Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.faz] | لفظ

Definisi : Ar 1. bunyi perkataan yg disebut atau yg diucapkan dgn baik, sebutan atau ucapan yg baik: hendaklah kita memberi salam kpd orang yg kita temui sekurang-kurang ~nya ‘assalamualaikum’; 2. kata-kata yg disebut (diucap atau ditulis): maka berkenanlah ~ surat itu kpd Sultan Muzaffar Shah; berlafaz dilafazkan, diucapkan: niat di hati yg tidak ~ sebenarnya tidak berbahasa; melafazkan mengucapkan (kata, perkataan, doa, dll): beta sangat sukacita dapat ~ sepatah dua kata pd petang ini; terlafaz dapat dilafazkan: “Maaf, Mira!” hanya itu yg ~ olehnya; pelafazan perihal (proses) melafazkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.faz] | لفظ

Definisi : 1 bunyi perkataan yg disebut atau yg diucapkan; sebutan atau ucapan sesuatu perkataan: ~ kata-kata Rusia agak sukar bagi kita menyebutnya. 2 kata-kata atau perkataan yg diucapkan: Tahukah kamu bagaimana ~ niat puasa? melafazkan mengucapkan perkataan (kata, doa dll): Mereka semua berdiri tegak dan ~ ikrar taat setia kpd kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lafaz (kata nama)
Bersinonim dengan sebutan, ucapan, ujaran, bunyi pertuturan;,
Kata Terbitan : melafazkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dengan lafaz bismillahhirahmanirahim dengan ini Perasmian Pejabat dan Kuarters Tentera di atas Lot 3699, di Stesen Pemancar TM Gunung Jerai, Mukim Gurun, Daerah Yan, Kedah Darul Aman telah selamat disempurnakan oleh: Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa. BETUL KE AYAT INI?

Cadangan:

Dengan lafaz bismillahhirahmanirahim.. Saya dengan ini.. merasmikan Pejabat dan Kuarters Tentera di atas Lot 3699, di Stesen Pemancar TM Gunung Jerai, Mukim Gurun, Daerah Yan, Kedah Darul Aman.

 

 

Lain-lain13.05.2009
Intan Ds Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum wbt... Pertama, dengan lafaz setinggi kesyukuran ke hadrat ALLAH swt dengan limpah kurnianya, Saya amat berbesar hati atas penerimaan APC petang semalam, Setinggi penghargaan dan ucapan Terima Kasih kepada pihak Pengurusan APC Dewan Bahasa & Pustaka kerana mengundang saya bagi mewakilkan penghargaan atas pihak Allahyarham Eddie Norman... Merenung sejenak dan amat terharu, waktu bergerak dengan pantas, pemergian Allahyarham sudah hampir 7bulan dengan meninggalkan pahit dan manis ketika berkhidmat di DBP tapi masih lagi ada rezeki untuk saya dengan pencapaian kecermerlangan Allahyarham tahun yang lalu...Tiada kata untuk diberi , hanya sebak didada telah memenuhi hati... Tidak lupa juga, Dengan merakamkan Setinggi ucapan Terima Kasih kepada semua staff Bhg.Pusat Dokumentasi Melayu kerana telah bekerjasama dan memberi tunjuk ajar kepada Allahyarham selama beliau berkhidmat...saya amat hargai pengorbanan kamu semua.. it... dan terima kasih juga pada staff yang lain yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham... Dengan kata-kata itu sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Hari Inovasi DBP 2013...Insyaallah, Semoga Kualiti & Kecemerlangan Terus Menjadi Teras Kepada Budaya Kerja Kita... "ANDA TIDAK TEWAS KALAU ANDA TERJATUH, NAMUN ANDA TEWAS JIKA ANDA TIDAK BANGKIT SEMULA" From : Balu Allahyarham Eddie NormanInsya-Allah. Allahyarham seorang staf yg berdedikasi dan beliau layak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang DBP. Semoga DBP dekat di hati Adik Intan. Salam buat keluarga Eddie. Admin.Lain-lain08.11.2013
Mohon bantuan semakan bahasa bagi perkataan setinggi-tinggi lafaz tahniah di atas pencapaian atau setinggi-tinggi ucapan tahniah atas pencapaian ....Jawapan yang betul  ialah  setinggi-tinggi ucapan tahniah atas pencapaian ....

Tatabahasa09.09.2022
Salam tuan, adakah 'mendakap tanganmu' diterima (sebagai penggunaan gaya bahasa puitis/puitik). Atau lafaz ini tidak masuk akal disebabkan seolah-olah 'memeluk' tangan tersebut dan bukan membawa maksud 'memegang'? Terima kasih, tuan.Wa alaikum salam,

Dari segi bahasa, konteks mendakap/memeluk tangan tidak sesuai. Penggunaan mendakap/memeluk lebih sesuai untuk tubuh manakala konteks yang sesuai ialah memegang untuk tangan. Jika hendak menggunakan gaya bahasa yang puitis untuk konteks mendakap (sastera), selalunya dipadankan dengan perkara abstrak contohnya seperti mendakap angan-angan.
Sastera19.04.2018
Dasar dan peraturan kata pinjaman dalam bahasa Melayu..Untuk mengeja istilah atau perkataan pinjaman yang dipentingkan bukanlah lafaz atau bunyi istilah atau perkataan tersebut, tetapi ialah bentuk ejaan(visual). Oleh itu, ejaan dalam bahasa asal dipertahankan dalam bahasa Melayu dengan perubahan fonem dan, atau pengguguran huruf dilakukan apabila diperlukan.Ejaan02.09.2008
Bagaimana hendak membezakan sebutan e- emak dan e-epal??Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui lafaz huruf e, sama ada e taling atau e pepet. Bagi  huruf e taling cara sebutannya dinyatakan di dalam kurungan.Ejaan01.08.2008
analisis tentang bahasa baku,bahasa basahan dalam aspek perubahan bunyi dan kependekkan kata beserta contoh.Perubahan bunyi adalah dari segi lafaz sesuatu perkataan itu.seperti kata apa dilafaz apa dalam konteks baku tetapi ape bagi tidak baku. dari segi kependekan pula kata seperti tidak, hendak, mahu dsb. dalam konteks tidak baku atau bahasa basahan disebut sebagai tak, nak dan mau.Tatabahasa10.08.2007
1.apakah kebaikan bahasa baku? 2.Apakah keburukan bahasa baku

Saudara,

Bahasa baku menyeragamkan bentuk sebutan dan memudahkan pembelajaran terutamanya dari segi lafaz perkataan dan sebagai rakyat Malaysia kita semua menggunakan satu bentuk sebutan dan melalui penggunaan bahasa yang seragam dapat menyatupadukan rakyat.  Apabila sesuatu bahasa itu dibakukan dan disempurnakan tujuannya adalah untuk memberikan kebaikan kepada masyarakat. Oleh itu, rasanya  tidak timbul masalah keburukan tentang perkara ini. 

Lain-lain01.07.2010
Dalam kehangatan kisah perkahwinan Siti Nurhaliza, saya ingin bertanya... Apakah perbezaan (jika ada) dari segi maksud dan nahu: 1. Aku terimanya nikah... 2. Aku terima nikahnya... 3. Aku terima nikah...?Lafaz lazim dalam hal ijab kabul ialah "Aku terima nikahnya ....". 'Nya' di sini merujuk pihak perempuan. Ini laras bahasa bidang agama Islam.Makna22.08.2006
Berikan konsep ucapan. Berikan ciri-ciri ucapan. Bagaimanakah kaedah penyampaian ucapan yang baik?Konsep ucapan ialah apa yang diucapkan, perkataan atau kata-kata yg diucapkan. Ini termasuk cara menyebut sesuatu kata, lafaz atau sebutan. Ucapan ini juga termasuklah syarahan atau pidato, Untuk mempelajari penyampaian ucapan yg baik, sdr perlukan latihan berterusan, kawalan suara, sebutan yg jelas termasuk intonasi dan sbgnya. Perkara lain yang perlu diberikan perhatian ialah audiens yang hadir sewaktu sdr memberikan ucapan, Adakah audiens itu dari golongan remaja, kanak-kanak ataupun orang dewasa. Untuk maklumat lanjut ttg mendapatkan kaedah yang baik dan bernas dalam pengucapan, saya cadangkan sdr berhubung dgn pihak MADUM, iaitu Majlis Debat Universiti Malaysia. Sdr akan diberikan penerangan selanjutnya ttg teknik ucapan yg baik dan sebagainya. Selamat Maju Jaya. Terima kasih.   Lain-lain16.07.2008
12

Kembali ke atas