Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ju] | لاجو

Definisi : 1. pantas (pergerakan dll), cepat: kapal belayar juga, makin lama makin ~; 2. cepatnya sesuatu gerakan (dlm ilmu fizik); ~ mula Id kecepatan gerakan yg mula-mula; ~ rambat Id kecepatan yg berjangkit; bersilaju, berlaju-lajuan berdahulu-dahu­luan (perahu, kapal, dll), berlumba-lumba; melaju bergerak atau meluncur dgn laju: kapal angkasa itu terus ~ ke Musytari; melajukan 1. menjadikan laju (basikal, motokar, dll), mencepatkan: pemandu kereta itu ~ kereta sedikit demi sedikit; 2. ki men­cepatkan atau melancarkan sesuatu perun­dingan dll; memperlaju menjadikan lebih laju; kelajuan lajunya sesuatu gerakan dll, ke­cepatan; pelajuan 1. perihal mencepatkan gerakan (benda, waktu, dll); 2. kadar bertambahnya kelajuan sesuatu dlm tempoh atau masa tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ju] | لاجو

Definisi : Ph berselera (utk makan), lalu: aku tak ~ makan hari ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ju] | لاجو

Definisi : 1 cepat atau pantas (bkn pergerakan kenderaan, perjalanan dll): Tak usahlah memandu kereta terlalu ~. 2 kadar laju; kecepatan dlm sesuatu pergerakan: Had ~ di jalan raya itu ialah 60 kilometer sejam. melaju menjadi laju (bkn pergerakan kenderaan dsb): Sampan kami ~ di atas air sungai yg deras itu. melajukan menjadikan laju (bkn pergerakan kenderaan dsb); mencepatkan: Rosnah ~ keretanya ketika lalu di tempat yg sunyi itu. memperlaju menggerakkan supaya lebih laju; mempercepat. kelajuan lajunya sesuatu gerakan dll; kecepatan; kepantasan. pelajuan perbuatan atau hal melajukan sesuatu gerakan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laju
Rujuk :pantas

Puisi
 

Laju-laju perahu laju,
     Laju mari sampai Kelebang;
Lipat kain lipat baju,
     Saya mahu ikut abang.


Lihat selanjutnya...(19)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gohek[g.hE/]kata kerjamangayuh basikal.Gohek laju siket, bio cepat sampe.[g.hE/ lA.dZu si.ket bi.j tS«.pAt sAm.pe]Kayuh laju sedikit, biar cepat sampai.
paleh[pA.leh]kata tugaskata yang menunjukkan kehebatan.Paleh laju moto tu, takot koi nengok.[pA.leh lA.dZu m.t tu tA.kot kj nE.N/]Laju sungguh motosikal itu, takut saya melihatnya.
cokeng[tS.keN]kata adjektifberkenaan lari yang sangat laju.Cokeng budok tu lari keno ambat ko poleh.[tS.keN bu.do/ tu lA.Äi k«.no Am.bAt ko p.leh]Laju budak itu berlari kerana dikejar oleh polis.
mencayat[m«n.tSA.jAt]kata adjektifberkenaan cara memandu kenderaan terlalu laju.Budok-budok mude bawok moto mencayat.[bu.d/.bu.d/ mu.d« bA.w/ m.t m«n.tSA.jAt]Budak-budak muda bawa motorsikal terlalu laju.

Kembali ke atas