Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la/.sa] | لقسا

Definisi : sepuluh ribu; empat ~ empat puluh ribu; berlaksa-laksa berpuluh-puluh ribu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la/.sa] | لقسا

Definisi : 1. adunan tepung beras yg bentuknya spt mi tetapi berwarna putih; 2. sj masakan yg menggunakan laksa (biasanya disertai hirisan bunga kantan, daun kesum, dsb) dan dimakan bersama kuah yg khusus untuknya; jenis-jenisnya: ~ asam; ~ Kedah; ~ Johor; ~ lemak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la/.sa] | لقسا

Definisi : 1 sj mi yg berjurai-jurai panjang yg dibuat drpd tepung beras. 2 masakan drpd laksa 1: ~ asam; ~ lemak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la/.sa] | لقسا

Definisi : sepuluh ribu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laksa

Puisi
 

Tebang tebu Sungai Rengit,
     Tujuh batang sembilan buku;
Cuba hitung bintang di langit,
     Tujuh laksa sembilan ribu.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAKSA

LAKSA, mi kasar yang diperbuat daripada tepung beras. Laksa yang dicelur, dimakan bersama-sama hirisan timun, ulam, cili, bawang besar dan kuah. Kuah laksa diperbuat daripada isi ikan dan dimasak asam atau lemak

BUDAYAKonsep
MAKANAN REBUS

MAKANAN REBUS, makanan yang dimasak di dalam air yang mendidih, atau tanpa menggunakan minyak. Antara makanan yang direbus ialah lauk-pauk dan sayur-sayuran. Makanan lain ialah asam rebus, pindang, singgang, asam pedas, kuah laksa utara dan masak bening. Merebus boleh dilakukan di dalam periuk atau belanga.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas