Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ser] | لاسر

Definisi : alat utk menerbitkan dan memperkuat gelombang-gelombang cahaya menjadi pan­caran cahaya yg amat kuat dan tertumpu pd satu hala; cahaya ~ pancaran cahaya sehala yg amat kuat tenaganya dan diterbitkan dgn menggunakan sejenis alat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ser] | لاسر

Definisi : alat utk menerbitkan dan memperkuat gelombang-gelombang cahaya menjadi pancaran cahaya yg amat kuat dan tertumpu pd satu hala. cahaya ~ pancaran cahaya sehala yg amat kuat tenaganya dan diterbitkan dgn menggunakan sj alat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laser


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan di talian, 1. Apakah terjemahan yang berikut sesuai untuk istilah komputer di bawah? a. ink jet printer - pencetak jet dakwat b. laser jet printer - pencetak laser Sekian, terima kasih.a. ink jet printer - pencetak jet dakwat

b. laser jet printer - pencetak jet laser
Ejaan20.09.2012
Apakah terjemahan bagi "laser pointer"? Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah khusus untuk "laser pointer" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah untuk "pointer", iaitu penuding atau penunjuk. Oleh itu, istilah yang dicdangkan ialah penuding laser atau penunjuk laser.Istilah23.03.2013
Selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang sesuai untuk alat pengukuran panjang, iaitu 'road meter' dan 'laser range meter'? Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi 1. laser range meter ialah Meter Jarak Laser
                                       2.  Road meter ialah Meter Jalan
Istilah19.10.2018
Mohon jasa baik untuk menterjemahkan perkataan 'Sublimation Ink', ID Card Equipment' dan Compatible Laser Toner'.Cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang dikemukakan adalah seperti yang berikut:

1. Sublimation Ink - dakwat pemejalwapan
2. ID Card Equipment - Perralatan Kad ID
3. Compatible Laser Toner - Toner Laser Serasi
Istilah08.03.2016
Salam, Soalan: Mohon untuk semak adakah perkataan berikut merupakan singkatan: 1. AWAS = "Anda Waspada Anda Selamat" 2. TUMIS = "Tuang Minyak Sedikit" 3. SPENDER/SPENDA/SEPENDA = "Seluar Pendek Dalam" Info Tambahan: Baru-baru ini saya ada melihat beberapa video dari socmed (instagram ig:nadeemode & ig:addinsan) tentang perkataan gabungan .. dan dinyatakan AWAS & TUMIS ini juga merupakan singkatan. Terima kasihMengikut pangkalan data perkamusan DBP, kata awas, tumis dan spender/spenda/sependa bukanlah akronim atau singkatan. Namun, tidak dinafikan terdapat kata yang benar-benar dibentuk daripada gabungan kata seperti kugiran, pawagam, laser, MARA dan sebagainya. Kekreatifan masyarakat membolehkan semua kata diberikan padanan atau rangkaian kata yang membawa makna tertentu. Makna18.07.2023

Kembali ke atas