Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.jut] | لنجوت

Definisi : 1. panjang (cerita, hikayat, dll): ada­pun perkataan Singapura berperang dgn Jawa itu terlalu amat ~ perkataannya; 2. lama, panjang, tinggi (umur): ia masih menjadi mahasiswa walaupun umurnya sudah ~; 3. mendalam (pengetahuan, penerangan, dll), saksama, teliti: elok juga saya jelaskan perkara ini dgn ~ sedikit; 4. ber­panjangan, tidak berhenti-henti, berterusan: mereka bergurau senda ~ hingga tengah malam; 5. panjang (keluhan): bapa mengeluh ~; 6. labuh (pakaian): dia memakai kain ~ sungguh; 7. lebih tinggi (ilmu, pelajaran, dll): sekolah yg ~; 8. Kd lambat (gerakan) per­jalanan dll: perempuan itu berjalan ~ sungguh; ~ akal panjang akal (cerdik); ~ fikiran cerdik; ~ usia panjang umur; selanjutnya 1. berikutannya, seterusnya: mereka memikirkan kemungkinan yg akan dihadapi hari esok dan hari ~; 2. selepas itu, sesudah itu: ~ Datuk Mufti telah menerangkan segala rukun haji; berlanjut-lanjut tidak berhenti-henti, ber­panjang-panjang, bersambung-sambung, terus­-menerus: suara itu kemudiannya memanjang dan ~ dan makin melemah pula; berlanjutan berpanjangan, berterusan, ber­kekalan: peperangan itu ~ hingga berpuluh­-puluh tahun lamanya; melanjut tidak putus-putus, tidak terhenti-­henti (tetap), terus: aku telah merantau sejak masa Jepun ~ ke masa orang putih; melanjutkan 1. menjadikan panjang atau berterusan, menyambung: kadang-kadang ia ~ tidurnya hingga fajar menyingsing; ~ perundingan; 2. menambah lagi (pelajaran, pekerjaan, dll), meneruskan: Hindun ber­sungguh-sungguh benar hendak ~ pelajaran­nya lagi; semua yg hadir diminta datang ke gedung kesenian utk ~ perkenalan; terlanjut terlebih (ukuran, perbuatan, dll),terlanjur; lanjutan sambungan (pelajaran, perbualan, dll), tambahan (pd sesuatu sebelumnya): sekolah menengah ~; kelanjutan ekoran atau perkembangan (drpd perkara yg berlaku sebelumnya), sambungan, kelangsungan, kesinambungan: ~ drpd pertengkaran itu, Bidin dan Bujal tidak ber­tegur sapa selama dua hari; bagi membiak­kan keturunan dan mengekalkan ~ generasi manusia; perlanjutan perihal berterusan (ber­panjangan); ~ jenis Id pembiakan jenis (tumbuh-tumbuhan); pelanjutan perihal atau perbuatan me­lanjutkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.jut] | لنجوت

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Mangifera lagenifera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.jut] | لنجوت

Definisi : 1 panjang (bkn cerita, hikayat dll): Kisah peperangan itu sangat ~. 2 lebih mendalam (bkn pengetahuan, penerangan dll): Jika hendak tahu dgn lebih ~ lagi, bolehlah berjumpa dgn orangnya. 3 tinggi atau lewat (bkn umur); lama: Walaupun umurnya sudah ~, ia masih kuat lagi. berlanjutan berpanjangan; berterusan: Pertempuran itu ~ sampai tiga hari. melanjut tidak putus-putus; terus: Banjaran Appalachian ~ hingga ke bahagian utara Kanada. melanjutkan 1 menjadikan lanjut; memanjangkan: Ia berdoa supaya Tuhan ~ umur ibu dan bapanya. 2 menambah (pelajaran atau pengetahuan); meneruskan: Adiknya ~ pelajarannya ke Amerika Syarikat. lanjutan sambungan (pelajaran, perbualan dll); tambahan (kpd sesuatu sebelumnya). pelanjutan perbuatan atau hal melanjutkan; penerusan. selanjutnya seterusnya; berikutnya: Beliau ~ telah memberikan bantuan kpd nelayan-nelayan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lanjut (adjektif)
Kata Terbitan : selanjutnya, berlanjut-lanjut, berlanjutan, melanjutkan, terlanjut, lanjutan, pelanjutan,

Peribahasa

Tiada telap oleh asai.

Bermaksud :

Sihat dan kuat meskipun usianya telah lanjut. asai = binatang kecil yang memakan kayu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Universiti Malaysia Sabah

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
https://www.ums.edu.my/v5/ms - UTAMABERITA on 10 November 2022 UMS beri komitmen penuh penganjuran Borneo Safari 2022 UMS beri komitmen penuh penganjuran Borneo Safari 2022 BERITA on 10 November 2022 171 pelajar Sabah ditawar lanjut pengajian melalui ambilan Saluran Khas B40 UMS 171 pelajar Sabah ditawar lanjut pengajian melalui ambilan Saluran Khas B40 UMS BERITA on 10 November 2022 Penyelidik UMS menang dua emas, satu perak dan satu gangsa MRC- IIE 2022 Penyelidik UMS menang dua emas Highlighter.aspx?DocId=7&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndek%20UMS&HitCount=2&hits=1f1+1fd+
https://www.ums.edu.my/v5/en/admission-out-campusUMS Official Website - Admission Out Campusdraf bank ke: Bahagian Koordinasi dan Rujukan Jaminan Kualiti, Agensi Kelayakan Malaysia, 13A, Menara PKNS-PJ, No. 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Untuk maklumat lanjut berhubung Kelayakan APEL, sila layari http://www2.mqa.gov.my/apel/ DAN Menyertakan dokumen berikut bersama borang permohonan yang telah disahkan kepada pihak Univesiti:- 1. Salinan Permohonan Aplikasi Dalam Talian Highlighter.aspx?DocId=64&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndek%20UMS&HitCount=1&hits=397+

Kembali ke atas