai umur yg ditentukan (utk sesuatu); ~ kerat, rengkuh yg lebih prb usaha tiada seberapa, hanya cakap yg lebih; ~ tambah-menambah, senteng bilai-membilai prb sesuatu pekerjaan hendaklah dikerjakan ber­sama-sama (dgn bergotong-royong) supaya sempurna; kurang-kurang 1. sekiranya kurang (tidak cukup atau memadai), jika tidak: ~ laku barang ini rugi besar nanti; 2. sangat kurang, makin kurang: ~ dikerah orang, lebih-lebih ia hendak datang; sekurang-kurangnya 1. paling kurang, yg tersedikit, serendah-rendahnya: perbelanjaan yg diperlukan utk melaksanakan rancangan itu ~ satu juta ringgit; kebanyakan penduduk di sini memiliki bendang ~ tiga ekar tiap-tiap satu keluarga; 2. setidak-tidaknya: bagaimana kejam sekali pun mereka, ~ tentu mempunyai belas kasihan terhadap seorang bayi; berkurang menjadi kurang, bertambah (makin) sedikit atau susut drpd sebelumnya, bertambah sembuh (penyakit): pd ketika itu tamu sudah mulai ~ kerana hari sudah jauh malam; penyakitnya ~ sesudah ia berehat; mengurang menjadi kurang (susut); mengurangi menjadikan berkurang (kerap­nya, derasnya, hebatnya, dll), menyusuti: sebuah motokar di sisiku tiba-tiba ~ kecepatan, hampir ia berhenti; mengurangkan 1. menjadikan kurang, me­nyusutkan, memotong (menjadikan sedikit): rancangan pembangunan negara akan ~ bilangan orang yg menganggur; langkah-langkah kesihatan telah diambil utk ~ bahaya penyakit; 2. memotong (mengambil, me­nolak) dr (sesuatu jumlah dsb): harganya akan dikurangkan 20% jika dibayar tunai; terkurang kurang banyak (kuat, lama, dll) drpd, tersedikit drpd: daya tarikan bumi di Madras, India, adalah ~ sedikit drpd tarikan bumi di Honolulu, Hawai; sel-sel darah putih itu jauh ~ jumlah bilangannya drpd sel-sel darah merah; kekurangan 1. tidak (tidak cukup) mem­punyai atau mendapat sesuatu yg diperlukan dll: kerja-kerja yg dijalankan tergendala kerana pejabat tersebut ~ kakitangan; serba ~ tidak cukup segala-galanya; 2. perihal atau keadaan kurang (tidak mencukupi): kemiskinan bukan terbatas kpd ~ makanan dan kebendaan semata-mata; 3. jumlah yg kurang atau yg menjadikan sesuatu tidak genap (tidak cukup dll), baki: yg dibayarnya tidak cukup, banyak juga ~nya; 4. cacat cela, ketidaksempurnaan, kelemahan: ia manusia biasa yg mempunyai ~, bukan nabi, bukan malaikat; perhimpunan penulis-penulis itu telah membincangkan beberapa ~ dlm novel-novel Melayu; kekurang...an perihal (keadaan) kurang ...: kekurangajaran, kekurangsenangan, berkekurangan mempunyai kekurangan: hidupnya tidak ~ dan dapat dikatakan senang juga; perkurangan perihal berkurang; pengurangan perihal atau perbuatan me­ngurangi (mengurangkan), penyusutan: ~ tentera tidak mungkin dapat dilakukan selagi keadaan belum aman; pengurang Id bilangan (angka) utk mengu­rangi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.rang] | کورڠ

Definisi : 1 tidak cukup atau belum cukup jumlahnya (ukuran, takat dll) yg tertentu: Wangnya ~ utk membeli basikal. 2 lebih rendah jumlahnya apabila dibandingkan dgn yg lain (bkn hasil padi, pendapatan dll): Hasil padi tahun ini ~ drpd tahun sudah. 3 tidak berapa baik (maju, sihat dll): Saya tidak bekerja hari ini kerana badan saya ~ sihat. 4 tidak lengkap atau tidak sempurna; cacat; cela: Apa dipandang kpd saya, rupa tiada bahasa pun ~. ~ adat tidak sopan; biadab. ~ ajar tidak berbudi bahasa; buruk budi pekertinya. ~ akal bodoh; agak gila. ~ hati tidak berminat utk membuat sesuatu. ~ tenaga tidak mempunyai tenaga atau kekuatan yg cukup utk bekerja dll. berkurang menjadi kurang; beransur sembuh (bkn penyakit dll): Bilangan calon yg mengambil peperiksaan itu ~. Demamnya ~ setelah ia makan ubat. mengurangi menjadikan kurang: Sikap berdolak-dalik akan ~ kepercayaan orang ramai terhadapnya. mengurangkan menyebabkan jadi kurang; menyusutkan: Berbagai-bagai langkah telah diambil oleh kerajaan utk ~ kemalangan yg berlaku di jalan raya. memperkurang menjadikan lebih kurang (drpd yg asal). kekurangan 1 keadaan atau hal kurang; keadaan tidak mencukupi: ~ vitamin C dpt menyebabkan penyakit beri-beri. Kerja itu terpaksa ditangguhkan kerana ~ pekerja mahir. 2 sesuatu yg kurang: Walaupun dia kelihatan sempurna, tetapi masih ada ~ pd dirinya. 3 mengalami atau berada dlm keadaan sesuatu tidak mencukupi atau kurang drpd yg diperlukan: Mereka ~ bekalan makanan. pengurangan perbuatan atau hal mengurangkan; penyusutan. sekurang-kurangnya paling kurang; tersedikit; serendah-rendahnya: Tiap-tiap pemohon bagi jawatan tsb hendaklah mempunyai kelulusan ~ Sijil Rendah Pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?


