Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kur.nia] | کورنيا

Definisi : 1. belas kasihan, timbang rasa, kasih: jikalau ada ~ Duli Yang Dipertuan, patik hendak bermohonlah kembali ke Inderagiri; dgn ~ Allah dgn kasih (Rahim) Allah; 2. anugerah, pemberian (drpd Allah atau raja) sbg tanda kasih: hidangan nasi diangkat orang ke tengah balai sbg ~ ayapan baginda; mengurniai menganugerahi, memberi, menghadiahi (kerana menunjukkan kasih dll), menyatakan kasih kpd: maka Tun Bija dgn segala kawannya semua dikurniai betara persalin; manusia dikurniai Allah berbagai-bagai kepandaian; mengurniakan menganugerahkan, mem­berikan (kerana menunjukkan kasih atau penghargaan): Tuhan yg ~ ilmu kpd manusia; lalu dikurniakan oleh baginda wang yg sebanyak permintaan Pak Kaduk itu; kurniaan anugerah, kurnia: ~ bintang-bintang kehormatan semuanya atas nama baginda; pengurniaan perihal atau perbuatan mengur­niakan: upacara ~ bintang-bintang kehormatan; pengurnia yg mengurniakan sesuatu: Allah Yang Maha Besar dan Penyayang, P~ segala nikmat dan kesenangan kpd sekalian hamba-Nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kur.nia] | کورنيا

Definisi : 1 pemberian drpd Allah atau drpd raja sbg tanda kasih kpd seseorang kerana jasanya dll; anugerah: mendapat ~ sultan. 2 belas kasihan; timbang rasa: jika ada ~ tuanku jika ada perasaan kasihan tuanku. mengurniai memberikan kurnia kpd; memberi seseorang kurnia; menganugerahi: Pasangan itu dikurniai Allah dua orang anak. mengurniakan memberikan sesuatu sbg kurnia kerana membalas jasa dll; menganugerahkan: Baginda telah ~ bintang-bintang kehormatan kpd rakyat baginda yg telah berjasa. kurniaan sesuatu yg dikurniakan; pemberian (gelaran dll). pengurniaan perbuatan (hal dsb) mengurniai atau mengurniakan. pengurnia yg mengurniakan sesuatu: Allah, ~ segala nikmat dan kesenangan kpd sekalian hamba-Nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurnia (kata nama)
Bersinonim dengan kasih, anugerah, pemberian, nikmat, hadiah, berkat, rahmat;,
Kata Terbitan : mengurniakan, kurniaan, pengurniaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah maksud "kurnia" dapat disamakan dengan maksud "kurniaan"? Maksud "kurnia" dan "kurniaan" hampir sama. Dalam Kamus Pelajar, "kurnia" diberi takrif "pemberian daripada Allah atau daripada raja sebagai tanda kasih kepada", manakala "kurniaan" diberi makna "sesuatu yang dikurniakan; pemberian (gelaran dll)". Kedua-dua perkataan "kurnia" dan "kurniaan" bermaksud pemberian; sesuatu yang dikurniakan. Jadi, adakah kedua-dua kata terbitan yang berbeza imbuhan ini sama maksud?Maksud "kurnia" dan "kurniaan" memang sama.  "Kurniaan" ialah kata terbitan daripada "kurnia".  Cuma ia digunakan pada ayat yang berbeza. Makna19.12.2014
INGIN MENGETAHUI MENGENAI EJAAN YANG BETUL.. Kurnianya, Kurnia-Nya, atau KurniaNya. yang mana satu betul penggunaannay. Sebagai contoh Bersyukur ke hadrat Allah SWT, dengan limpah dan Kurnia-NyaEjaan yang betul ialah kurnia-Nya. Kata ganti nama yang merujuk Allah seperti -Nya dan -Mu hendaklah ditulis dengan huruf besar dan didahului tanda sempang.Ejaan04.04.2012
Salam sejahtera, Sebagai warga pendidik, terdapat beberapa soalan yang saya ingin kemukakan tentang penterjemahan perkataan inggeris dalam Bahasa Melayu: Ayat dalam Al-kitab menyatakan " Tuhan menyampaikan taurat kepada rasulnya, Musa tetapi tuhan memberikan kasih sayang dan kurnia kepada manusia melalui Yesus Kristus. Pentermahan perkataan-perkataan berikut dalam bahasa Melayu grace and truth= kasih kurnia Adakah pentermahan berikut betul? Cadangan= rahmat dan kebenaran Sila berikan nasihat tuan/puan. Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan "grace and truth" diterjemahkan sebagai "rahmat dan kebenaran". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta keselarasan konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Penyemakan dan penterjemahan29.11.2021
Apakah padanan "fiefdom"?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah fiefdom ialah tanah kurnia. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.08.2023
Tuan, Apa komen tuan tentang penggunaan " Di" dalam iklan yang berbunyi seperti berikut: 1. Pandulah dengan cermat di Hari Raya ini- (oleh Kurnia Insurans di m/s 23 Utusan Malaysia 11/10/07) 2.Balik kampung lebih selamat di Hari Raya ini- (0leh PLUS di m/s 30 U.Malaysia pada 11/10/07) Sekian terima kasih.Penggunaan yang betul ialah perkataan pada bukan di.Tatabahasa25.10.2007
adakah perkataan 'rahmah' boleh digunakan dalam bm. Contoh,'Keluarga Rahmah, Sekolah Sejahtera' Jika tiada dalam kamus, apakah perkatan yang sesuai utk rahmah. Terima kasih.1. Tidak ada perkataan 'rahmah" dalam data kami yang ada ialah "rahmat' yang ertinya  belas kasihan, kurnia, berkat, bahagia. Contoh frasa yang sesuai antaranya: "Keluarga Bahagia, Sekolah Sejahtera" / "Keluarga Dirahmati, Sekolah Sejahtera" / "Keluarga Diberkati, Sekolah Sejahtera"Tatabahasa10.12.2018
Bolehkah saya mendapat rujukan tentang Latar Belakang Dr. Lim Swee Tin, serta karya sastera beliau? Harap dapat sokongan dari DBP. Sekian ribuan Terima Kasih.

