Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.dai] | لنداي

Definisi : menurun tetapi tidak curam (tanah, pantai, dll), cenderung: di lembah sungai yg cerunnya ~ dibina jalan raya dan jalan kereta api; pelantar laut yg ~ di sepanjang pantai; terlandai tercampak ke pantai, tersadai, ter­dampar: tong-tong lapuk terapung dan ~ di pantai; landaian lapangan (tanah, pantai, dll) yg landai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.dai] | لنداي

Definisi : ; landaian hulu keris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.dai] | لنداي

Definisi : agak miring (ttg tanah dsb). melandai menurun tetapi tidak curam (bkn pantai dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
landai
Kata Terbitan : melandai, terlandai,

Puisi
 

Nan tak di landai nan den landai,
     Nan tak dilandung pandan muda;
Nan tak orang rasai nan den rasai,
     Nan tak rang tanggung den galas pula.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Menaikkan bendar sondai.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghitung bulu kambing, b. Membandarkan air ke bukit). bendar = serokan, parit (di sawah); sondai = miring, landai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Menurutnya, varian Delta Covid-19 mempunyai kadar kebolehjangkitan berbeza dan mengambil masa untuk landai." Bolehkah saya tahu maksud "landai" dalam ayat ini? Terima kasih.Maksud perkataan landai dalam ayat di atas ialah berkurang atau menurun sedikit demi sedikit.Makna06.08.2021
Apakah ayat / istilah yang betul bagi ayat "flattening the curve" dan "black swan event"?Terjemahan yang sesuai bagi 'flattening the curve' ialah landai lekuk manakala black swan event ialah peristiwa tidak dijangkaMakna27.07.2020

Kembali ke atas