Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lang.sai] | لڠساي

Definisi : habis dibayar (bkn hutang). melangsaikan menjelaskan (hutang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[lang.sai] | لڠساي

Definisi : ; melangsai melayang (terbang) dgn cepat: ~ ke dlm awan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lang.sai] | لڠساي

Definisi : tirai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lang.sai] | لڠساي

Definisi : 1. sudah habis dibayar (hutang dll), jelas, lunas, selesai: hutang lama belum ~, hutang baru bertambah pula; 2. sl jelas (rupa, pandangan, dll), terang: akan Raden Inu setelah matahari ~, maka barulah ia bangun; hutang samir belum ~, hutang kajang tumbuh pula prb hutang dahulu belum dibayar, sekarang berhutang pula; sekali mengorak pura dua tiga hutang ~ prb menyelesaikan beberapa perkara dgn sekali lalu (buat); melangsaikan melunaskan (hutang), men­jelaskan, menyelesaikan: dia ~ hutang ayah­nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
langsai
Rujuk :lunas

Peribahasa

Utang (hutang) biduk belum langsai,
     utang (hutang) pengayuh datang pula.

Bermaksud :

Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula, c. Utang [hutang] tembilang belum langsai, utang [hutang] tajak tiba pula).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
langsaihabis dibayar (bkn hutang). melangsaikan menjelaskan (hutang).Kamus Pelajar Edisi Kedua
langsai III; melangsai melayang (terbang) dgn cepat: ~ ke dlm awan.Kamus Dewan Edisi Keempat
langsai IItirai.Kamus Dewan Edisi Keempat
langsai I1. sudah habis dibayar (hutang dll), jelas, lunas, selesai: hutang lama belum ~, hutang baru bertambah pula; 2. sl jelas (rupa, pandangan, dll), terang: akan Raden Inu setelah matahari ~, maka barulah ia bangun; hutang samir belum ~, hutang kajang tumbuh pula prb hutang dahulu belum dibayar, sekarang berhutang pula; sekali mengorak pura dua tiga hutang ~ prb menyelesaikan beberapa perkara dgn sekali lalu (buat); melangsaikan melunaskan (hutang), men­jelaskan, menyelesaikan: dia ~ hutang ayah­nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
langsaihabis dibayar (bkn hutang). melangsaikan menjelaskan (hutang).Kamus Pelajar
lelangse(lelangsé) Jk tirai; ®langsai II.Kamus Dewan Edisi Keempat
lunas IIterbayar (ttg hutang); langsai; selesai: Hutangnya di kedai itu baru ~. melunaskan 1 membayar hutang dll hingga habis; menjelaskan; menyelesaikan. 2 menunaikan janji (kewajipan dsb). 3 menebus kesalahan dll: ~ dosa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
selesai1. sudah dikerjakan dan jadi, siap (dibuat): setelah ~ kota dan paritnya baginda pun berangkat ke sana; 2. berakhir, habis, tamat: setelah ~ drpd sembahyang, mereka itu pun pulang ke tempat kediaman masing-masing; 3. tidak berbaki lagi (wang dll), habis, jelas (hutang), langsai: dia tidak percaya wang-nya telah ~ di meja judi; 4. Mn tidak kusut (rambut atau benang), jelas dan terang (tutur kata); berselesai mengakhiri sesuatu (pergaduhan, persengketaan, dll), berdamai: perkara ini per-kara dia dgn suaminya, biar mereka sahaja yg ~; menyelesaikan 1. menyudahkan, menyiap­kan (kerja, tugas, dll): sekarang aku sibuk ~ satu kerja; 2. mengusahakan supaya berakhir (tamat dsb), menamatkan, mengakhiri (per­sengketaan dll): pintu masih terbuka utk ~ pertikaian antara dua buah negeri itu secara damai; 3. menjelaskan (membayar) hutang: jika ia enggan ~ hutangnya, segala harta bendanya terpaksalah dirampas; 4. me­mecahkan sesuatu masalah (kira-kira dll), mencari jalan mengatasi (masalah dll), menghuraikan: beri nama hukum yg kamu gunakan utk ~ masalah ini; 5. mengatur baik-baik (rambut dll), mengemasi; terselesai dapat diselesaikan: masalah yg semakin ~ menerusi dasar kebangsaan kita; keselesaian perihal selesai, keputusan; penyelesaian perbuatan menyelesaikan (mem­-bereskan dll) sesuatu: mencari ~ secara damai utk memulihkan keamanan; penyelesai orang atau sesuatu yg menye­lesaikan sesuatu persoalan, konflik, masalah dsb: ~ perlu memilih salah satu drpd bebe-rapa operasi yg diketahui; mereka sudah mula meyakini Islam sbg ~ masalah ummah seluruh dunia.Kamus Dewan Edisi Keempat
hutang1. wang dll yg dipinjam drpd orang lain: jangan-jangan ~ itu tak terbayar lagi; belian (jualan) ~ belian (jualan) yg bayar­annya ditangguhkan; membayar ~ me­ngembalikan wang dll yg dipinjam dr orang lain; memberi ~ memberi pinjaman wang; menagih ~ memungut (menuntut kembali) wang yg dipinjamkan; mendapat ~ mendapat pinjaman wang; 2. kewajiban (perasaan ber­kewajiban) membayar balik sesuatu yg dite­rima; ~ bercagar hutang yg diberikan dgn si berhutang mencagarkan sesuatu (spt barang-barang kemas, rumah, tanah, dsb); ~ budi kebaikan yg diperoleh dan yg harus dibalas; ~ darah tuntutan bela (atau bayaran) terhadap seseorang (pihak dll) yg telah melakukan kekejaman dll; ~ lapuk hutang yg tidak berbayar; ~ piutang (wang) yg dipinjam dr dan yg dipinjamkan kpd orang lain, berbagai-bagai hutang; ~ (di) sekeliling pinggang terlalu banyak hutang; surat ~ surat peng­akuan hutang; ~ biduk belum langsai, ~ pengayuh tiba pula = ~ samir belum langsai, ~ kajang datang pula = ~ tembilang belum langsai, ~ tajak tiba pula prb hutang yg lama masih belum habis dibayar datang pula orang menagih hutang yg baru; ~ sebelit (selilit) pinggang = ~ tiap helai bulu = sebanyak ~ si Jibun prb seseorang yg sangat banyak hutangnya; berhutang mempunyai hutang (kpd), me­minjam wang dll drpd seseorang: ia pernah ~ pd ceti; si ~ orang yg berhutang; tempat ~ orang dll yg memberi hutang; ~ berbaris bp berhutang banyak-banyak (drpd berbagai-bagai punca); ~ budi menerima kebaikan orang lain (wajib membalas kebaikan orang); ~ nyawa terselamat hidupnya (ter­selamat oleh pertolongan orang); menghutangkan, memperhutangkan me­min­jamkan wang atau benda kpd seseorang; terhutang 1. sudah berhutang; 2. ~ budi sudah menerima kebaikan orang (tetapi belum berbalas); hutangan Id wang (benda) yg didapati kerana berhutang; orang ~ Id ark orang yg berhutang; perhutangan perihal hutang-berhutang; orang ~ Id ark orang yg memberi hutang (peminta, pemungut, atau penagih hutang); penghutang orang atau pihak yg berhutang, peminjam wang: cagaran merupakan jamin­an utk pemiutang jika ~ tidak memenuhi kewajiban atau gagal membayar kembali pinjamannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kajang1. benda yg dianyam drpd daun nipah (buluh, mengkuang, dll) digunakan utk atap atau pelindung drpd panas dll: dinding rumah mereka ialah drpd ~; 2. helai yg besar (bkn kertas); kertas ~ kertas yg besar helainya (biasanya berlipat dua); lipat ~ dilipat rangkap, dilipat dua, dsb; hutang samir belum langsai, hutang ~ tumbuh pula = samir tak habis, ~ pula prb hutang lama belum habis dibayar, sudah ber­hutang lagi; mengajangi memberi beratap dgn kajang, menutupi dgn kajang; usang dibarui, lapuk dikajangi prb a) mana-mana yg tidak baik diganti atau dibaiki; b) adat atau peraturan yg sudah dilupakan dihidupkan kembali; terkajang diberi beratap (berbumbung) dgn kajang; pekajangan buritan atau bahagian belakang perahu yg beratap dgn kajang: maka Sultan Husain segera keluar dr dlm ~ berdiri.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas