10.1.102.45

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.man] | لامن

Definisi : halaman. ~ web dokumen elektronik pd paparan skrin komputer, biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb ttg sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dpt dicapai melalui Internet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.man] | لامن

Definisi : bp kep halaman: jamuan ~; ~ web dokumen elektronik pd paparan skrin komputer (biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb) tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dapat dicapai me­lalui Internet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laman

Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(53)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, untuk perkataan - perkataan berikut : komputer riba, laman web, kesan negatif, mampu milik, mudah alih, laman-laman sosial, pen stylus... kata-kata tersebut harus dikira sebagai satu atau dua patah perkataan dalam rumusan SPM? Sekian, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Dari aspek bahasa, perkataan tersebut dikira berdasarkan jumlah kata yang terkandung dalam unit tersebut kerana kata majmuk atau frasa nama boleh terdiri daripada dua perkataan atau lebih. Walau bagaimanapun untuk tujuan peperiksaan, hendaklah dirujuk kepada pihak yang lebih berwenang, iaitu Lembaga Peperiksaan melalui guru bahasa Melayu di sekolah.Lain-lain26.04.2015
Salam. Bagaimanakah hendak membezakan antara "Homepage" dengan "Page"? Contoh ayat: "Set this page as your homepage" (Tetapkan laman ini sebagai laman anda?) Tidakkah itu janggal. Bolehkah ia diterjemahkan sebagai "Tetapkan laman ini sebagai laman utama/laman rerumah"?Mengikut istilah Teknologi Maklumat, homepage ialah laman, manakala page ialah halaman (istilah Komputer). Tetapkan halaman ini sebagai laman anda tidaklah janggal.Penyemakan dan penterjemahan22.05.2014
Assalamualaikum, saya Abdul Wafi bekerja sebagai seorang penulis bebas di laman sesawang. Saya membaca banyak buku-buku terbitan DBP dan berminat untuk menulis apa yang saya baca ke laman-laman sesawang sebagai perkongsian ilmu dan mempromosikan buku yang saya baca. Saya ingin mengetahui apakah langkah yang saya perlu lakukan untuk mendapat kebenaran Hak Cipta Terpelihara dari pihak DBP?Mohon berhubung dengan pegawai dari Bahagian Harta Intelek, iaitu Puan Nor Aida Mohd Salleh melalui talian 03-2147 9523 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain14.02.2017
Apakah terjemahan sebenar untuk Website? Tapak Web? Laman Web? Laman Sesawang? Mohon pihak DBP rujuk dalam kamus on-line DBP.Bidang Teknologi Maklumat menterjemahkan website kepada tapak web, walau bagaimanapun istilah laman web dan laman sesawang juga telah banyak digunakan dan diterima.Penyemakan dan penterjemahan18.04.2016
Apakah terjemahan yang tepat bagi "website"? Laman web, laman sesawang atau lain-lain?Padanan 'website' dalam istilah Teknologi Maklumat ialah 'Tapak Web'.Istilah27.05.2013
Selamat pagi dan salam sejahtera, muat naik di laman media, muat naik ke laman media atau muat naik ke dalam laman media? Mohon penerangannya sekali. Terima kasih.Penggunaan perkataan yang betul ialah muat naik ke dalam laman media. Kata sendi nama 'ke' menunjukkan berlakunya pergerakan fail contohnya dalam simpanan komputer ke laman media dan penggunaan kata sendi nama 'dalam' merujuk laman media yang merupakan tempat/lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak yang nyata.Tatabahasa19.11.2018
Adakah "di" juga digunakan untuk merujuk sasaran berunsur astrak? Contoh: lawati kami di laman web menurut Tatabahasa dewan, "di" digunakan di hadapan kata/frasa nama yang menunjukkan tempat Apakah subjektif untuk menggunakan "di" pada laman web. Adakah laman web di kategorikan sebagai tempat?

Menurut data kami, ayat yang betul ialah lawati kami melalui laman web. Laman web bukan merujuk kepada tempat yang bersifat fizikal maka perkataan yang tepat ialah melalui. Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan melaui bermaksud dengan perantaraan. 

Lain-lain29.06.2018
Hijab Closet Sep 15th, 2:51pm saya tidak dapat akses laman web DBP. adakah laman web sedang bermasalah?Kami mohon maaf atas kesukaran yang tuan/puan hadapi. Walau bagaimanapun, kini laman web kami boleh dilayari seperti biasa.Lain-lain15.09.2015
Salam sejahtera, muat naik di laman media, muat naik ke laman media atau muat naik ke dalam laman media? Mohon penerangannya. Terima kasih.Perkataan yang betul ialah melalui, iaitu muat naik melalui laman media. Melalui dalam konteks ayat tersebut berfungis sebagai "dengan perantaraan" atau "menerusi". Contohnya, Rancangan Dewan Bahasa sering kali disiarkan melalui radio.Makna26.11.2018
Adakah pihak DBP menegur bank-bank di negara ini yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan pada laman sesawang, misalnya laman sesawang Bank Muamalat dan laman sesawang Bank Hong Leong. Tiadakah badan yang boleh menguatkuasakan peraturan agar bahasa kebangsaan diutamakan kepada mereka?Kami akan menyiasat perkara ini terlebih dahulu dan memaklumkan kepada pihak tuan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih.Tatabahasa22.11.2014
12345678910...

Kembali ke atas