Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ju] | لاجو

Definisi : 1. pantas (pergerakan dll), cepat: kapal belayar juga, makin lama makin ~; 2. cepatnya sesuatu gerakan (dlm ilmu fizik); ~ mula Id kecepatan gerakan yg mula-mula; ~ rambat Id kecepatan yg berjangkit; bersilaju, berlaju-lajuan berdahulu-dahu­luan (perahu, kapal, dll), berlumba-lumba; melaju bergerak atau meluncur dgn laju: kapal angkasa itu terus ~ ke Musytari; melajukan 1. menjadikan laju (basikal, motokar, dll), mencepatkan: pemandu kereta itu ~ kereta sedikit demi sedikit; 2. ki men­cepatkan atau melancarkan sesuatu perun­dingan dll; memperlaju menjadikan lebih laju; kelajuan lajunya sesuatu gerakan dll, ke­cepatan; pelajuan 1. perihal mencepatkan gerakan (benda, waktu, dll); 2. kadar bertambahnya kelajuan sesuatu dlm tempoh atau masa tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ju] | لاجو

Definisi : Ph berselera (utk makan), lalu: aku tak ~ makan hari ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ju] | لاجو

Definisi : 1 cepat atau pantas (bkn pergerakan kenderaan, perjalanan dll): Tak usahlah memandu kereta terlalu ~. 2 kadar laju; kecepatan dlm sesuatu pergerakan: Had ~ di jalan raya itu ialah 60 kilometer sejam. melaju menjadi laju (bkn pergerakan kenderaan dsb): Sampan kami ~ di atas air sungai yg deras itu. melajukan menjadikan laju (bkn pergerakan kenderaan dsb); mencepatkan: Rosnah ~ keretanya ketika lalu di tempat yg sunyi itu. memperlaju menggerakkan supaya lebih laju; mempercepat. kelajuan lajunya sesuatu gerakan dll; kecepatan; kepantasan. pelajuan perbuatan atau hal melajukan sesuatu gerakan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laju
Rujuk :pantas

Puisi
 

Laju-laju perahu laju,
     Laju mari sampai Kelebang;
Lipat kain lipat baju,
     Saya mahu ikut abang.


Lihat selanjutnya...(19)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Saya ingin bertanya sama ada ayat ini betul atau tidak. Kanak-kanak itu hanyut dibawa arus laju. maksudnya laju di sini samkah maksudnya dengan deras. Jika ayat tersebut ditanya dalam peperiksaan bagi kata banyak makna, adakah ayat itu betul. Dalam Kamus DBP edisi keempat ms 340 kata kederasan digunapakai bagi ayat Lori itu dipandunya dengan kederasan 60km sejam. Jadi kederasan boleh diganti dengan kelajuan maka kata deras = laju. Saya ingin mendapatkan penjelasan tuan. tq

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan arus dalam konteks ini yang melibatkan  gerakan air atau udara, digunakan perkataan deras. Contoh : ~ deras air sungai. Untuk maksud kederasan, diguna dalam konteks kadar pergerakan dalam dlm sesuatu jangka waktu, kelajuan, kecepatan: lori itu dipandunya dgn ~ 60 kilometer sejam.

 

 

