Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.jut] | لنجوت

Definisi : 1. panjang (cerita, hikayat, dll): ada­pun perkataan Singapura berperang dgn Jawa itu terlalu amat ~ perkataannya; 2. lama, panjang, tinggi (umur): ia masih menjadi mahasiswa walaupun umurnya sudah ~; 3. mendalam (pengetahuan, penerangan, dll), saksama, teliti: elok juga saya jelaskan perkara ini dgn ~ sedikit; 4. ber­panjangan, tidak berhenti-henti, berterusan: mereka bergurau senda ~ hingga tengah malam; 5. panjang (keluhan): bapa mengeluh ~; 6. labuh (pakaian): dia memakai kain ~ sungguh; 7. lebih tinggi (ilmu, pelajaran, dll): sekolah yg ~; 8. Kd lambat (gerakan) per­jalanan dll: perempuan itu berjalan ~ sungguh; ~ akal panjang akal (cerdik); ~ fikiran cerdik; ~ usia panjang umur; selanjutnya 1. berikutannya, seterusnya: mereka memikirkan kemungkinan yg akan dihadapi hari esok dan hari ~; 2. selepas itu, sesudah itu: ~ Datuk Mufti telah menerangkan segala rukun haji; berlanjut-lanjut tidak berhenti-henti, ber­panjang-panjang, bersambung-sambung, terus­-menerus: suara itu kemudiannya memanjang dan ~ dan makin melemah pula; berlanjutan berpanjangan, berterusan, ber­kekalan: peperangan itu ~ hingga berpuluh­-puluh tahun lamanya; melanjut tidak putus-putus, tidak terhenti-­henti (tetap), terus: aku telah merantau sejak masa Jepun ~ ke masa orang putih; melanjutkan 1. menjadikan panjang atau berterusan, menyambung: kadang-kadang ia ~ tidurnya hingga fajar menyingsing; ~ perundingan; 2. menambah lagi (pelajaran, pekerjaan, dll), meneruskan: Hindun ber­sungguh-sungguh benar hendak ~ pelajaran­nya lagi; semua yg hadir diminta datang ke gedung kesenian utk ~ perkenalan; terlanjut terlebih (ukuran, perbuatan, dll),terlanjur; lanjutan sambungan (pelajaran, perbualan, dll), tambahan (pd sesuatu sebelumnya): sekolah menengah ~; kelanjutan ekoran atau perkembangan (drpd perkara yg berlaku sebelumnya), sambungan, kelangsungan, kesinambungan: ~ drpd pertengkaran itu, Bidin dan Bujal tidak ber­tegur sapa selama dua hari; bagi membiak­kan keturunan dan mengekalkan ~ generasi manusia; perlanjutan perihal berterusan (ber­panjangan); ~ jenis Id pembiakan jenis (tumbuh-tumbuhan); pelanjutan perihal atau perbuatan me­lanjutkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.jut] | لنجوت

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Mangifera lagenifera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.jut] | لنجوت

Definisi : 1 panjang (bkn cerita, hikayat dll): Kisah peperangan itu sangat ~. 2 lebih mendalam (bkn pengetahuan, penerangan dll): Jika hendak tahu dgn lebih ~ lagi, bolehlah berjumpa dgn orangnya. 3 tinggi atau lewat (bkn umur); lama: Walaupun umurnya sudah ~, ia masih kuat lagi. berlanjutan berpanjangan; berterusan: Pertempuran itu ~ sampai tiga hari. melanjut tidak putus-putus; terus: Banjaran Appalachian ~ hingga ke bahagian utara Kanada. melanjutkan 1 menjadikan lanjut; memanjangkan: Ia berdoa supaya Tuhan ~ umur ibu dan bapanya. 2 menambah (pelajaran atau pengetahuan); meneruskan: Adiknya ~ pelajarannya ke Amerika Syarikat. lanjutan sambungan (pelajaran, perbualan dll); tambahan (kpd sesuatu sebelumnya). pelanjutan perbuatan atau hal melanjutkan; penerusan. selanjutnya seterusnya; berikutnya: Beliau ~ telah memberikan bantuan kpd nelayan-nelayan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lanjut (adjektif)
Kata Terbitan : selanjutnya, berlanjut-lanjut, berlanjutan, melanjutkan, terlanjut, lanjutan, pelanjutan,

Peribahasa

Tiada telap oleh asai.