Terima kasih atas soalan anda.

Anda boleh mendapatkan maklumat tersebut dalam buku :

- Biografi Lim Swee Tin : meniti liku menuju ke puncak terbitan Citra Kurnia Ent. tahun 2008

- Majalah Dewan Sastera Mac 2003

Lain-lain05.08.2010
Assalamualaikum Sebenarnya saya cukup minat membaca Munsyi Bahasa oleh Muhammed Salehudin Aman dalam TUTOR yang disisipkan bersama akhbar Utusan Malaysia. Adakah terdapat sebuah buku tentang tulisan beliau itu? Saya ingin membelinya. Terima kasih. Zol kepli YahayaKumpulan tulisan Munsyi Bahasa yang disiarkan dalam TUTOR oleh Encik Muhammad Salehudin Aman diterbitkan dalam buku bertajuk Mari Kita Berbahasa Jilid 1 dan Jilid 2. Buku-buku ini diterbitkan oleh Citra Kurnia Enterprise yang beralamat 7256, Jalan 18/10, tAMAN sRI sERDANG, 43300 Seri Serdang, Selangor.Lain-lain07.10.2008
Apakah nama buku terbitan DBP yang sesuai untuk Penulis Muda yang tercari-cari bimbingan dan panduan untuk belajar tentang penulisan kreatif ?

Saudara boleh merujuk buku-buku yang berikut:

  1. Dinamika Kreatif Penulisan Cerpen Lim Swee Tin Cerdik Publications Sdn. Bhd. 2000
  2. Karya nan indah: panduan penulisan kreatif Faisal Tehrani Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. 200
  3. Menangani Penulisan Kreatif Sastera Remaja Talib Samat Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1992 ] 
  4. Penulisan kreatif: teori, pengalaman dan cabaran Othman Puteh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2001
  5. Proses Penulisan kreatif Mana Sikana EDN Media 2004

Saudari juga boleh merujuk Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan ada menganjurkan bengkel/kursus bimbingan penulisan kreatif.

Untuk maklumat lanjut, saudari boleh menghubungi Puan Akibah binti Abu Hassan, Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan di talian 03-21482550 atau e-mel akibah@dbp.gov.my

Harap maklumat yang diberikan dapat membantu saudari.

 

Lain-lain01.03.2009

Kembali ke atas