Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[laut] | لاءوت

Definisi : 1 kumpulan air masin yg menggenangi sebahagian besar muka bumi: ~ Sulu; ~ Merah. 2 kumpulan sesuatu benda yg banyak: ~ madu. 3 bahagian sungai (tasik) yg jauh ke tengah. melaut 1 luas spt laut: sawah padi yg ~ luasnya. 2 belayar di laut. 3 pergi jauh ke tengah (sungai, tasik dsb): Tak sungguh seluang ~, akhirnya balik ke tepi juga. memperlaut melayarkan kapal (perahu); mengirim barang dgn kapal laut. lautan 1 laut yg besar: ~ Pasifik. 2 kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api. kelautan hal atau perkara yg berkaitan dgn laut: iklim ~. pelaut orang yg selalu belayar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laut (kata nama)
Bersinonim dengan lautan, selat, bahar, bahari, segara, samudera, semedera.,

Puisi
 

Adik mandi ke laut jangan,
     Kuala di laut sangat deras;
Adik menyanyi ingat jangan,
     Kalau diingat sangatnya belas.


Lihat selanjutnya...(179)
Peribahasa

Laut mana yang tak berombak,
     bumi mana yang tak ditimpa hujan.

Bermaksud :

Segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.

 

Lihat selanjutnya...(56)

271

A house devided against itself cannot stand

Sesebuah kumpulan atau persatuan itu akan menjadi lemah jika anggota-anggotanya bertelagah dan berpecah belah.

Di laut angkatan, di darat kerapatan

We failed in our demand to get better pay as some of the workers sided with the employer while some were reluctant to join the strike - a house devided against itself cannot stand.

Kami gagal dalam tuntutan naik gaji berikutan sesetengah pekerja menyebelahi pihak majikan manakala yang lain pula keberatan untuk menyertai mogok itu - di laut angkatan, di darat kerapatan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(23)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
banaeh[bA.nAEh]kata namaukuran untuk pukat, (sebanaeh pukat panjangnya lebih kurang seratus kaki).Pukat laut dalam besanya antara tengah dua banaeh dengan tiga banaeh.[pu.kAt lAut dA.lAm bE.sA.øA An.tA.ÒA t«.NAh du.wA bA.nAEh d«.NAn ti.gA bA.nAEh]Biasanya panjang pukat laut dalam, antara satu setengah banaeh hingga tiga banaeh.
berai[bE.ÒAj]kata namasiar atau kilauan ikan dalam laut.Berai ikan temenung nampak macam jamong.[bE.ÒAj i.kAn t«.m«.nuN nAm.pA/ mA.tSAm dZA.moN]Kilauan ikan kembung nampaknya seperti jamung.
minyak cenuk[mi.øA/ tS«.nu/] minyak yang dibuat daripada pohon cenuk (bengkawang, lengkawang, minyak tengkawang, minyak lengkawang, minyak kawang, minyak damar laut, kawang). Minyak cenuk biasanya dijadikan bahan awet yang disapu pada kayu (perahu, rumah dan lain-lain).Pak Mat tukang, sapu perahu payang dengan minyak cenuk bagi tahan lama.[pAk mAt tu.kAN sA.pu p«.ÒA.hu pA.jAN d«.NAn mi.øA/ tS«.nu/ bA.gi tA.hAn lA.mA]Pak Mat Tukang, menyapu perahu payangnya dengan minyak cenuk supaya tahan lama.

Kembali ke atas