| DIAREA | Diarea ialah keadaan yang dicirikan oleh buang air besar yang lancar dan kerap. Najis biasanya cair, lembut dan mungkin mengandungi mukus, nanah atau darah. | UMUM | |
| SNEAD, SAM | Snead, Sam (1912–2002), pemain golf Amerika yang telah memenangi sebanyak 165 kejohanan. Dia dikenali sebagai “Slammin’ Sammy” kerana pukulannya yang kuat dan ayunannya yang lancar dan bersahaja. | UMUM | |
| TANGO | Tango ialah sejenis tarian Amerika Latin yang pertama menjadi popular di peringkat antarabangsa. Ia merupakan sejenis tarian berdansa berentak perlahan atau kali diaksenkan dengan cara yang tidak sama. Pasangan penari akan meluncur dengan perlahan dan lancar mengikut pelbagai langkah. Mereka bertukar rentak, dari langkah yang panjang dan perlahan ke langkah yang pendek dan cepat. Muzik yang digunakan untuk tarian ini dikenal sebagai tango dan sungguh dramatik. | UMUM | |
| NISTAGMUS | Nistagmus ialah gerakan mata yang berirama dan di luar kawalan. Mata boleh bergerak dari sisi ke sisi, ke atas dan ke bawah, dalam bulatan, atau gabungan bentuk-bentuk gerakan tersebut. Pergerakan ini boleh cepat atau perlahan, dan tersentak-sentak atau lancar. | UMUM | |
| MOTOR ELEKTRIK | Motor elektrik ialah mesin yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal untuk melakukan kerja. Motor elektrik digunakan untuk menggerakkan pelbagai mesin dan jentera. Mesin basuh, penyaman udara dan pembersih vakum termasuk motor elektrik, begitu juga pengering rambut, mesin jahit dan penggerudi elektrik dan gergaji elektrik. Pelbagai jenis motor menggerakkan peralatan mesin, robot dan lain-lain kelengkapan untuk membolehkan kilang berjalan lancar. | UMUM | |
| POLIS | Polis ialah pekerja awam yang menguatkuasakan undang-undang dan mengekalkan keamanan. Tugas mereka ialah menghalang jenayah dan melindungi nyawa serta harta benda orang awam dalam sesebuah komuniti. Anggota-anggota polis lelaki dan wanita berkhidmat kepada komuniti dalam pelbagai cara. Mereka meronda jalan raya dengan tujuan untuk mengawal jenayah dan membantu menyelesaikan berbagai-bagai masalah orang ramai. Polis mengawal lalu lintas untuk memastikannya berjalan lancar dan selamat. Polis juga sering kali dipanggil untuk menyelesaikan pertelingkahan, mencari orang yang dilaporkan hilang atau membantu mangsa-mangsa kemalangan. Pada masa banjir, kebakaran dan lain-lain bencana, mereka menyediakan tempat berteduh, pengangkutan dan penjagaan kepada mangsa-mangsa. | UMUM | |