Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh meno­long orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunang­an mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; berlangsung 1. berlaku (peperangan, ke­ramaian, dll), diadakan, terjadi: perjumpaan tersebut ~ di Dewan Bahasa dan Pustaka; 2. berlaku terus (tidak berhenti): mesyuarat itu ~ beberapa hari; 3. bp bersatu (sesudah ber­nikah); keberlangsungan perihal terjadinya sesuatu peristiwa: ~ perjalanan peristiwa; melangsung, melangsung-langsung tidak tersangkut-sangkut atau terhenti-henti (per­jalanan dll), terus-menerus; melangsungkan 1. melakukan, mengerja­kan, mengusahakan: kedua-dua keluarga sudah semuafakat akan ~ kerja kahwin itu; 2. meneruskan, memanjangkan (bantahan, rayuan, dll): kalimat-kalimat itu tidak mempunyai daya utk ~ rasa penyair kpd pembacanya; terlangsung 1. telah dikerjakan atau dilak­sanakan; 2. terlanjur (kelakuan, perbuatan, dll); ~ perahu boleh balik, ~ cakap tak dapat balik prb sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan hendaklah difikirkan dahulu, kalau sudah terlepas tidak dapat ditarik balik; kelangsungan perihal berterusan atau ber­lanjutan, kelanjutan, kesinambungan: se­muanya ini utk menjaga ~ hidup yg harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yg lainnya spt novel dan cerpen yg akar kemahirannya adalah ~ drpd kreativiti pelipur lara; perlangsungan perihal berlangsungnya se­suatu perkara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 terus dan tidak berantara; lantas: Dia mencapai tuala mandi ~ ke perigi. 2 tidak tergendala; jadi: Pertandingan itu tidak ~ kerana hari hujan. 3 tepat dan tidak menyimpang: Dlm pertikaian ini, kami terlibat secara ~. 4 sedikit pun; sama sekali: Dia tidak mengambil berat ~ ttg hal rumah tangganya. berlangsung 1 berlaku; terjadi: Majlis perkahwinan itu sudah ~ malam tadi. 2 terus berlaku; tidak berhenti: Peperangan itu ~ hingga beberapa bulan. melangsungkan 1 melaksanakan atau mengerjakan: Pak Ahmad akan ~ majlis perkahwinan anaknya pd hujung minggu ini. 2 meneruskan (bantahan, rayuan dll); memanjangkan. terlangsung terlanjur atau terdorong (bkn kata, motokar, perahu dll); terlajak; terlepas: Motokarnya ~ ke dlm semak kerana breknya tidak makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Adakah anda bermaksud : langsung

Tesaurus
 
langsung
1. Dalam konteks siaran
bersinonim dengan terus, terus-menerus,
(adverba:)

2. Bersinonim dengan lantas
( lalu, terus, lanjar, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan selama-lamanya
( kekal, terus, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan sama sekali
( sedikit pun)
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlangsung, melangsungkan, terlangsung, kelangsungan,

Puisi
 

Dari jauh bermalam datang,
     Hendak menuju pergi Kemboja;
Jika sudah terkata langsung,
     Mahal dan murah ikut harga.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Nak menangguk ikan,
     tertangguk ke batang.

Bermaksud :

Hendak laba, langsung jadi rugi.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
direct~ rule, pemerintahan langsung; ~ payment, bayaran terus; 3. immediate, langsung: this change in policy has a ~ bearing on the country’s future development, perubahan dlm dasar ini mempunyai kesan langsung ke atas perkembangan masa depan negara; 4. without evasion, terus terang: a ~ remark, kata-kata yg terus terang; 5. (of line of descent, descendant) langsung: ~ descendant, keturunan langsung; 6. (of broadcast, telecast) terus-menerus, langsung; 7. (of heat, ray, etc) terus, langsung; 8. on target, tepat: ~ shot, tembakan tepat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sight-read vi & vt (read music) baca langsung; (sing) nyanyi langsung: a pianist who can ~ will be needed to play the accompaniment, seorang pemain piano yg boleh baca langsung diperlukan utk memainkan lagu iringan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
voidadj 1. ~ of, without, lacking, tdk langsung: a man ~ of human feelings, orang yg tdk langsung berperikemanusiaan; empty words ~ of meaning, kata-kata kosong yg tdk langsung bermakna; 2. (leg.) tdk sah, terbatal: the contract was declared ~, kontrak itu diisytiharkan tdk sah; 3. (fml) empty, gersang: the desert seemed totally ~, gurun itu kelihatan benar-benar gersang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firsthandadj langsung: ~ information, maklumat langsung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
obliqueadj 1. not direct, (secara) tdk langsung: he made an ~ reference to the Profumo affair, dia menyebut skandal Profumo secara tdk langsung; I think the remark was meant as an ~ compliment, saya rasa kata-kata itu merupakan pujian yg tdk langsung; 2. slanting, (from the vertical) condong, miring; (from the horizontal) serong: ~ strokes, garis condong; the carpenter made an ~ cut across one corner, tukang kayu itu membuat garis serong yg melintangi suatu sudut; 3. (geom) serong: ~ plane, satah serong; ~ line, garis serong; ~ cone, kon serong; 4. (anat) oblik: ~ muscle, otot oblik; 5. (ling) miring: ~ case, kasus miring;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sight-reading n (read music) baca langsung; (sing) nyanyi langsung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firsthandadv secara langsung: I got the news ~, saya mendapat berita itu secara langsung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
little~ or nothing, langsung tdk: she said ~ or nothing about the matter to him, dia langsung tdk menyebut perkara itu kepadanya; as ~ as possible, sedikit mungkin;(in frequency) sejarang mungkin: I visit my in-laws as ~ as possible, saya melawat ipar saya sejarang mungkin; make ~ of st, (fml) a. treat as unimportant or insignificant, memandang /ringan, remeh/: he made ~ of his financial problems, dia memandang remeh masalah kewangannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
penniless adj tdk /berduit, berwang/ langsung: I’m ~ at the moment, saya tdk berduit langsung sekarang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cluenot have a ~, tdk tahu langsung: I haven’t a ~ what you’re talking about, saya tdk tahu langsung apa yg kamu katakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas