Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lang

Puisi
 

Lang inang padi Daik,
     Padi sawah mahu guna;
Kalau mudah-mudahan baik,
     Esok boleh buat berguna.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Tak lang,
     si pungguk menjadi lang.

Bermaksud :

Di tempat yang tiada orang pandai, si bodoh mengaku dirinya pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!). (Bandingkan dengan: Tinggilah pohon kenduduk di tengah padang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Lang pungguk lang berikan, tidur siang berjaga malam.Pencuri yang tidur waktu siang, dan berjaga waktu malam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak lang, si pungguk menjadi lang.Di tempat yang tiada orang pandai, si bodoh mengaku dirinya pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!). (Bandingkan dengan: Tinggilah pohon kenduduk di tengah padang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!Orang yang mengaku dirinya pandai atau mempunyai kelebihan, apabila diketahuinya di tempat itu tidak ada orang yang pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Belalang hendak menjadi elang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belalang hendak menjadi elang.Orang bodoh (= hina) hendak berlaku sebagai orang besar (= pandai-pandai). (Bandingkan dengan: Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggilah pohon kenduduk di tengah padang.Dalam kalangan orang-orang bodoh, orang yang berpengetahuan sedikit akan mengakui dirinya pandai daripada yang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak lang, si pungguk menjadi lang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepala-pala mandi, biarlah basah.Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-lang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam, d. Mati-mati berminyak biar licin, e. Mati-mati mandi biar basah). sepala-pala = jika hendak atau terpaksa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas