[la.bel] | لابل
Definisi : kepingan kecil kertas (kad dll) yg dilekatkan atau ditampalkan pd sesuatu (spt botol, beg, dll) utk memberikan sedikit keterangan (mis nama, jenis, kandungan, harga, dll); berlabel mempunyai label: botol itu tidak ~; melabel 1. memberi (mengenakan) label pd sesuatu: semua barang yg dijual perlu dilabel; 2. ki mengecap seseorang sbg (mempunyai sesuatu sifat yg tidak baik spt jahat, suka menipu, dsb): ~ seseorang sbg pengkhianat; pelabelan perbuatan membubuh label pd sesuatu (barangan, tulisan, dll): undang-undang ~ di sektor swasta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[la.bel] | لابل
Definisi : kepingan kertas (kad, logam dll) yg berisi keterangan ringkas ttg sesuatu. melabel 1 melekatkan label pd sesuatu. 2 ki menganggap seseorang sbg; memandang sbg: Orang-orang kampung ~ dia sbg jelatang kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)