Lihat selanjutnya...(52)
Peribahasa

Kurang sisik,
     tinggal lidi di buku;
selidik,
     tinggal kaji di guru.

Bermaksud :

Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). sisik = menyisik, membuang sisik; di guru = pada guru.

 

Lihat selanjutnya...(87)

530

Six of one and half a dozen of the other

Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang.

Seperti birah dengan keladi

My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty.

Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : seperti birah dengan keladi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
deficientadj kurang: a diet ~ in vitamin C, diet yg kurang vitamin C; he is ~ in ability, dia kurang berkebolehan; mentally ~, kurang dr segi mental.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lessadv kurang: you should talk ~ and listen more, kamu sepatutnya kurang bercakap dan lebih banyak mendengar; she exercises ~ than she should, dia kurang bersenam drpd yg sepatutnya; she is ~ reserved than her sister, dia kurang pendiam jika dibandingkan dgn kakaknya; he dresses ~ formally these days, akhir-akhir ini dia berpakaian kurang formal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lessadv kurang: you should talk ~ and listen more, kamu sepatutnya kurang bercakap dan lebih banyak mendengar; she exercises ~ than she should, dia kurang bersenam drpd yg sepatutnya; she is ~ reserved than her sister, dia kurang pendiam jika dibandingkan dgn kakaknya; he dresses ~ formally these days, akhir-akhir ini dia berpakaian kurang formal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inferior2. second-rate, mediocre, kurang + approp adj or v; (of work, product, etc) bermutu rendah, /rendah, kurang baik/ mutunya; (of workmanship) kurang baik, bermutu rendah: we were served an ~ dinner, kami dihidangkan makanan malam yg kurang memuaskan; an ~ sculptor, pengukir yg kurang mahir; they manufacture ~ products, keluaran mereka bermutu rendah; the workmanship is ~, buatannya kurang baik; ~ goods, barang bawahan; 3. (of quality) rendah; 4. (tech) having lower position, bawahan: ~ court, mahkamah bawahan; 5. (astron) inferior: ~ planets, planet inferior;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
loose6. inexact, imprecise, vague, kurang tepat; (of style, writing, thinking) kurang teratur: a ~ translation of the text that was extremely misleading, terjemahan teks yg kurang tepat dan amat mengelirukan; a ~ definition, takrif yg kurang tepat; the passage was written in a ~ and incoherent way, karangan itu ditulis dgn cara yg kurang teratur dan tdk padu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
indelicateadj (verging on immodesty) kurang sopan; (showing lack of tact) kurang manis: an ~ joke, jenaka yg kurang sopan; she felt that it would be ~ to discuss the matter then, dia berasa kurang manis membincangkan perkara tersebut pd masa itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lessadj kurang: the doctor advised him to eat ~ meat, doktor menasihatinya supaya kurang makan daging; he’s getting ~ money than he used to but is enjoying this job more, pendapatannya kurang drpd sebelumnya tetapi dia lebih seronok dgn pekerjaannya sekarang; he has ~ free time now, sekarang ini masa lapangnya kurang; it was ~ trouble than he thought it would be, kesukaran yg dihadapinya kurang drpd yg dijangka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lessadj kurang: the doctor advised him to eat ~ meat, doktor menasihatinya supaya kurang makan daging; he’s getting ~ money than he used to but is enjoying this job more, pendapatannya kurang drpd sebelumnya tetapi dia lebih seronok dgn pekerjaannya sekarang; he has ~ free time now, sekarang ini masa lapangnya kurang; it was ~ trouble than he thought it would be, kesukaran yg dihadapinya kurang drpd yg dijangka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
short11. less than st should be, kurang: this week’s supply was three cases ~, bekalan minggu ini kurang tiga pak; 12. limited in supply, kurang: water has been very ~ in Melaka recently, air sangat kurang di Melaka baru-baru ini; during the war food got very ~, semasa perang, makanan sangat kurang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lessn & pron kurang (+ approp n): it took him ~ than a day to drive to Singapore, utk memandu ke Singapura memakan masa kurang drpd sehari; he won’t sell the house for ~than half a million, dia tdk akan menjual rumah itu dgn harga kurang drpd setengah juta ringgit; people have been jailed for ~, ada orang yg telah dipenjara utk kesalahan yg kurang drpd ini; I expect to see ~ of him now that he’s moved, saya jangka saya kurang berjumpa dengannya krn kini dia telah berpindah; no wonder we hear ~ of it these days, padanlah kita kurang mendengar tentangnya kebelakangan ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas