cerap | ; kurang ~ kurang periksa, kurang memerhatikan; tak ~ tidak endah, tidak tahu; mencerap 1. memerhatikan, mengendahkan, menaruh minat pd; 2. Id menerima sesuatu dlm hati dgn pancaindera, menanggap; tercerap dapat dicerap oleh pancaindera; cerapan sesuatu yg diterima dgn pancaindera (spt yg didengar, dilihat, dll), tanggapan; pencerapan perbuatan (proses) mencerap sesuatu (fenomena, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kurang cerap | kurang periksa, kurang memerhatikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa I | 1. sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): ~ Melayu; ~ Tagalog; 2. percakapan yg baik, tingkah laku yg baik, sopan santun; kurang ~ kurang sopan; tidak tahu ~ tidak sopan santun; ~ alamiah = ~ tabii bahasa yg digunakan oleh manusia dlm keadaan semula jadi; ~ asing bahasa selain bahasa ibunda, yg biasanya dipelajari secara formal atau sebaliknya; ~ badan = ~ gerak-geri = ~ tubuh cara berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, berdiri, mimik muka dsb, bukan melalui pertuturan; ~ baku bahasa yg teratur dan mantap pelbagai aspeknya (spt ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dll) dan diterima oleh masyarakat sbg norma penggunaan yg betul atau sahih, bahasa standard; ~ basahan = ~ hari-hari bahasa yg digunakan dlm percakapan sehari-hari; ~ besar bahasa yg sangat besar bilangan penggunanya di dunia, bahasa yg tergolong antara bahasa-bahasa utama di dunia; ~ buatan a) = ~ rekaan bahasa yg menggunakan peraturan dan gaya yg direka bentuk khusus oleh manusia utk kegunaan tertentu (spt dlm komputer); b) = ~ dunia; ~ dagang bahasa perdagangan; ~ bumiputera bahasa peribumi; ~ daerah loghat daerah; ~ dalam bahasa kehormatan (bahasa yg dipakai di istana); ~ dunia a) bahasa yg dipakai oleh jumlah orang yg amat besar bilangannya di merata dunia (spt bahasa Inggeris); b) = ~ buatan bahasa rekaan yg disyorkan dipakai di seluruh dunia (spt bahasa Esperanto); ~ halus bahasa atau perkataan lain yg lebih lembut yg digunakan utk menggantikan perkataan yg dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain (mis meninggal dunia utk menggantikan perkataan mati dsb); ~ hidup bahasa yg masih digunakan (secara aktif) oleh sesuatu masyarakat; ~ ibu (ibunda) bahasa sendiri yg dipakai sejak kecil; ~ ilmu bahasa yg mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi; ~ isyarat cara berkomunikasi yg tidak menggunakan ucapan atau tulisan (sebagaimana yg lazim dlm sesuatu bahasa) tetapi menggunakan gerak isyarat anggota; ~ (kacuk-) kacukan = ~ pasar a) bahasa Melayu spt yg dituturkan oleh orang bukan Melayu yg tidak menguasainya atau spt yg dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dgn orang bukan Melayu yg diketahuinya tidak pandai bertutur dlm bahasa Melayu yg betul; b) bahasa yg berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dgn bahasa kedua yg cuba dituturkannya (biasanya digunakan dlm hubungan perdagangan), pijin; ~ kasar bahasa yg tidak sopan atau tidak manis dituturkan (digunakan); ~ kebangsaan bahasa yg diterima dan digunakan ramai oleh penduduk dlm sesebuah negara yg mempunyai beberapa bahasa atau loghat yg lain; ~ kedua bahasa yg (sering) digunakan selain bahasa ibunda, bahasa asing yg diketahui atau dapat digunakan oleh seseorang; ~ kesat bahasa kasar yg digunakan utk percakapan atau tulisan yg menyakitkan hati orang lain apabila mendengar atau membacanya; ~ kiasan perkataan atau ungkapan yg digunakan dlm makna yg berlainan drpd makna sebenar atau makna biasa perkataan itu; ~ komputer = ~ pengaturcaraan bahasa buatan utk mengarang atur cara komputer; ~ lisan bahasa spt yg digunakan sewaktu bercakap; ~ mati bahasa yg tidak digunakan lagi (secara aktif) dlm masyarakat; ~ Melayu kuno bahasa Melayu yg digunakan pd zaman dahulu; ~ moden bahasa yg masih hidup dan berkembang serta digunakan sehingga hari ini, mis bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris; ~ nadaan bahasa yg pola nadanya membentuk sebahagian drpd struktur kata dan bukannya struktur ayat dan bersifat pembeza makna contohnya bahasa Cina dan bahasa Thai; ~ Oceania bahasa yg dituturkan di Australia dan di pulau-pulau Lautan Pasifik; ~ penghantar (pengantar) bahasa yg digunakan sbg alat perhubungan atau komunikasi dlm pengajaran (di sekolah) atau dlm perundingan (mesyuarat dsb); ~ penyatu bahasa persatuan; ~ peraga bahasa utama yg saling melengkapi bahasa kedua (spt bahasa Melayu dgn bahasa Inggeris); ~ perantaraan bahasa yg digunakan dlm perhubungan (percakapan dll) antara orang-orang yg berlainan bahasa ibunda masing-masing (mis kerana berlainan bangsa); ~ percakapan bahasa hari-hari; ~ perdagangan bahasa yg digunakan dlm dunia perdagangan; ~ peribumi bahasa yg dituturkan oleh penduduk asli sesuatu kawasan dan berkembang dlm komuniti berkenaan, mis bahasa Iban; ~ persatuan bahasa yg berperanan penting menyatukan masyarakat, terutamanya dlm masyarakat yg berbilang kaum, budaya, agama dsb; ~ persuratan bahasa yg digunakan dlm penulisan dan karya kesusasteraan; ~ rasmi bahasa pentadbiran kerajaan; ~ rojak bp bahasa yg bercampur aduk kata-kata yg digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris); ~ sasaran bahasa yg menjadi tumpuan atau hasil terjemahan drpd bahasa yg lain; ~ standard bahasa baku; ~ sukuan bahasa yg digunakan oleh suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak; ~ sumber a) bahasa yg merupakan (bahasa) asal kata pinjaman; b) bahasa yg akan diterjemahkan ke dlm bahasa yg lain; ilmu ~ a) pengetahuan tentang selok-belok bahasa; b) tatabahasa; ~ dan bangsa itu tiada dijual atau dibeli prb hendaklah menjaga budi bahasa walau drpd kaum yg hina sekalipun (walaupun kaya kalau tiada budi bahasa dihina orang juga); ~ menunjukkan bangsa prb drpd budi bahasa, orang dapat menilai kita; berbahasa 1. mempunyai bahasa, memakai (menggunakan) bahasa, bercakap dlm sesuatu bahasa: orang Kemboja ~ Khmer; kemampuan ~ seorang penutur; 2. mempunyai budi bahasa yg baik, berbudi bahasa: ia seorang yg ~;membahasakan, memperbahasakan 1. melahirkan dgn perkataan, menuturkan, mengatakan, mengucapkan: bahasa Melayu bukan sahaja diperbahasakan di Semenanjung Malaysia, tetapi di seluruh kepulauan Nusantara; 2. menyebut, memanggil: dahulu Abdul Fakar dibahasakannya abang Fakar; 3. menegur, mempersilakan dgn hormat: mereka ~ tamu agung itu duduk di tempat terhormat;kebahasaan hal dsb yg berkaitan dgn bahasa: soal-soal ~ dibincangkan dlm seminar itu; meninjau masalah-masalah ~; perbahasaan 1. peribahasa; 2. pertuturan: pakaian dan ~nya telah bertukar;pembahasaan perihal (proses, perbuatan dsb) melahirkan idea, gagasan dsb dgn menggunakan bahasa: teori ini menunjukkan bahawa pengarang adalah manusia luar biasa yg mempunyai kebolehan menggunakan setiap dimensi ~;perbahasa 1. = perbahasaan peribahasa; 2. adat sopan santun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
canggung I | 1. kurang biasa atau kurang senang menggunakan (melakukan) sesuatu, kekok, kaku, janggal: dr kecil lagi dia diajar menari, sebab itulah apabila dia menari, tidak ~ nampaknya; 2. berasa kurang senang (tidak bebas), segan-segan atau malu-malu (kerana tidak biasa bercampur atau tidak tahu adat resam orang): anak raja itu terasa serba kekok dan ~, tidak tahu apa yg hendak dibuatnya; 3. kurang elok atau sempurna (pd pandangan atau pendengaran), tidak kena pd tempatnya, agak janggal: bahasa karangannya begitu ~ hingga tidak dapat disiarkan; kenalanku ada yg cantik dan tidak akan ~ jadi isterimu; 4. serba kekurangan (bkn kehidupan, pengetahuan, dll): bagaimana aku dapat hidup senang, kalau serba ~ spt ini; 5. = tercanggung Mn a) berasa sepi (kerana tidak berteman dll); b) kurang senang (kecewa dll): hendaklah diusahakan supaya pembeli jangan ~; ~ bagai antan dicungkilkan duri prb perbuatan yg bukan-bukan, tidak kena pd tempatnya; kecanggungan 1. perihal canggung (kekok, kaku, janggal), kekekokan, kekakuan, kejanggalan; 2. perihal canggung (segan-segan atau malu-malu): ~nya jelas pd gerak-gerinya; 3. perihal canggung (kurang elok atau sempurna pd pandangan atau pendengaran): ~ bahasanya memperlihatkan kecetekan pengetahuannya tentang tatabahasa bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabar II | Mn 1. kurang hati-hati, kurang ingat-ingat, lalai; 2. kurang hemat, boros. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tawar I | 1 tidak ada rasanya (spt kurang manis, kurang masin dsb); hambar: air teh ~. | Kamus Pelajar |
apa | 1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak terdengar ~ yg kaucakapkan; 3. = ~lah kata utk menghaluskan suruhan: belikan ~ saya sebungkus rokok; 4. = ~kah kata utk me-nanyakan sesuatu (bukan manusia): ~ kereta itu rosak? 5. atau: ya ~ tidak; ~ akal bagaimana akal, apa yg harus dibuat; ~ boleh buat apa yg hendak dilakukan lagi, tak ada jalan lain lagi; ~ daya tidak ada kuasa lagi; ~ khabar a) bagaimana keadaanmu; b) ada khabar barukah; ~ lacur Id ya bagaimana lagi (apa boleh buat); ~ macam apa khabar; ~ pasal apa sebab; ~ sahaja = ~ saja = barang ~ = segala ~ tidak kira apa, sebarang, segala sesuatu; ~ tidaknya memang ya; ~ ubahnya serupa; kena ~ a) apa yg dialami atau dideritai; b) mengapa, kenapa; apatah lebih-lebih lagi, apalagi: saya tidak mampu membeli kereta, ~ lagi Ali yg miskin itu; apa-apa 1. barang apa, segala apa, segala sesuatu: tidak memberikan ~ perhatian; 2. sesuatu: ada ~ yg ingin kamu tahu lebih lanjut mengenai pelajaran hari ini? berapa kata yg menanyakan banyaknya; mengapa 1. apa sebab, kena apa: ~ kamu berhati dengki? 2. apa yg diperbuat: ~ kamu di dlm bilik itu? mengapai, mengapa-apai melakukan sesuatu terhadap: diapainya maka ia menangis? mengapakan, mengapa-apakan, mempengapakan 1. melakukan apa atau bagaimana lagi, membagaimanakan: tetapi hendak diapakan, emak sayang padanya; 2. melakukan apa-apa terhadap, membuat (melakukan) sesuatu terhadap: akan kutuntut bela kpd raja yg mempengapakan suamiku; dia menangis dan meraung mengatakan bahawa ibu bapanya akan mengapa-apakannya sekiranya adiknya tidak dijumpai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kurang bahasa | kurang sopan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cukup | 1. tidak kurang (bilangannya, banyak dll) drpd yg sepatutnya; sempurna: Lebarnya sudah ~ tetapi panjangnya kurang sedikit. 2. tidak kurang dan tidak lebih drpd; genap (umurnya, waktunya dll): Tahun ini, umurnya ~ dua puluh tahun. 3. tidak ada apa-apa yg kurang; ada serba-serbi; lengkap: Rumah itu ~ dgn bilik tamu dan kolam renangnya sekali. 4. lebih drpd yg sepatutnya; sangat:Badannya ~ panas. 5. sudah pada dgn itu saja (tidak perlu dgn yg lain-lain lagi): ~lah dgn memberitahu saya saja, tidak perlu menemui guru besar. 6. ki tidak kekurangan apa-apa; agak kaya; berada. ~ bulan a. sudah sampai sembilan bulan mengandung. b. genap sebulan (umumnya hari gaji pd akhir bulan). ~ umur akil baligh. cukup-cukup tidak lebih dan tidak kurang; kadar yg cukup saja. mencukupi 1. tidak kurang utk sesuatu keperluan; cukup utk: Hasil beras negara kita hampir-hampir ~ keperluan dlm negeri. 2. memadai atau memenuhi syarat-syaratnya dll: Asal ~ syaratnya, kita terimalah. mencukupkan menjadikan cukup; memadakan; menggenapkan: Dia berusaha ~ wang biasiswa yg diterimanya setiap bulan. pencukup sesuatu yg mencukupkan. ~ ayat ist kata-kata yg ditambahkan pd sesuatu ayat utk menerangkan ayat itu lagi. | Kamus Pelajar |
rabun | kurang terang atau kurang jelas penglihatannya. ~ ayam tidak dpt melihat dgn jelas ketika senja. ~ dekat tidak dpt melihat benda-benda yg dekat dgn jelas tetapi dpt melihat benda-benda yg jauh dgn jelas. ~ jauh tidak dpt melihat benda-benda yg jauh dgn jelas tetapi dpt melihat benda yg dekat dgn jelas. ~ malam pemandangan menjadi kabur pd waktu malam atau ketika samar-samar. ~ tua rabun kerana sudah tua. | Kamus Pelajar |