Bermaksud :

Sihat dan kuat meskipun usianya telah lanjut. asai = binatang kecil yang memakan kayu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Antara "untuk mendapatkan maklumat lanjut" dan "untuk maklumat lanjut", yang manakah adalah terjemahan yang tepat untuk frasa bahasa Inggeris "for more information". Terima kasih. Eizat Ikram
Padanan yang sesuai ialah untuk maklumat lanjut.
Lain-lain17.11.2016
Salam, Saya ingin bertanya antara ayat yang berikut yang manakah yang betul? "Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari [url]" atau "Untuk ketahui lebih lanjut, sila layari [url]" Terima kasihAyat yang betul ialah Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layariTatabahasa28.12.2016
Penjelasan lebih lanjut tentang penggunaan kata ganti diri. 1. Adakah perkataan 'mereka' boleh digunakan untuk haiwan? 2. Adakah perkataan 'ia' boleh digunakan untuk haiwan? 3. 'Mereka' atau 'Mereka semua' yang sesuai untuk digunakan dalam ayat? Terima kasih

1.  “Mereka" ialah kata ganti diri manusia, tetapi tidak digunakan kepada haiwan.

2.  “Ia ialah kata ganti nama diri manusia dan boleh juga merujuk benda atau perkara yang dibicarakan, tetapi "ia" tidak digunakan kepada haiwan.

3. “Mereka semua” boleh digunakan kerana semua di sini menunjukkan keseluruhan, bukan bilangan. Kesesuaian perkataan “mereka” dan “mereka semua” digunakan mengikut konteks ayat.
Tatabahasa29.08.2018
Salam DBP, Saya ingin memohon nasihat tentang sign off T&S seperti berikut: Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat layari bankislam.com.my ATAU Untuk keterangan lanjut dan terma & syarat, layari www.bankislam.com.my Ayat yang manakah lebih tepat? Terima kasih.Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat layari bankislam.com.my.  Tatabahasa24.06.2015
Apakah perbezaan di antara perkataan "tentang" dan "mengenai"? Contoh ayat: Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan Telekom Malaysia. Ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan Telekom Malaysia. Terima kasih di atas penerangan Tuan/Puan.Salam sejahtera,
Tuan,

Kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud "rujukan" sesuatu yang tidak tentu atau umum atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi "hal" yang diperlakukan atau dibicarakan seperti, Mereka berbincang tentang masalah negara.

Selain itu, kata sendi nama tentang juga sering digantikan penggunaannya dengan kata mengenai. Perlu diingat perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud "kena pada" seperti, Tembakan peluru itu mengenai sasarannya.

Berdasarkan soalan tuan, ayat yang paling sesuai adalah, ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan Telekom  Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Makna12.07.2017
Salam cik, ini nak dapatkan maklumat lanjut untuk perkhidmatan penterjemahan dari bahasa inggeris ke bahasa melayu. Siapa dan nombor telefon untuk saya tanya lanjut

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Penyemakan dan penterjemahan23.04.2020
Salam, Bolehkah perkataan "info" digunakan untuk menggantikan "maklumat" / "informasi"? Contoh: Untuk info lanjut, sila layari xxxxxAyat yang betul ialah Untuk maklumat lanjut, sila layari Tatabahasa28.10.2022
Saya berhasrat untuk menerbitkan buku dengan DBP. Boleh saya tahu lebih lanjut?Pihak tuan boleh menghubungi En. Rusdi Abd Rahman, Bahagian Buku Umum DBP untuk memperoleh maklumat lanjut berkenaan perkara ini. Nombor telefon pejabat: 03-21479431. Maklum, terima kasih.Lain-lain25.03.2021
selamat pagi dan slam sejahtera. hari ini saya penjelasan berkenaan dengan kata ini "sHal ini bertujuan setelah teks diterjemahkan dan tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks diberi tafsiran sedemikian rupa" adakah perkataan ini sesuai atau tidak jika ikut contoh ayat ini. "Hal ini bertujuan setelah teks diterjemahkan dan tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks diberi tafsiran sedemikian rupa."Ayat yang diberikan kurang gramatis dan sukar difahami maksudnya. Ayat yang boleh digunakan ialah "Setelah teks diterjemah, tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks tersebut diberi tafsiran sedemikian."Penyemakan dan penterjemahan07.06.2016
Apakah huraian atau prinsip lanjut untuk menentukan sesuatu perkataan tersebut merupakan kata nama khas atau kata nama am selain daripada huraian Tatabahasa Dewan yang berbentuk umum sahaja? Contohnya kata kerja transitif mesti diikuti objek dan kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek dan terdapat beberapa kedudukan tertentu bagi kata adverba penekan.Sekiranya maklumat yang diperlukan tentang kata nama kas dan kata nama am, penjelasan lanjut boleh dirujuk pada halaman 84 dan 85, buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kata nama khas ditandai dengan huruf besar pada awal kata dan dibahagikan kepada dua jenis, iaitu hidup dan tak hidup; manakala kata nama am dibahagikan kepada konkrit (kebendaan) dan abstrak (bukan kebendaan).Tatabahasa11.01.2022
12345678910...

Kembali ke atas