Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la/.sa.na] | لقسان

Definisi : 1. sl keadaan (sesuatu benda dll), sifat, tanda; ~ isteri (perempuan) tugas yg patut dilakukan oleh perempuan; bukan ~ tidak ada samanya (tandingnya, lawannya); sifat tujuh ~ tujuh sifat (tanda) yg sempurna; 2. sl sebagai, seperti, umpama: cahaya giginya tiada tertentang nyata, ~ kilat sembur­menyembur cahayanya; melaksanakan 1. sl membandingkan dgn, mengumpamakan sbg, menyamakan: tidak dapat dilaksanakan bulan dan matahari; 2. menjalankan (tugas, rancangan, dll), me­ngerjakan, menyelesaikan (sesuatu tugas dll): akhirnya kami berjaya ~ tugas yg berat ini; terlaksana boleh atau dapat dilaksanakan (rancangan, tugas, dll), tercapai (maksud, tujuan, cita-cita, dll): semua wanita lekas sekali menuduh laki-laki kejam, kalau niat hatinya tidak ~; perlaksanaan hasil drpd melaksanakan (me­ngerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancang­an (tugas dsb): meninjau ~ Rancangan Ma­laysia Ketiga; pelaksanaan perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb): ~ KBSR (3M) tahap per­tama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; pelaksana orang (badan dsb) yg melaksana­kan atau menjalankan sesuatu rancangan (tugas dsb): para pentadbir ini adalah ~ segala rancangan yg diputuskan oleh kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la/.sa.na] | لقسان

Definisi : sebagai; seperti: Pasangan pengantin itu ~ cincin dgn permata. melaksanakan 1 membandingkan dgn; mengumpamakan. 2 menjalankan (tugas, rancangan dll); melakukan: Beta percaya bahawa Laksamana dan Sang Setia dpt ~ pekerjaan ini. terlaksana dpt dilaksanakan (bkn tugas, hasrat dsb); tercapai: Semoga hasrat kerajaan utk menjadikan negara ini sbg negara yg termaju akan ~. perlaksanaan hal terlaksana; hasil melaksanakan sesuatu: Dgn ~ skim caruman itu, maka dptlah orang kampung melabur. pelaksanaan perbuatan atau hal melaksanakan (mengusahakan, menjalankan) sesuatu: Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah ditubuhkan utk memastikan bahawa ~ rancangan pembangunan luar bandar berjalan dgn jayanya. pelaksana orang, badan dsb yg melaksanakan sesuatu (tugas, rancangan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laksana
Kata Terbitan : melaksanakan, pelaksanaan, pelaksana,
Rujuk :bagai;,

Puisi
 

Bismilah mula dikarang,
     Syairlah pantun sajanya kurang;
Laksana kainlah jarang,
     Tidak boleh dibagi orang.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Laksana taji dibentuk.

Bermaksud :

Kening yang elok.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud "laksana" dalam situasi ini: Generasi sekarang bijak laksana Terima kasih.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud laksana ialah sebagai, umpama, atau seperti. Contoh ayat yang betul ialah Pasangan pengantin itu laksana cincin dgn permata. Laksana juga memberikan maksud yang lain, iaitu pelaksana orang, badan dan sebagainya yang melaksanakan sesuatu (tugas, rancangan dan lain-lain).Makna01.06.2017
laksana menumbuk beralaskan nyiru ialah peribahasa atau simile?Secara harfiah, ungkapan di atas lebih mirip dengan simile disebabkan terdapat perbuatan menumbuk dengan beralaskan nyiru. Hal ini sama juga dengan frasa bodoh macam lembu, tinggi macam galah dsb. T.kasih.Makna08.07.2008
apakah maksud seperti bunyi gong pecah,laksana diharungi ular,laksana burung diam dalam sangkar,seperti anak ayam kehilangan ibu,seperti anjing dengan kucing,seperti api dalam sekam,rosak badan kerana mulut,ada gula ada semut,dan bumi mana tidak ditimpa hujan?

Makna peribahasa yang ada dalam senarai rujukan kami (merujuk soalan saudara) adalah seperti yang berikut:

  • laksana burung diam dalam sangkar = orang yang terikat hidupnya.
  • anak ayam kehilangan ibu = kesusahan kerana bercerai dengan sahabatyang karib; rakyat yang kehilangan pemimpin.
  • seperti anjing dengan kucing = selalu bertengkar.
  • seperti api dalam sekam = perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi.
  • kerana mulut badan binasa = mendapat kecelakaan kerana perkataannya.
  • ada gula ada semut = di mana banyak kesenangan, di situ ramai orang datang.
  • bumi mana tidak ditimpa hujan = tiap-tiap orang adakalanya buat kesalahan.
Lain-lain13.04.2008
Puan, Sila jelaskan maksud peribahasa "Laksana kunyit kena kapur" Terima kasih.Peribahasa yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "sebagai kunyit dengan kapur" yang bermaksud mudah mesra.Lain-lain14.08.2013
Assalamualaikum, 1. Apakah maksud peribahasa laksana perahu bersauh tunggal?Maksud peribahasa ini tidak ada dalam sumber rujukan kami.Makna11.11.2009
Apakah perkataan yang paling sesuai digunakan untuk perkataan tambahan 'laksana'. Perlu menggunakan perlaksanaan atau pelaksanaan? Apa perbezaaan kedua-dua perkataan tersebut kerana kedua-duanya terdapat dalam Kamus Dewan.Kedua-dua kata terbitan tersebut betul. Pelaksanaan bermaksud perihal perbuatan melaksanakan dan perlaksanaan bermaksud hasil perbuatan melaksanakan.Tatabahasa17.04.2017
Salam, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan imbuhan kepada kata dasar iaitu laksana. Mana satu yang betul: perlaksanaan atau pelaksanaan. Mohon pencerahan.Pelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini.Tatabahasa26.09.2017
apakah maksud kata terbitan dan contoh-contohnya

Kata dasar yang menerima imbuhan (awalan/akhiran/apitan) akan menghasilkan kata terbitan. Contohnya apitan peN-...-an digabungkan dengan kata dasar laksana akan menghasilkan kata pelaksanaan dan pelaksanaan adalah kata terbitan.

Tatabahasa21.09.2011
Mengapa pelaksanaan, bukannya perlaksanaan?Menurut Tatabahasa Dewan, hanya terdapat awalan meN- menjadi me- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m,n,ny,ng,r,l,w dan y. Kata dasar laksana hanya boleh menerima imbuhan meN- menjadi melaksanakan. Oleh itu, imbuhan meN- akan membentuk kata nama terbitan pelaksanaan.Tatabahasa29.03.2007
Adakah bandingan semacam tergolong dalam peribahasa?Bandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan. Bandingan semacam pada umumnya digunakan dengan perkataan macam, seperti, bagai dan laksana. Contohnya adil macam hakim, angkuh macam merak dan bebas macam burung.
Manakala peribahasa pula adalah bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu (Kamus Pelajar Edisi Kedua).Contoh peribahasa "ibarat sudah jatuh ditimpa tangga".
Tatabahasa09.06.2014
123

Kembali ke atas