Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.gi] | لاݢي

Definisi : 1 masih (berterusan): ketika ~ kecil ketika masih kecil. 2 tambahan kpd yg sedia ada: Ambillah dua ringgit ~ utk perbelanjaan pulang. 3 dan; serta: Rumahnya cantik ~ bersih. 4 berulang spt semula: Bacalah surat itu sekali ~. Agaknya ia akan datang ~ hari ini. 5 lebih (baik, buruk, mahal dll): Bunga yg ini ~ cantik. 6 kata yg digunakan utk menegaskan (menguatkan) kata-kata sebelumnya: Belakang parang ~, kalau diasah nescaya tajam. ~pun, = ~ pula tambahan pula. lagi-lagi sentiasa; balik-balik: ~ hendak bergaduh, tidak pernah aman barang sekejap pun. lagikan bahkan; sedangkan: Serangga yg kecil itu ~ dpt membina bukit dgn mengangkut pasir sebutir demi sebutir. selagi 1 selama atau sementara masih: ~ hayat dikandung badan, aku tetap setia kpdmu. 2 pd ketika; semasa: Waktu tengah malam ~ orang tidur, dia duduk termenung di dlm biliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,

Puisi
 

Lagi ditutuh lagi ditebang,
     Dibuat mari ampaian kain;
Tempat jatuh lagi terkenang,
     Kononkan pula tempat bermain.


Lihat selanjutnya...(260)
Peribahasa

Lagi lauk lagi nasi.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya.

 

Lihat selanjutnya...(182)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Majlis Pelancaran Filem ' Lagi-lagi Senario 'Dewan Bahasa dan PustakaTiada2001 
Lagi kisah pelajar nakalPenerbitan Fargoes Sdn. Bhd.Tiada1974 
Lagi cerpen-cerpen underground Tiada2002983-40942-0-5
Ceritalah Lagi! 4Dewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-62-0475-2
Ceritalah Lagi! 3Dewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-62-0474-5
Ceritalah Lagi! 2Dewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-62-0473-8
Ceritalah Lagi! 5Dewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-62-0476-9
Ceritalah Lagi! 1Dewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-62-0471-4
Ceritalah Lagi! 3Dewan Bahasa dan PustakaTiada1979 
Tiada Lagi Ketenangan = No Longer At Ease Tiada2015978-983-068-782-7
12345678910...

Kembali ke atas