Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.dam] | لادم

Definisi : 1. besi lapik kaki kuda, besi tapak kuda; 2. = ~ kasut sj besi yg dipasangkan pd tapak kasut utk menghasilkan bunyi sewaktu berjalan; berladam 1. mempunyai ladam (kuda): tapak kaki kuda itu tidak ~; 2. berpasang ladam (bkn kasut): kasut baharunya ~; meladamkan memasang ladam (pd tapak kaki kuda, pd tapak kasut): ~ kasut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.dam] | لادم

Definisi : kasut kuda yg dibuat drpd besi; besi tapak kuda. ~ kasut besi yg dipasangkan pd tapak kasut supaya tahan atau berbunyi ketika berjalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ladam