Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh meno­long orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunang­an mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; berlangsung 1. berlaku (peperangan, ke­ramaian, dll), diadakan, terjadi: perjumpaan tersebut ~ di Dewan Bahasa dan Pustaka; 2. berlaku terus (tidak berhenti): mesyuarat itu ~ beberapa hari; 3. bp bersatu (sesudah ber­nikah); keberlangsungan perihal terjadinya sesuatu peristiwa: ~ perjalanan peristiwa; melangsung, melangsung-langsung tidak tersangkut-sangkut atau terhenti-henti (per­jalanan dll), terus-menerus; melangsungkan 1. melakukan, mengerja­kan, mengusahakan: kedua-dua keluarga sudah semuafakat akan ~ kerja kahwin itu; 2. meneruskan, memanjangkan (bantahan, rayuan, dll): kalimat-kalimat itu tidak mempunyai daya utk ~ rasa penyair kpd pembacanya; terlangsung 1. telah dikerjakan atau dilak­sanakan; 2. terlanjur (kelakuan, perbuatan, dll); ~ perahu boleh balik, ~ cakap tak dapat balik prb sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan hendaklah difikirkan dahulu, kalau sudah terlepas tidak dapat ditarik balik; kelangsungan perihal berterusan atau ber­lanjutan, kelanjutan, kesinambungan: se­muanya ini utk menjaga ~ hidup yg harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yg lainnya spt novel dan cerpen yg akar kemahirannya adalah ~ drpd kreativiti pelipur lara; perlangsungan perihal berlangsungnya se­suatu perkara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 terus dan tidak berantara; lantas: Dia mencapai tuala mandi ~ ke perigi. 2 tidak tergendala; jadi: Pertandingan itu tidak ~ kerana hari hujan. 3 tepat dan tidak menyimpang: Dlm pertikaian ini, kami terlibat secara ~. 4 sedikit pun; sama sekali: Dia tidak mengambil berat ~ ttg hal rumah tangganya. berlangsung 1 berlaku; terjadi: Majlis perkahwinan itu sudah ~ malam tadi. 2 terus berlaku; tidak berhenti: Peperangan itu ~ hingga beberapa bulan. melangsungkan 1 melaksanakan atau mengerjakan: Pak Ahmad akan ~ majlis perkahwinan anaknya pd hujung minggu ini. 2 meneruskan (bantahan, rayuan dll); memanjangkan. terlangsung terlanjur atau terdorong (bkn kata, motokar, perahu dll); terlajak; terlepas: Motokarnya ~ ke dlm semak kerana breknya tidak makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Adakah anda bermaksud : langsung

Tesaurus
 
langsung
1. Dalam konteks siaran
bersinonim dengan terus, terus-menerus,
(adverba:)

2. Bersinonim dengan lantas
( lalu, terus, lanjar, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan selama-lamanya
( kekal, terus, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan sama sekali
( sedikit pun)
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlangsung, melangsungkan, terlangsung, kelangsungan,

Puisi
 

Dari jauh bermalam datang,
     Hendak menuju pergi Kemboja;
Jika sudah terkata langsung,
     Mahal dan murah ikut harga.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Nak menangguk ikan,
     tertangguk ke batang.

Bermaksud :

Hendak laba, langsung jadi rugi.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANAH

Tanah adalah sumber asli yang penting meliputi

sebahagian besar permukaan bumi. Secara

langsung atau tidak langsung, semua kehidupan di

atas bumi bergantung kepada tanah untuk sumber

makanan. Tumbuh-tumbuhan berakar dalam tanah

dan memperolehi nutrien (zat makanan)

daripadanya. Haiwan pula memperolehi nutrien

daripada tumbuh-tumbuhan atau daripada haiwan

lain yang memakan tumbuh-tumbuhan. S

UMUM 
KEBERKECUALIAN

Keberkecualian ialah pendirian rasmi kerajaan

yang tidak menyertai mana-mana peperangan.

Negara yang tidak mengambil bahagian, sama ada

secara langsung atau tidak langsung, dikatakan

sebagai berkecuali.

UMUM 
TEATER

Teater ialah persembahan secara langsung yang

dilakukan di hadapan para penonton. Teater

melibatkan setiap bentuk hiburan, daripada sarkas

hinggalah kepada lakonan. Dalam istilah yang lebih

tradisional, teater ialah bentuk seni yang

melibatkan para pelakon beraksi berdasarkan

skrip. Pelakon, biasanya dengan bantuan seorang

pengarah, mentafsirkan watak dan situasi yang

dicipta oleh penulis drama. Persembahan

dilakukan di hadapan penonton di ruang yang

direka bentuk bagi tujuan itu.

UMUM 
KATALOG

Katalog lihat Pengiklanan (Pos langsung).

UMUM 
ETANA

Etana ialah gas perindustrian yang penting. Ia

diperoleh secara langsung daripada gas asli atau

melalui penapisan petroleum. Kegunaannya yang

paling penting adalah dalam penyediaan etilena.

UMUM 
KAWASAN TENANG

Kawasan tenang ialah kawasan yang biasanya

sedikit sekali berangin atau tiada langsung

berangin. Beberapa kawasan di permukaan bumi

dikenali sebagai kawasan yang selalu tenang.

Kawasan tenang ini termasuk utara dan selatan

garisan lintang kuda , utara dan selatan wilayah

subkhutub dan doldrum khatulistiwa.

UMUM 
PARLIMEN EROPAH

Parlimen Eropah ialah Parlimen Kesatuan

Eropah yang dipilih secara langsung (lihat

Kesatuan Eropah; Pasaran Bersama).

UMUM 
E = MC 2

E = mc2 ialah formula yang dicipta oleh ahli fizik,

Albert Einstein yang secara langsung mengaitkan

jisim (jirim) dengan tenaga.

UMUM 
BAJA

Baja ialah bahan yang digunakan untuk menyuburkan tanaman atau tanah. Baja mengandungi unsur atau pelbagai unsur perlu yang dibekalkan kepada tanaman sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Penggunaan baja bertujuan untuk memperbaik pemakanan tumbuhan di samping dapat meningkatkan dan mengekalkan kesuburan tanah atau media pertumbuhan. Pembajaan akan meningkatkan pertumbuhan pokok yang seterusnya akan mengeluarkan hasil yang tinggi dan berkualiti.

PERTANIANKonsep
KONGREGASIONALIS

Kongregasionalis ialah ahli kumpulan agama

Protestan. Mereka percaya bahawa semua orang

Kristian mempunyai hubungan langsung dengan

Tuhan melalui Jesus Christ, dan oleh itu, mereka

adalah setara.

UMUM 
1234

Kembali ke atas