Tatabahasa06.10.2010
Saya agak keliru dengan penggunaan perkataan 'laju' bagi ayat sperti Budak itu hanyut dibawa oleh arus laju. Bolehkah perkataan laju digunakan untuk arus?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan arus dalam konteks ini yang melibatkan  gerakan air atau udara, perkataan yang sesuai ialah deras.Lain-lain06.10.2010
1.(a)Kereta itu dipandu dengan laju oleh abang. (b)Kereta itu dipandu oleh abang dengan laju. Ayat yang manakah betul? Apakah perbezaan di antara ayat-ayat ini?Kereta itu dipandu dengan laju oleh abang. Kereta itu dipandu oleh abang dengan laju. Kedua-dua ayat tersebut betul dan sama maknanya, ayat pertama memberi penekanan kepada cara dilakukan (pandu dengan laju), manakala ayat kedua memberi penekanan kepada pelaku (dipandu oleh abang).Tatabahasa30.06.2009
Slm, Mohon check ayat di bawah. 1) Serangga apa yang mempunyai kelajuan terbang yang paling laju? Pepatung merupakan serangga yang terbang paling laju dalam kalangan serangga. Ia boleh terbang dalam kelajuan 90 km per jam. Serangga kedua terbang paling laju ialah Human Botfly yang mempunyai kelajuan terbang sebanyak 50 km per jam. Bumblebee pula boleh terbang dalam kelajuan 18 km per jam. tqApakah serangga yang terbang yang paling laju? Pepatung merupakan serangga yang terbang paling laju. Ia boleh terbang dalam kelajuan 90 km per jam. Serangga kedua yang terbang paling laju ialah Human Botfly yang mempunyai kelajuan terbang sebanyak 50 km per jam. Bumblebee pula boleh terbang dalam kelajuan 18 km per jam. Tatabahasa19.08.2015
Penggunaan 'laju' dan 'pantas' dalam ayat di bawah adalah betul atau salah ? 1. Kuda berlari laju. 2. Kereta bergerak pantas. terima kasihPenggunaan kata laju dan pantas dalam ayat tersebut betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan.Tatabahasa22.05.2012
mana ayat yang betul?kami lari laju bawa bola sama-sama atau kami sama-sama lari laju bawa bola..kami lari laju bawa bola sama-sama..Tatabahasa04.02.2013
Tuan, 1) mengapakah kata dasar taksir boleh menerima imbuhan pe- dan pen- dengan makna yang sama? Dalam K/Dewan Ed 2 ada entri penaksiran dan Ed 4 ada kata penaksiran dan pentaksiran. 2) Adakah akronim halaju terbit darpada hal laju atau had laju? Terima kasih.1. Perkataan taksir ialah homonim, perkataan yang sama tetapi berbeza makna. Taksir yang pertama membawa maksud lalai menerbitkan kata mentaksirkan, manakala taksir yang kedua membawa maksud hitung atau kira menerbitkan kata menaksir, taksiran, penaksiran dan penaksir.
2. Halaju dan had laju ialah dua perkataan yang berbeza, had laju bermaksud kelajuan maksimum yang dibolehkan, manakala halaju ialah kelajuan atau kecepatan, dan bukan juga hal laju.
Tatabahasa04.03.2012
Salam sejahtera, saya difahamkan bahawa kata sendi nama tidak boleh diikuti dengan kata adjektif kerana kata sendi nama merupakan kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Adakah kata adjektif cara, seperti cermat (…berbelanja dengan cermat) dan laju (memandu dengan laju), menyalahi hukum tatabahasa Melayu? Adakah kata ‘cermat’ dan ‘laju’ dalam konteks tersebut tergolong dalam kelas kata adjektif? Penjelasan tuan amat dihargai. Sekian, terima kasih.Kata sendi nama hadir sebelum kata nama. Dalam contoh yang diberikan "dengan" berfungsi sebagai kata hubung bukan kata sendi nama. Kedua-dua frasa tersebut betul.Tatabahasa18.11.2018
Adakah "kata pembenda" hanya untuk benda ataupun melibatkan haiwan dan tumbuhan?Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya: lajunya - Lajunya ialah 100km sejam.Tatabahasa10.02.2011
I. BAHASA MELAYU BAGI 'REVERSED PARKING'' II. HAD LAJU 30KMJ ATAU HALAJU 30KMJ ??i. Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk "reverse parking". Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah letak kereta undur atau letak kereta secara mengundur.

ii. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud Halaju dan had laju ialah dua perkataan yang berbeza, had laju bermaksud kelajuan maksimum yang dibolehkan, manakala halaju ialah kelajuan atau kecepatan, dan bukan juga hal laju. Maka yang betul ialah Had Laju 30 KM/J
Makna10.04.2017
1234567

Kembali ke atas